BAB 15 | DENDAM CINTA 2

Comenzar desde el principio
                                    

"Hafiy! Hafiy nak pergi mana?! Tunggu mommy, sayang!" Marissa tiba-tiba berdiri. Dia menyarungkan selipar dengan cepat. Nyilu di bahagian perut dibiarkan. Dia mahu mengejar bayang-bayang anak-anaknya!

Ahli keluarganya mula berkerut dahi mendengar suara Marissa yang tiba-tiba menjerit halus. Harraz menghampiri isterinya lalu lengan wanita itu dipegang.

"Ris, Ris nak pergi mana ni, sayang?" kalut Harraz bertanya.

"Lepaslah! Aku nak pergi dekat anak-anak aku!" Lengannya direntap. Mendengus-dengus Marissa menahan marah. Tak suka bila Harraz memegangnya.

"Hafiy? Hafiy kat mana sayang? Mommy datang ni." Marissa berjalan perlahan sambil kepalanya ke kiri ke kanan mencari anak lelakinya.

"Sayang... Bawa mengucap. Anak-anak kita dah tak ada, sayang." Harraz cuba memujuk. Sekali lagi lengan wanita itu disentuhnya sekali gus mematikan langkah sang isteri.

Marissa menoleh. Matanya merah ibarat biji saga. Bibirnya diketap kuat.

"Tipu! Anak-anak aku masih hidup! Tadi aku nampak Hafiy. Dia... dia panggil aku mommy. Harraz... Anak aku panggil aku mommy. Ya Allah dah lama aku nak dengar anak aku panggil aku dengan panggilan tu." Kalau tadi, Harraz yang memaut lengan isterinya. Kini, Marissa pula membuat perkara yang sama. Lengan sasa suaminya digoncang berkali-kali.

Harraz terdiam. Sedih hatinya melihat air mata sang isteri yang jatuh membasahi pipi mulusnya. Apatah lagi sinar mata Marissa mengharapkan yang anak-anaknya masih hidup.

"Harraz... Kita cari Hafiy ya? Aku... aku nampak dia dengan Medina kat sini tadi. Pandai Hafiy jaga adik dia, Harraz." Kelopak mata Marissa mula bergenang. Ternampak-nampak bayang kanak-kanak kecil berlari-lari di kawasan perkuburan ini.

Tanpa dapat ditahan lagi, mutiara jernih itu akhirnya jatuh juga. Harraz membawa Marissa ke dalam dakapannya. Rasa bersalah terhadap wanita itu semakin bergunung.

Dia, dialah punca mengapa Marissa jadi begini. Dia juga penyebab kematian anak-anaknya sendiri. Semuanya berpunca dari Harraz. Jika dia tidak menolak wanita itu semalam, pasti anak-anaknya masih hidup. Dan Marissa takkan jadi begini.

Seakan baru tersedar, Marissa menolak kuat tubuh Harraz. Dia merenung tajam wajah lelaki itu.

"Sebab kau anak-anak aku pergi! Lepas! Kau jangan berani nak sentuh aku! Berambus dari sini! Aku tak nak tengok lagi muka kau!" Dada Harraz ditolak kasar sehingga lelaki itu terdorong ke belakang.

Harraz tergemap.

"Sayang..."

"Diam! Jangan panggil aku dengan panggilan tu!" cantas Marissa. Dia geram! Air mata yang jatuh diseka kasar. Selendang hitam yang menutupi kepalanya dibetulkan. Kemudian, Marissa berjalan meninggalkan Harraz.

"Aini, aku nak balik." Jug yang berisi air bunga disiram di atas pusara Hafiy dan Medina. Tangisannya ditahan.

"Sayang, mommy balik dulu ya? Ada masa nanti, mommy datang melawat kamu berdua," ujar Marissa dan tanpa membuang masa, kakinya diatur keluar dari kawasan perkuburan itu. Aini membuntutinya dari belakang. Tubuh kawannya dipapah berhati-hati. Marissa masih lemah. Jahitannya masih terasa ngilu menyebabkan dia berjalan agak perlahan.

Sampai saja di kereta Aini, Marissa menghentikan langkahnya. Kepala menoleh sekali lagi lalu dari jauh dia dapat melihat timbusan tanah yang merah itu.

"Bye, mommy!"

Marissa tersenyum kecil.

"Marissa."

Sontak, Marissa memalingkan wajahnya. Matanya membulat. Terkejut melihat figura tersebut. Dia amati manusia itu dari atas sehingga bawah.

"Takziah."

3.0 | DENDAM CINTA 2 [OG]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora