Mata yuri mula tercelik luas sebaik sahaja bunyi deringan jam menyapa halwa pendengarannya . Saat yuri ingin meregangkan tubuh , dia terpaku melihat sepasang tangan memeluk pinggangnya .
Yuri menoleh . Dia tergamam melihat wajah yeonjun terlalu rapat dengannya sehingga puncak hidung mereka bersentuhan tanpa sengaja .
" Morning , sayang ." Ucap yeonjun tanpa membuka matanya sambil mengeratkan rangkulan pada pinggang sang isteri .
" Awak , saya nak bangun ." Kata yuri dengan nada perlahan . Dia berusaha untuk merungkaikan rangkulan itu namun tidak berjaya .
Sebaik sahaja yeonjun mencelik , seraut wajah cantik yuri memenuhi ruangan penglihatannya . Itu merupakan view yang paling dia sukai selepas sebaik sahaja terjaga dari lena .
" mana morning kiss saya ? "
Yuri tercengang mendengar pertanyaan yeonjun . Di kala yuri masih diam membatu , yeonjun mengambil kesempatan dengan menempelkan bibir mereka berdua sekilas .
Yeonjun menjarakkan dirinya semula untuk melihat reaksi dari yuri , akan tetapi keadaan yuri tetap sama seperti tadi . Yeonjun tersenyum sinis . Dia menghapus semula jarak mereka .
Yuri mula terbuai dengan sentuhan - sentuhan lembut dari yeonjun . Tanpa sedar mereka telah hanyut dalam gelombang nafsu masing - masing .
" i love you , sayang ." Bisik yeonjun tepat di tepi telinga yuri . Bisikan cinta itu di ungkapkan dengan sepenuh hatinya bagi membuktikan bahawa dia benar - benar mencintai yuri .
Yeonjun merenung tepat ke dalam anak mata yuri . Dia mengusap pelipis isterinya dengan begitu lembut .
" saya takkan paksa awak selagi awak belum bersedia ." Yeonjun mula menjarakkan dirinya dari yuri .
Belum sempat dia ingin bangkit dari katil , yuri terlebih dahulu merentap tangannya dari belakang . Sekali lagi bibir mereka bersentuhan sesama sendiri .
Yeonjun terkejut dengan tindakan mengejut isterinya .
" sayang . . "
Yuri hanya diam . Biarkan perbuatan menjawab segalanya .
YOU ARE READING
Mrs Choi : His priority
FanfictionM R S C H O I : H I S P R I O R I T Y choi yeonjun fanfiction Choi Yeonjun , si jejaka tampan namun berpewatakan dingin . Ramai perempuan tergilakan dirinya kerana rupa paras serta pangkatnya . Namun dalam ramai perempuan yang inginkan dirinya...