6|ᴍᴀɴᴊᴀ

2.3K 244 69
                                    

Every love story is beautiful, but ours is my favourite

---------------------------

Syafiq menghempaskan badannya di atas katil. Bantal dibawa ke wajah. Menekup wajahnya. Dia penat. Tersangat penat.

Seharian di pejabat membuatkannya  semua urat pinggang terasa nak putus. Apatah lagi dia hilang P.A yang dia paling percaya,Adam. Mamat senget tu baru sahaja dinaikkan pangkat jadi CFO. Tapi Adam memang layak so takpelah.

So sekarang ni,dia kena cari P.A baru.

Yang pasti bukan perempuanlah. Dia taknak nanti ada pula rumour dia bercinta dengan P.A dia sendiri. Apa kata Aira pula nanti kan?

"Biy,mandilah dulu"

Aira yang dari tadi melihat Syafiq segera menegur. Namun,tiada respon daripada Syafiq. Aira membuat muka. Dihampiri katil lalu dia memanjat naik katil. Sengaja dia duduk di sebelah Syafiq.

"Biy"

Kesiannya lahai suami dia ni. Penat sangat sampai mandi pun taknak. Ni kalau Aira kuat,dah lama dia angkat lepastu humban masuk dalam tab mandi. Tapi apakan daya,Aira hanyalah seketul Aira yang lemah.

"Biy mandilah. Awak berlengas tahu tak?"

Syafiq diam. Aira mengeluh. "Biy" digoyang bahu suaminya perlahan. "Biy penatlah,sugar" Tiba tiba Syafiq meletakkan kepalanya di atas paha Aira. Aira terkelu. Syafiq senyum kecil. Suka lihat Aira yang terkejut.

"Lainlah kalau sugar temankan biy mandi"

'Papp!'

"Ah sugar sakitlah!"

Syafiq segera duduk. Pedih woo bini dia tepuk. Rasa macam nak terkehel bahu dia.

"Siapa suruh gatal? Dahlah,saya nak kencing. Jangan masuk!"

Aira turun daripada katil. Pintu tandas ditolak perlahan. Namun belum sempat dia kunci pintu,terasa ada tangan yang menahan. Aira telan liur. Ah sudah.

"Eheheheheehe nak ikut! Sugar mandikan biy boleh?"

Ya Tuhan! Ini Syafiq ke baby besar ni?

"Ewah mengadanya. Taknak"

"Eleh,ingat biy kisah apa. Hati hati my baby sugar!"

Syafiq menolak pintu. Aira ternganga. "Eh mengada! Dahlah,biy mandi dulu. Saya kencing kat bawah je" Aira mencapai tombol pintu. Tiba tiba terasa dirinya ditarik seseorang. Aira terpusing menghadap Syafiq. Syafiq tersenyum senget. Lengan Aira dicengkam.

"Mandikan biy atau sugar terima akibatnya malam ni"

Tertelan liur Aira jadinya. Dia kenal nada ini. Nada posesif Syafiq. Ah sudah,laki dia ni ada darkside yang dia tak tahu ke apa?

"Nak mandi ke tak?"

Syafiq sengaja menggeselkan hidungnya pada leher Aira yang putih tu. Bini dia ni memang sengaja nak goda dia lah. Dahlah leher putih,rambut lagi terurai. Geram dia!

"O-okey"

Aira akur. Terpaksalah. Kalau tak,makin liar hidung suaminya itu. Risau Aira! Syafiq tersenyum manis semula. "Yeayyy!" dia segera menanggalkan butang bajunya.

Aira pula hanya mampu pasrah. Dia segera menghidupkan air di dalam bathtub.

"Sini,sugar"

"Eh eh. Eiii biy!"

Aira menjerit kuat. Habis basah baju tidur dia. Eii! Syafiqlah punya pasal. Yang dia pi tarik Aira masuk dalam tempat shower dah kenapa?

KERANAMU [2]√Där berättelser lever. Upptäck nu