🍻 BAB 38

9.7K 1.1K 41
                                    

Oops! Questa immagine non segue le nostre linee guida sui contenuti. Per continuare la pubblicazione, provare a rimuoverlo o caricare un altro.

MIKAEL hanya menjeling malas sahaja pada Eddyna

Oops! Questa immagine non segue le nostre linee guida sui contenuti. Per continuare la pubblicazione, provare a rimuoverlo o caricare un altro.


MIKAEL hanya menjeling malas sahaja pada Eddyna. Ceria sungguh wajah itu. Nampak sangat gembira tatkala dia memberikan kata setuju untuk membawa Eddyna ke fun fair.

"Cepat! Cepat! Mana Arn ?"

"Beli tiket. Cuba tenang sikit." tegas Mikael. Mahu malu jadinya bila beberapa orang yang ada berdekatan mereka hanya melihat ke arah mereka berdua. Eddyna ingat sekarang ni di tempat kerja mereka ke nak jerit-jerit tak kena waktu pula tu!

Eddyna tersengih. Kelibat Arn yang datang menghampiri menaikkan semangatnya untuk bermain dengan puas!

"Cepatlah Arn! Ish! Lambat betul semut ni berjalan! Jom-jom!" kerana tidak sabar, pergelangan tangan kedua lelaki itu disambar dan ditarik agar berjalan laju mengikut langkahnya.

Mikael dan Arn terpaksa mengikut langkah Eddyna yang teramatlah laju itu. Sudahlah kaki mereka berdua belum bersedia dan dibetulkan langkah untuk bergerak. Kalau ada yang berbelit kaki sebelum bermain, memang dia bawa Eddyna pulang terus! Tak payah main!

"Mikael! Arn! Faster!" ceria Eddyna yang masih setia menarik mereka berdua. Nasib tiket sudah dibayar. Jika tidak, pasti dikejarnya mereka bertiga.

Mikael dan Arn hanya mampu menggeleng bersama senyuman. Gembira tidak terkata Eddyna. Mereka berdua pun senang hati melihat keceriaan Eddyna yang sekian lama bermuram dan berdingin sahaja.

"Wahh! Dah lama kita tak main kan! Jom kita pilih game apa nak main!" kini, kedua lengan rakannya dilingkarkan ketat. Dia tidak mahu kedua sahabat lelakinya itu menghilang. Kerana dia datang ke sini pun atas keizinan Mikael dan mestilah bermain bersama!

Mikael dan Arn hanya menurut. Princess mereka haruslah dituruti.

"Kau nak main apa ?" soal Arn terus bila mereka bertiga berdiri ditengah kawasan fun fair. Mata Eddyna masih meliar mahu melihat permainan apa yang ada.

"Tak tahulah nak main apa dulu..." berubah terus riak wajah Eddyna. Dia belum fikirkan permainan apa yang mahu dimainkan olehnya.

"Kita pusing-pusing dululah baru main. Okey ?" Mikael mengeluarkan cadangan.

C | ELVIEN ANGELO R'ZEN √Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora