🍻 BAB 73

8.1K 1K 51
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

EDDYNA melihat sekeliling rumah dengan perasaan tidak selesa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

EDDYNA melihat sekeliling rumah dengan perasaan tidak selesa. Rumah besar dan mewah tidak pernah dilihat apatah lagi dijejaki. Selama ini, hanya rumah sewa sahaja menjadi tempatnya berlindung.

Lepas sahaja Elvien menghantarnya pulang, ada lagi satu kereta datang ke rumahnya. Disangkakan Tuan Elshien, rupanya adalah pekerja Tunku Radh yang mahu membawanya ke rumah mereka.

Eddyna ikutkan sahaja. Jika Tunku Radh yang mahu berjumpa, Eddyna turutkan kerana Tunku Radh lebih matang berfikir jika dibandingkan dengan Tunku Rash. Bukan hanya bicara kosong, tapi itu adalah kenyataan.

Senyuman janggal ditayang sesudah dirinya sampai ke ruang tamu. Dapat dilihat Tunku Radh sedang menunggunya.

"Erm, ehem." kerana tidak tahu mahu memberikan apa, Eddyna berdehem bagi memecahkan lamunan Tunku Radh.

Tunku Radh tersenyum. "Hai Ed. Duduklah." pelawanya dan Eddyna terus mengambil tempat dihadapan Tunku Radh.

Saat ini, perasaan Eddyna tidak normal. Semuanya bercampur aduk setelah mengetahui kebenaran. Jika sebelumnya, okey sahaja Eddyna bergurau dengan lelaki bernama Radh itu.

Tapi sekarang tidak lagi, takut.

"K-Kenapa nak j-jumpa ?" Eddyna bertanya walau bibir sudah mula bergetar menutur bicara.

"Rash dah cerita hal sebenar ?" perlahan kepala Eddyna mengangguk.

"S-Sudah."

"Ed takut ?" Eddyna mengangguk.

"Maafkan abang dan Rash sebab ambil masa yang lama untuk cari Ed. Maafkan Rash sebab huru-harakan hidup Ed..."

"Hehe... T-Tunku tak payah minta maaf. Benda biasa. Hehe..." hanya sengihan sahaja ditayang oleh Eddyna agar Tunku Radh tidak rasa bersalah.

Tunku Radh senyum tawar. "Ed, tinggal dengan kami." sengihan Eddyna mati tatkala ayat itu meluncur laju dibibir merah Tunku Radh.

Diam. Eddyna diam. Ayat balasan cuba disusun baik bagi membalasnya tanpa Tunku Radh terasa hati.

C | ELVIEN ANGELO R'ZEN √Where stories live. Discover now