BAB 8 | DENDAM CINTA 2

Comincia dall'inizio
                                    

•••

SENYAP kesemua manusia yang berada di ruang tamu itu. Datin Kalsom, Farah dan Marissa saling berpandangan. Natalia yang duduk di hadapan mereka dijeling sekali sekala.

"Abang... Apa ni? Kejut Talia tengah-tengah pagi buta macam ni. Talia mengantuklah! Nak tidur," bebel Natalia. Mulutnya menguap besar. Matanya digosok. Huh, sepatutnya masa macam ni dia masih terbongkang lagi. Ini tidak, Harraz mengejutnya secara tiba-tiba. Kasar pula tu.

Harraz mundar-mandir di ruang tamu tersebut. Penumbuknya dikepal menahan rasa yang semakin bersarang di hati.

Marah.

Kecewa.

Sedih.

Dan yang paling ketara perasaan kesal.

Kesal kerana mempercayai Natalia.

Kesal dengan kebodohan diri sendiri.

"Isy, dahlah. Talia nak naik dulu. Tidur lagi bagus," rungutnya seraya bangkit dari duduknya. Matanya secara tidak sengaja bertembung dengan Marissa. Lalu, dijeling tajam wanita itu.

"Duduk!" jerkah Harraz sekali gus memeranjatkan semua orang di ruang tamu itu.

Natalia terkesima. Dahinya berkerut melihat Harraz yang tiba-tiba saja mengamuk. Muka bertukar merah saat mata-mata daripada madunya, ibu mertuanya dan adik iparnya sedang memandang ke arah dia. Kemudian, dia berjalan perlahan dan menghampiri sofa yang didukinya tadi. Entah kenapa, jantung tidak semena-mena berdegup kencang.

Harraz berjalan mendekati Natalia. Rahangnya diketap. Ikutkan rasa sebal ini, mahu saja dia menampar wanita itu.

"Aku nak tanya kau, masa malam kejadian kita dekat Johor dulu, betul ke aku dah sentuh kau masa tu?"

Sontak, mata Natalia terbelalak. Terkejut. Kenapa Harraz tiba-tiba mempersoalkan perkara yang berbulan-bulan sudah berlalu?

Marissa menekur ke bawah. Jari kakinya dimainkan sesama sendiri. Audio yang dihantar oleh seseorang kepada suaminya tadi sudah didengarinya. Waktu itu, semua perasaan bercampur baur. Itu diri Marissa sendiri. Bagaimana pula dengan Harraz? Pasti lelaki itu sedang sarat menanggung perasaannya tika ini.

"Be... betullah! Kalau tak, macam mana Talia boleh mengandung?" Nadanya naik seoktaf. Berang dengan soalan tersebut. Namun begitu, jantungnya semakin memalu kuat.

Beberapa saat kemudian, Harraz menghamburkan tawanya. Perlahan namun cukup perit. Dia berpura-pura ketawa bagi menahan rasa kecewanya.

"Sampai bila kau nak tipu aku, Talia? Sampai bila kau nak perbodohkan aku? Sampai bila kau nak simpan rahsia tu? Sampai bila?!" Lantang suara Harraz. Pekikannya itu cukup membuatkan suasana yang tadi hening, kini bertukar gamat dengan herdikannya.

Natalia berasa dunianya runtuh. Organnya yang satu itu semakin rancak mengepam darah. Liur yang ditelan juga terasa berpasir. Mulutnya bagai digam daripada berkata-kata. Dan secara refleksi, tubuhnya juga mula menggigil.

"Apa... apa maksud abang? Talia... Tak... tak faham."

"Kau tak faham atau kau berpura-pura tak faham?!" jerkahnya kembali. Rahang wanita itu dicengkam. Saat ini, amarah telah menguasai diri. Dia tidak boleh berfikir secara rasional lagi.

"Sa... sakit..."

Marissa yang melihatnya terus menerpa ke arah Harraz. Datin Kalsom turut bangun. Belakang tubuh anak lelakinya diusap. Cuba menenangkan Harraz yang mula mengamuk.

"Harraz, istighfar nak... Jangan ikutkan sangat perasaan tu..."

"Betul cakap mama tu. Awak buat macam ni, masalah takkan selesai. Kita bincang baik-baik, ya?" Marissa mengusap lembut lengan suaminya. Dada lelaki itu turut ditenangkan.

3.0 | DENDAM CINTA 2 [OG]Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora