🍻 BAB 43

9.4K 1.1K 170
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ELVIEN ANGELO ukir senyum bila tekaannya benar bahawa Eddyna berada di bumbung hotel

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


ELVIEN ANGELO ukir senyum bila tekaannya benar bahawa Eddyna berada di bumbung hotel.

Segera kakinya diatur mendekati Eddyna. Semakin hampir, telinganya mendengar jelas akan bebelan Eddyna.

"Kenapa aku perlu teringatkan Tunku hah ?! Cis! Aku benci macam ni!" langkah dihentikan dibelakang Eddyna. Suara Eddyna terlalu jelas mengendur.

"Datang sebagai stranger dan pergi sebagai musuh. Padanlah tu! Perempuan bodoh macam aku ni, mesti layak tersakiti kan ? Aku... Apa salah aku eak ?..."

Mata Elvien terpejam. Suara Eddyna teramat menyedihkan ditelinganya. Benarlah bahawa Eddyna masih belum baik daripada luka kerana mahu menyembuhkan luka di hati perlu memakan masa yang lama. Bergantung terhadap hati.

"Eee bodohlah! Aku tahulah kau lapar! Tapi janganlah bunyi... Setan betul perut ni!" Eddyna menumbuk perlahan perutnya. Berbunyi-bunyi, malu dia jikalau ada orang tiba-tiba.

"Sudah... Jom kita makan... Bunyi je kerja kau! Nak malukan akulah tu!" perutnya ditampar seketika sebelum berdiri dan memusingkan tubuh ke belakang. Saat dipusingkan, pergerakan Eddyna mengeras.

Kaku.

Elvien Angelo yang berdiri dihadapannya dipandang tidak berkelip. Sejak bilakah jejaka itu ada dibelakangnya ?

"S-Sejak bila ?"

"Dah lama. Kau nak makan kan ? Mari..." kerusi yang Eddyna duduk tadi, dia duduk kembali. Makanan yang dibawanya diletak atas meja. Eddyna yang masih berdiri dipandang sekilas.

"Duduk. Perut kau dah berbunyi minta diisi tu. Sini..." tempat duduk disebelahnya ditepuk.

Eddyna masih belum berganjak. Otaknya cuba berfikir. Kenapa Pengarahnya ini sanggup ke atas ? Adakah Pengarahnya itu mahu menemankannya ?

Abaikan semua itu, mata Eddyna serta-merta membulat bila mana bekas tersebut dibuka oleh Elvien dan isinya adalah donat!

Tidak berfikir panjang, kerusi dihadapan Elvien segera diduduk selamba. Wah... Ni memang kesukaannya!

C | ELVIEN ANGELO R'ZEN √Where stories live. Discover now