BAB 8 | DENDAM CINTA 2

Start from the beginning
                                    

"Kau tahu tak, aku paling tak suka kalau orang menipu." Ibu jari Irfan dibelek-belek. Membulat mata Irfan melihat spanar yang mula dekat pada jarinya.

"Argh!" Bergema jeritan Irfan di dalam bilik penyeksaan itu. Darah mula menitik membasahi simen. Kukunya... Kukunya telah dicabut oleh Adam!

Yazid pejam mata. Dia pula yang terasa ngilunya. Dalam hati, dia membebel-bebel. Kenapalah Adam tak tembak saja si Irfan tu? Senang, habiskan saja riwayat lelaki tak guna tu. Ini tidak, boleh pula Adam bermain dengan spanar untuk mencabut kuku Irfan. Tersepit dekat pintu kereta pun sudah cukup terasa sakitnya, inikan pula bila kuku dicabut secara sengaja. Urgh, tak terbayang dek akal bagaimana rasa pedihnya.

"Sa... sakit... Le... lepaskan akulah!" Irfan menggelupur. Merah padam mukanya menahan sakit.

"Sabarlah... Aku tak habis lagi ni. Selagi kau belum ingat siapa Natalia, aku takkan lepaskan kau. Enjoy okey?" Adam gelak lalu kuku di jari telunjuk Irfan pula dicabut.

"Argh!" Sekali lagi jeritan Irfan bergema. Sebelah tangannya dihentak-hentakkan ke simen. Hujung mata mula berair dek perit yang tidak tertanggung lagi.

"Aku nak tanyalah, kenapa kau beria sangat nak tolong Natalia tu?" soal Adam sambil mencabut pula kuku di jari hantu Irfan. Mukanya beriak kosong. Darah yang mengalir dibuat tidak peduli. Bau hanyir darah yang mencucuk-cucuk rongga hidung juga seakan tidak memberi kesan kepadanya.

Tidak ada suara yang keluar dari bibir lelaki itu. Irfan mula lemah. Tubuhnya juga semakin terkulai. Dia sudah tidak ada daya hendak melawan. Apa yang Adam mahu lakukan terhadapnya, dibiarkan saja.

"Oh, taknak jawab?" Adam jongket kening. Boleh tahan keras kepala juga Irfan ni.

Isi kuku Irfan yang merah itu dicarik-carik menggunakan hujung spanarnya. Terseksa Irfan yang menanggungnya.

"Cu... cukup! Aku tak tahan lagi dah! Tolonglah lepaskan aku!" rayu Irfan. Air mata jantannya jatuh. Tubuhnya menggeletar hebat.

Rahang diketap kuat. Dada Adam berombak. Api kemarahannya semakin meluap-luap.

"Sekarang ni kau dah ingat atau belum siapa Nur Natalia?" tanya Adam sekali lagi. Dia melihat tiga jari Irfan sudah tidak berkuku. Kalau lelaki itu masih berdegil untuk membuka mulut, dia tidak teragak-agak untuk memotong jari-jemari Irfan pula.

Laju Irfan mengangguk.

"Ingat... ingat..."

"Bagus. Kan senang kalau dari tadi kau mengaku yang kau kenal Natalia. Tak adalah kau nak kena tanggung sakit ni. Buat apa kau nak pertahankan perempuan macam tu?" Adam menggeleng. Spanarnya yang berlumuran darah diletakkan ke tepi. Kedudukannya masih sama. Bertinggung tanpa bergerak seinci pun.

"Now, cerita kat aku pasal hubungan kau dengan dia dan plan yang kauorang berdua dah aturkan. Aku nak tahu semua perkara. Jangan tinggalkan walau satu maklumat pun." Tegas Adam berkata.

"B... baik. Aku ceritakan semuanya sekali. Tapi kau kena janji dengan aku. Lepas aku bagitahu semua rahsia Natalia, kau akan lepaskan aku?" Terketar-ketar bibir Irfan.

Adam diam sejenak.

"Well, tak semudah tu aku akan lepaskan kau. Ada satu perkara lagi yang kau kena buat. But sekarang ni aku nak kau cerita dulu apa yang jadi antara Harraz dan Jasmine dua bulan yang lepas." Mata hitamnya tajam menikam muka Irfan yang bercalar-balar.

Irfan tidak mempunyai pilihan. Mahu atau tidak, dia terpaksa membuka mulut. Nyawanya bila-bila masa boleh melayang jika dia terus berkeras. Lelaki yang sedang bercangkung di hadapannya ini tidak boleh dibuat main. Mukanya bengis. Auranya dingin. Dan lelaki itu ialah Adam Benjamin.

3.0 | DENDAM CINTA 2 [OG]Where stories live. Discover now