BAB 2 | DENDAM CINTA 2

Start from the beginning
                                    

   Makin kuat Adam menggenggam penumbuknya. Mukanya yang putih bertukar merah dek menahan lahar yang bakal meletus.

   "Bodoh kau, Harraz!" maki Adam tanpa dapat ditahan.

   Yazid di corong telefon mengangguk berkali-kali. Setuju dengan omelan Adam yang kedengaran perlahan itu.

   "Lagi, apa lagi yang kau tahu?" soal Adam ingin tahu.

    Dia perlu mengorek segala rahsia yang disimpan oleh manusia-manusia durjana itu. Dia mahu mengumpul segala bukti untuk membela nasib Marissa Jasmine nanti. Ya, kerana wanita itulah dia sanggup mengupah penyiasat untuk menyiasat apa sebenarnya yang sudah terjadi antara Marissa dan Harraz dua bulan yang lepas.

    "Tuan tahu, Puan Jasmine pernah kemalangan tujuh tahun lepas? Dan akibat daripada kemalangan tu, Puan Jasmine hilang ingatan. Senang cakap, Puan Jasmine menghidap Amnesia."

   "Hah?" Sekali lagi Adam terkejut. Dadanya diurut. Fuh, kalau macam nilah, boleh sakit jantung dia dibuatnya.

   Yazid tergelak mendengar nada Adam yang jelas terkejut beruk itu.

   "Kau jangan gelak. Aku tembak kau nanti, Yazid." Dalam pada itu, sempat Adam memberi amaran.

   "Aik? Dari pegang scalpel dah bertukar pegang pistol pula?" perli Yazid selamba. Dia tak takut pun dengan Adam. Dia dan lelaki itu sememangnya rapat.

   Adam mendengus. Kurang asam betul!

   "Dah-Dah. Aku tak ada masa nak dengar lawak kau tu. Sekarang ni, aku nak tahu apa yang jadi pada Jasmine tujuh tahun lepas. Aku nak kau cerita details. Satu persatu tanpa tinggalkan sebarang maklumat pun. Segala tentang Jasmine, aku nak tahu."

   Bila dengar nada Adam yang bertukar serius, bermaksud Yazid tidak boleh berseloroh lagi. Adam serius. Dia pun kena serius juga.

   "Apa yang jadi tujuh tahun lepas melibatkan Harraz Daniel dan seorang perempuan ni."

   Adam berkerut dahi. Harraz Daniel pun terlibat sekali? Dan siapa pula perempuan yang dimaksudkan oleh Yazid tadi?

   "Apa maksud kau?"

•••

     "NGANGA cepat! Aaaaa..." Adam membuka mulut meniru gaya emak-emak ketika menyuapkan si anak makan.

   Marissa menggelengkan kepala. Dia dah kenyang. Dari tadi Adam menyuapnya. Serupa macam budak kecil pula. 

   "Taknak. Saya dah kenyanglah, Adam." Tolak Marissa lembut. Tisu diambil lantas mengelap sisa comot di bibirnya.

   "Takkan dah kenyang kut? Makanan tak habis lagi ni," ujar Adam lalu menunjukkan makanan yang banyak di atas meja.

   "Meh sini saya lapkan." Laju tangan Adam mengambil tisu. Dia mengelap hujung bibir Marissa yang comot. Sambil itu, dia mengenyitkan mata tatkala pandangan mereka bersatu.

   Termalu sendiri Marissa dibuatnya. Hisy, kalau manusia bernama Adam Benjamin ni, memang tak sah kalau tak buat dia segan sendiri.

   "Awak la yang makan. Siapa suruh order banyak sangat? Kita berdua je pun nak makan."

   "Eh, siapa kata kita berdua je? Kita berempat sekarang ni," ulas Adam sambil tersengih miang. Dia menyuap salad ke dalam mulut. Doktor kan? Manalah dia nak makan makanan berminyak ni. Bab kesihatan, memang Adam sangat jaga. Tengoklah badan dia. Perut tak buncit, siap ada biceps dan six pack lagi. Rawr!

3.0 | DENDAM CINTA 2 [OG]Where stories live. Discover now