Dari jauh yeonjun melihat yuri sedang berbual bersama yeseul sambil bersandar pada keretanya . Kaca mata hitam terletak elok di batang hidung menyerlahkan lagi aura kekacakan yang di miliki yeonjun .
" Yuri , suami kau dah tunggu tu . Pergilah cepat ! Kesian dia menunggu lama - lama . Aku rasa kita dah boleh berhenti bincang pasal ni ." ujar yeseul setelah menyenggol siku yuri .
" Aku malas lah nak naik kereta dengan dia . Aku tumpang kau je lah , boleh ? " kata yuri separah merayu pada yeseul , namun di tolak mentah - mentah oleh gadis itu .
" tak ada - tak ada ! pergi sana ."
Yuri memuncung apabila yeseul menolak tubuhnya .
" yelah , bye ."
Dengan langkah penuh keterpaksaan , dia menghampiri yeonjun . Dalam hati , dia menyumpah seranah keretanya . Boleh pula tayar keretanya pancit pagi tadi padahal semalam kereta dia elok sahaja .
" sayang . . "
Yuri menepis tangan yeonjun ketika lelaki itu cuba untuk menyentuhnya .
" Cepatlah . Saya penat ."
Yeonjun tersenyum segaris . Dia membukakan pintu kereta bahagian penumpang .
" masuk , sayang ."
Sebaik sahaja yuri masuk , yeonjun terus menutup pintu kereta dan mula menapak ke bahagian pemandu . Enjin kereta mula di hidupkan lalu bergerak meninggalkan perkarangan office vuitton's corporation .
Pada awalnya semuanya kelihatan biasa sahaja sehinggalah minit yang ke 10 , yuri mula mengerutkan dahi . Dia pelik kerana yeonjun memandu ke arah yang bertentangan dengan arah rumah mereka .
" yeonjun , kita nak pergi mana ni ? " tanya yuri sembari menoleh melihat yeonjun .
Yeonjun mengerling yuri sekilas , dia meraih tangan gadis itu lalu di genggam dengan erat .
" i want to spend some time with you , sayang . just you and me ."
YOU ARE READING
Mrs Choi : His priority
FanfictionM R S C H O I : H I S P R I O R I T Y choi yeonjun fanfiction Choi Yeonjun , si jejaka tampan namun berpewatakan dingin . Ramai perempuan tergilakan dirinya kerana rupa paras serta pangkatnya . Namun dalam ramai perempuan yang inginkan dirinya...