Selepas pertengkaran dia dan yeonjun , beomgyu membuat keputusan untuk keluar menenangkan fikirannya . Pedal minyak di tekan sekuat hati . Bunyi - bunyi hon daripada kereta yang lalu - lalang di atas jalan raya itu tidak di endahkan .
Sehinggah lah satu saat , di mana ada seorang gadis sedang berlari ke tengah - tengah jalan raya menyebabkan beomgyu menekan break mengejut . Sementara gadis itu menyembunyikan wajahnya di antara lutut .
Beomgyu melepaskan keluhan lega . Mujur dia sempat mengelak dari berlakunya kemalangan jalan raya . Dia terus keluar dari kereta dan mengorak langkah mendekati gadis tadi .
" Yah , kau okay ? " tanya beomgyu pada gadis berhoodie kuning itu .
Perlahan dia mendongak , tubuhnya di tahan dari jatuh . Hendak gugur jantungnya , dia hampir mati kerana menyelamatkan seekor anak kucing yang berada di atas jalan tar tadi .
Tapi dia bersyukur kerana tiada apa - apa yang terjadi .
Dia mula berdiri sambil mengangkat anak kucing itu . Dia memandang beomgyu .
" awak hampir langgar dia tau ." bukan itu yang beomgyu mahukan sebagai jawapan tetapi tidak mengapa lah . Jika gadis itu masih berbicara dengan baik , maknanya dia okay .
Beomgyu melihat anak kucing berbulu kelabu di dalam pelukan si gadis .
" Kau berlari tengah jalan tadi semata - mata nak selamatkan anak kucing ni ? "
Bahu gadis itu terhinjut naik tatkala suara beomgyu mula meninggi . Dia menganggukkan kepala .
" ye ! Sebagai pencinta kucing , saya tak sanggup tau nak tengok kucing kena langgar dengan orang yang bawa kereta macam palesit ."
Beomgyu memutar mata ke atas .
" sudah lah . Ke tepi , aku nak jalan ."
" eh awak nak pergi mana ? "
" sibuk ."
" Tanya je ."
Gadis itu mencebik .
YOU ARE READING
Mrs Choi : His priority
FanfictionM R S C H O I : H I S P R I O R I T Y choi yeonjun fanfiction Choi Yeonjun , si jejaka tampan namun berpewatakan dingin . Ramai perempuan tergilakan dirinya kerana rupa paras serta pangkatnya . Namun dalam ramai perempuan yang inginkan dirinya...