33|ʜᴀɴᴀғɪ

1.4K 239 210
                                    

"Sugar okay?"

Syafiq menyoal. Aira yang duduk di sebelahnya hanya diam. Wajahnya masam. Tadi selepas sahaja Syafiq menghalau Datin tua itu,Aira cepat cepat naik masuk ke bilik. Nenek yang berdiri di tangga pun tak ditegurnya.

"Kenapa boleh gaduh?"

Syafiq menyoal,lembut. Diperhati tudung isterinya yang sudah senget itu. Aduh aduh! Senget pun cantik!

"Biy tanyalah datin tua tu. Datang tuduh saya macam macam. Siap kata yang saya--"

Aira terdiam. Hanya kedengaran esakan dia menahan sebak di dada. Dia marah,dia juga yang menangis. Memang dasar Aira!

Syafiq senyum kecil. Ditarik isterinya ke dalam pelukan. Tangannya menggosok belakang Aira. Comel je isteri dia nangis hmm.

"Shh its okay. Biy ada. Dah,jangan nangis"

"Macam mana saya tak nangis?! Dia kata saya pelacur. Pisau cukur!"

Syafiq terkedu. Apa? Isterinya dikatakan pelacur?

"Dah jangan nangis. Nanti biy marah dia"

Syafiq memujuk lembut. Dicium dahi isterinya. Berharap yang ciumannya mampu menenangkan hati isterinya. Aira pula hanya diam di dalam pelukan Syafiq. Rasa selesa lah pula.

Tanpa Aira sedari,tangan Syafiq mengepal penumbuk erat. Liur ditelan kasar. Urat mulai timbul di sekitar leher. Menandakan yang dia teramat marah.

'Sial punya perempuan tua. Kau tunggu nasib kau'

----------------------

'Bangg'

Azira yang sedang baring di sofa ruang tamu sambil memegang telefonnya segera memandang ke arah pintu tatkala pintu kayu jati itu ditolak kuat. Muncul Datin Mona dengan rambut yang serabai.

"Bodoh. Aku tak selesai lagi nak pukul perempuan tu"

"Ma,kenapa ni?"

Azira segera melangkah menghampiri ibunya.

Datin Mona menjeling Azira. "Kau diam. Aku tengah marah ni. Sekarang,kau call abang kau. Suruh dia balik!" tanpa sempat Azira menjawab,Datin Mona sudah berlalu naik ke atas. Azira tercengang.

"Ha call abang? Untuk?"

Dia bingung. "Ah call jela!" dia mencapai telefonnya lalu nombor abangnya didail.

-----------------

Heykal memandang Azim yang sedang bersiap di hadapan cermin itu. Lelaki itu hanya diam membisu.

"Kenapa tengok baby macam tu?"

Azim menyoal,tetapi mata masih tidak beralih dari memandang bajunya. Heykal tersengih.

"Takde. Saja je. Kenapa tak boleh ke?"

Heykal menyoal dengan nada nakal. Azim tergelak. Perlahan,dipusingkan badan menghadap Heykal.

"Bukan tak boleh. Cuma baby rasa pelik"

"Hehehe. Baby balik pukul berapa? Ke tak balik?"

"Tengoklah dulu. Mama tu bukan boleh tengok baby balik sini. Entah entah malam ni,dia suruh baby tidur kat rumah sana"

Heykal memuncung mendengar jawapan Azim.

"Hmm nampaknya sayang tidur sendiri lah malam ni"

Azim tergelak. "Eleh mengada. Dah baby jalan dulu. Kiss sikit" disuakan pipinya ke arah Heykal. Heykal tergelak gedik.

KERANAMU [2]√Where stories live. Discover now