🍻 BAB 28

10.8K 1.2K 296
                                    

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

PERUTNYA serta-merta dipegang tatkala bahagian itu ditumbuk kuat oleh lelaki asing itu

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

PERUTNYA serta-merta dipegang tatkala bahagian itu ditumbuk kuat oleh lelaki asing itu. Rasa sakit dan pedih mula menyerang. Eddyna jatuh terduduk kerana kedua kakinya tidak mampu lagi mahu menahan berat tubuhnya.

Lelaki itu tersenyum bila melihat mangsanya sudah jatuh terduduk. Dia pasti bahawa gadis itu amat sukar mahu bergerak.


"Aku lembut-lembut dengan kau, kau nak juga kekerasan. Macam mana ? Sedap kan ?" sinis lelaki itu. Dia duduk mencangkung di hadapan Eddyna lalu dagu itu dipegang kasar.

"JANGAN SENTUHLAH!" baru tangan mahu menepis, laju sahaja tangan lelaki itu menahan tangannya. Eddyna terkesima.

Lelaki itu tersengih.

"Ganas. Aku suka perempuan ganas. Lagi-lagi kau..." hidung Eddyna dikemam sekilas.

Mata Eddyna membulat. Berani sungguh lelaki itu mengemam hidungnya. Entah basi entah tidak air liur itu.

Baru lutut Eddyna mahu naik menghentak aset lelaki itu, dia terlebih dahulu dikejutkan oleh lelaki yang memegang dagunya tadi sudah terundur ke belakang tatkala mendapat satu tendangan kuat pada bahagian sisi kepalanya oleh seseorang.

Kepalanya pantas di dongak bagi melihat siapakah gerangan pelakunya. Bila melihat akan wajah itu, Eddyna terkesima. Dia,

Elvien.

Jelas di matanya bahawa dada Elvien berombak. Tajam mata biru muda itu melihat pada lelaki asing yang mahu memperlakukan hal buruk kepadanya sebentar tadi.

"Pergi sebelum kau lunyai." arah Elvien tegas. Botol perfume di dalam poket seluarnya diambil lalu disemburkan pada hujung dan badan kasutnya bagi menghilangkan najis dan kekotoran akibat tendangan yang dia lepaskan.

Melihatkan bahawa Elvien bukan sembarangan orang, lelaki itu mengambil inisiatif untuk pergi. Baik dia pergi secepatnya sebelum dia lunyai dikerjakan. Merasakan tendangan daripadanya pun sudah tahu bahawa tenaga Elvien Angelo lebih kuat jika mahu dibandingkan dengan kekuatannya yang hanyalah ala kadar.

C | ELVIEN ANGELO R'ZEN √Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang