1- Introducing

Começar do início
                                    

'Fuh, jalan straight je. Tenang, tenang'.
'Tak, tak. Aku tak boleh buat ni'.

Dan sekarang langkah ku tiba-tiba terhenti betul-betul di hadapan pintu besar hotel itu. Dada ku dipegang dengan tangan kanan ku. Nafas ku mulai sesak. Campur dengan rasa geram dan nak menangis tadi.

Lutut ku mulai longlai.

Ya Allah, kenapa boleh terkena panic attack dekat tengah-tengah hotel ni? Malu lah bodoh!

Belum sempat aku jatuh ke lantai, badan ku disambut oleh sepasang tangan kekar yang aku sendiri tidak tahu siapa punya.

"Breathe in, out. Slowly". Suara dia. Kata-kata dia. Seperti pernah aku dengar di mana-mana.

"Good. Now,  I need you to calm down and stand up. Slowly". Arahnya lagi dan aku ikuti sahaja.

"Good girl. Now can you go home alone?".

Di saat mata ku menatap anak matanya yang indah bewarna hijau itu, aku mulai teringatkan sesuatu. Tapi sesuatu itu langsung tidak jelas.

Di sekelilingnya, terlihat beberapa orang yang pakaiannya semua bewarna hitam. Semuanya memandang tajam ke arah ku.

Cepat-cepat aku melepaskan diri ku daripada pelukan lelaki tinggi menyeramkan itu.

"You nak kahwin dengan I tak?". Bukannya aku jawab soalan dia. Malahan, aku tanya pula dia soalan. Berharap yang dia tidak akan faham dek kerana wajah dia seperti mat saleh dan hanya pandai bercakap Bahasa Inggeris sahaja.

Dia mengangkat sebelah daripada keningnya.

" Hm, takpela. I should go home. Thank you". Baru sahaja aku nak larikan diri daripada situasi yang memalukan itu, terasa tangan ku ditarik oleh salah seorang daripada lelaki di situ. Namun, bukan lelaki bermata hijau itu.

"Kahwin? Kenapa tiba-tiba tanya?". ASTAGFIRULLAHALAZIM, dia faham ke APA YANG AKU CAKAP? MAT SALEH NI FAHAM KE?

"You faham ke apa yang I cakap tadi?".

Setiap tetamu di hotel itu yang lalu di situ semuanya mulai memandang ke arah aku dan sekumpulan lelaki itu dengan pandangan yang sedikit pelik. Ada sesetangah daripada mereka kelihatan seperti berada dalam ketakutan.

" Dia faham dan dia nak suruh kau jelaskan lagi sekali". Kata lelaki yang memegang tangan ku itu.

"Sebelum tu, lepaskan tangan I dulu".

"Let go of her hand. Let her talk". Arah lelaki bermata hijau itu.

Serta-merta anak buahnya itu melepaskan tangan ku. Aku pon apa lagi, tengok kiri, tengok kanan.

Lepastu, lari laju-laju macam lipas kudung. Melepaskan diri aku daripada situasi yang memalukan itu.

"BOSS, dia lari".

"Biarkan dia. Alex, cari maklumat tentang perempuan tu. Aku rasa macam pernah nampak dia dekat suatu tempat but I can't remember the place. Once dah jumpa, bring her to me once again". Kata ku, memberi arahan.

Terasa seperti deja vu ketika mata ku bertemu dengan matanya sebentar tadi. Seperti pernah aku lihat sepasang mata itu tapi susah betul nak ingat di mana.

"Okay, boss. Sekarang ke?".

"Sekarang buat apa? Sekarang kan kena pergi deal dengan Dato' gemuk tu! Bodoh lah kau ni!". Spontan sahaja Lee mengetuk kepala anak buah ku yang bernama Alex itu. Lee ni, kalau tak bergaduh dengan orang sehari, memang bukan dia la tu.

"Aduh! Sakit la!". Alex menggosok-gosok kepalanya.

"Korang diam boleh tak? Aku sepak muka sekor-sekor nanti". Itu Aidan. Orang paling sensitif. Pantang bising sikit, pasti yang lain kena marah. Lebih-lebih lagi kalau bising masa tengah dia main game, memang kena lah kau.

"Dah, dah jom". Dan yang terakhir, yang ikut aku pada malam ini. Melvin. Manusia paling pendiam. Paling tenang. Dan juga paling handal menyerang hendap. Melvin Hanchester.

So in total,

Adam Lee
- manusia paling suka buat bising, paling suka buat          masalah
- paling kuat marah
- paling kelakar
(semua yang paling-paling tu, dia lah)
- scientist and drug maker

Alex Felicis
- sekepala dengan Lee
- mangsa buli Lee
- paling cengeng (not really)
- is a hacker

Aidan Hakimi
- anti perempuan
- anti romantic
- suka main game
- location detector (selalu bekerja di bawah Alex)

Melvin Hanchester
- paling pendiam
- tak suka masuk campur hal orang
- jangan jatuh cinta dengan dia, dia benci cinta
- weapon dealer

Mereka empat orang ini merupakan orang kuat aku. Pilih lah yang mana berkenan, gurau je.

Dan aku...

Aku Caden Gilbert. Cukup dua perkataan itu sahaja untuk aku kenalkan diri aku buat sementara waktu ini.

🦋

Hai :(
Author punya mood merundum hrini sbb author nak pergi tengok Jujutsu Kaisen 0, tapi tkde org nak hantar 😭👎

Tapi tkpela, korang enjoy la chapter ni.
Boleh lah pilih mana yang berkenan, hehe :D

SAYF MALEEQ ||©Onde as histórias ganham vida. Descobre agora