🍻 BAB 39

9.3K 1.1K 381
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

EDDYNA berjalan tidak ada arah tuju

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


EDDYNA berjalan tidak ada arah tuju. Dia baru sahaja dari tandas dan mahu kembali kepada Mikael dan Arn. Tapi kerana ingatan amat lemah untuk mengingati jalan, habis sesat dia dibuatnya!

"Alaaa, mana Arn ? Mana Ael ?" persoal Eddyna. Habislah dia oleh Mikael jikalau tidak sampai mengikut masa yang sudah lelaki itu tetapkan.

"Haraplah Mikael angkat—"

"HEY! BUTA KE ?!"

Terundur Eddyna kerana terkejut akan jeritan itu sebelum punggungnya terhentak pada lantai. Ringisan sakit keluar daripada bibir. Kedua telapak tangan terasa pedih.

Alamak! Serasanya, dia terluka.

"Oh Ed ? Anak penjual ikan ? What are you doing disini ?"

Suara itu seakan dikenali.

Kepala terus diangkat. Bibir tergamam tatkala mata dihidangkan dengan dua tubuh yang dikenali olehnya sedang berdiri dihadapan matanya kala ini.

"Bella ?"

"T-Tunku Rash ?" bergetar bibir Eddyna menyebut nama lelaki itu.

Tunku Rash hanya beriak kosong. Eddyna yang masih duduk di atas tanah tidak dibantu. Sebaliknya hanya dipandang dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.

"Auw... Anak penjual ikan. Datang dengan siapa ? Sendiri ? Tengoklah I, I datang dengan anak Tunku. Crush pujaan you. You ada ?" lengan kekar Tunku Rash dipeluk ketat. Bibir Bella menayang senyum mengejek untuk gadis itu.

Eddyna tidak mampu bersuara. Matanya berair. Mereka berdua sedang beradu mata. Lihat mata Tunku Rash. Kosong. Seakan tidak peduli.

Bella yang perasa bahawa lelaki dambaannya memandang lama mata Eddyna segera menutup mata jejaka itu dengan tangan. Dia tidak mahu mata lelaki itu terus tertuju pada Eddyna.

"Jaga sikit mata you tu. Nanti future husband I buta. Mata you tu hodoh!" tegas Bella masih menutup mata Tunku Rash. Lelaki itu hanya biarkan.

Eddyna cuba menahan sakit yang perlahan memakan hatinya. Dengan kekuatan yang ada, digagahkan juga diri untuk berdiri sendiri. Bukannya dia mahu harapkan pertolongan daripada Tunku Rash, tetapi dia tahu bahawa lelaki itu juga tidak akan mengambil peduli lagi.

"Sorry..." ucap Eddyna perlahan bersama kepala menunduk. Tidak kuat hatinya mahu melihat lelaki yang dia cintai yang menganggapnya hanyalah sebatas teman kini bersama orang lain.

Bella tersenyum bila melihat perubahan Eddyna. Kepala Eddyna ditunjal kasar sehingga terundur dua langkah Eddyna dibuatnya.

Bella terus hamburkan tawa. "Kesian you kan. Ditipu hidup-hidup. Lain kali, jangan cintakan hak orang. Tunku Rash I punya kan. You sendiri yang sakit. Padanlah tu."

Airmata ditahan. Siapa cakap move on-nya itu sudah berjaya ? Heh, itu adalah tipu semata.

Dia mengatakan move on hanya dimulut. Tapi dihati ? Masih terukirnya nama Tunku Rash.

Langkah diatur agar lebih dekat dengan jarak Eddyna. Bella berdiri dihadapan Eddyna dengan penuh angkuh. Bahu gadis itu ditolak-tolak kasar berharaplah agar budak mentah seperti Eddyna jatuh lagi.

"Lawanlah I. Kenapa ni diam ? Lawan I cakap! Dulu bukan main you Serang I. Bila nampak pujaan hati keluar bersama I, you lemah ? Eeee, dasar sundal!" tolakan terakhir membuatkan Eddyna jatuh namun bernasib baik tatkala merasakan pinggangnya dipegang oleh seseorang bagi menghalang punggungnya menghentak tanah semula.

Bella beria.

Bibir diketap bila perasankan kehadiran Mikael dan Arn sudah berada di sisinya.

"At least, Ed tak tayang paha dia yang MAHAL tu." perkataan mahal ditekankan oleh Arn. Bella ingat mereka berdua tak dengar apa dia cakapkan tadi ?

Pakaian Bella terus ditilik oleh mereka berdua. Fuh, mengucap bila dipandang.

Mendapat balasan yang amat mengena pada dirinya, Bella kembali mendapatkan Tunku Rash. Mahu dapatkan backup lah tu. Lengan kekar Tunku Rash kembali dipeluk.

"You... Tengoklah kawan-kawan perempuan sundal ni... Dia nak cakap I murah..." adu Bella dengan suara mendayu disertakan rengekan murahannya.

Mikael dan Arn memandang tajam wajah bersahaja Tunku Rash. Nampaknya, lelaki itu bukan serius terhadap sahabat perempuan mereka. Sebaliknya dijadikan alat permainan untuk disakiti.

"It's okay sayang. You mahal... Perempuan tu yang murah..." kata Tunku Rash dengan senyuman sinis dibibir. Kepala Eddyna yang semakin menunduk dilihat suka.

Terasakah budak tu ?

Arn mengenggam penumbuk. Baik dia layangkan sahaja satu tumbukan pada rahang Tunku Rash sebagai peringatan. Tapi niatnya terhalang bila Mikael menarik lengan kirinya. Mungkin Mikael tidak mahu menimbulkan sebarang kekecohan walaupun sudah menjadi tarikan orang awam.

"Tunku, tak sangka Tunku sanggup buat Ed macam ni. Apa salah dia ?" soal Mikael tegas.

"Salah dia sebab beria. Dia yang beria, kita layan." selamba sahaja jawapan lelaki bermarga Tunku itu.

Hati Arn semakin membara. Dia mahu mengerjakan lelaki itu habis-habisan!

"Kalau tak suka Ed, buat cara tak suka. Bukan bagi harapan dan tiba-tiba sahaja bersama orang baru. Ed bukan alat mainan yang Tunku boleh sakitkan sesuka hati. Dia berharga. Amat berharga." urat dileher Mikael menimbul. Setiap perkataan yang dia tuturkan dikeraskan agar Tunku Rash faham.





















 Setiap perkataan yang dia tuturkan dikeraskan agar Tunku Rash faham

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.





















C | ELVIEN ANGELO R'ZEN √Where stories live. Discover now