32|ɢᴏ ᴀɪʀᴀ!

1.4K 248 145
                                    

|| warning: hambarness on another level ||

Aira menolak perlahan benda yang merayap di wajahnya. Haih siapa lagi kacau dia tidur ni?

Dia kemudiannya menarik rapat bantal peluk di sebelahnya. Tapi kenapa bau bantal peluk ni macam familiar ek?

"Sugar,wake up"

Dengar sahaja suara husky di sebelahnya,Aira cepat cepat membuka mata.

"ARGHHH!"

Dia menjerit kuat. Kaki pula sudah menendang kuat insan yang berada di atas badannya.

'Bukk'

"Adoi!"

Syafiq mengerutkan dahinya. Punggungnya digosok. Aira yang sedang duduk di atas katil dipandang.

"Kenapa sugar tolak biy?"

"Biy lah! Siapa suruh naik atas badan saya?! Ingat tadi perogol tahu tak?"

Aira memeluk tubuhnya. Mata Syafiq membulat besar. Perogol? Dia samakan aku dengan perogol?!

"Eh eh biy!"

Aira menjerit lagi apabila tiba tiba sahaja Syafiq menarik kakinya. Membuatkan dia kembali berbaring dan dengan segera,suaminya itu menindih tubuhnya.

"Sampai hati panggil biy perogol kan?"

Tajam anak mata Syafiq menikam wajah Aira. Aira mengigit bibirnya.

"Dont bite your lips sugar"

"Eeee okey okey! Sorry panggil biy perogol. Dah ketepi! Saya nak mandi"

Aira menolak dada suaminya itu. Berharap yang Syafiq akan beralih ke tepi.

Tapi biasalah. Bukan Syafiq kalau tak gatal.

"Alaa nak mandi? Takyahlah sugar. Sugar dah wangi dah"

Dia mendaratkan wajahnya di atas dada Aira. Kemudian bau badan isterinya itu dihidu lama.

Aku belum mandi tak tun tuanggg~

"Biy,janganlah macam ni. Saya rimaslah. Nak mandi!"

Aira merengek. Suami dia ni balik balik je dah gatal semacam. Apa masa outstation tu terkena miang keladi ke apa? Risau tengok!

"Isy! Okey. Biy lepaskan. Tapi dengan 1 syarat"

"Apa dia?"

Aira menatap anak mata suaminya yang juga sedang memandang dia.

"Nak ikut mandi"

"Choiii!"

Aira menolak kuat badan Syafiq sehingga lelaki itu terbaring ke sebelahnya. "Taknak. Biy,bagi Mika makan tau!" Aira dengan sepantas kilat berlari mencapai tuala dan pakaiannya di atas meja.

Syafiq ternganga. Macam tu je?

"Haihlah,Mika. Aku ni nak manja manja dengan bini aku. Tapi dia suruh aku bagi kau makan pulak. Haih bagus aku jadi kucing daripada jadi laki dia"

Syafiq segera mencapai Mika yang dari tadi menjadi penonton aksi dia dan Aira. Awal pagi dah dapat zina mata. Kesian anak kucing tu.

'Miauuu!'

"Aipp diam! Kau nak makan ke tak?"

"Ngiauuu!"

"Ha kalau nak makan,tutup mulut tu. Nanti mak kau marah aku. Takde bantal peluk aku malam ni"

KERANAMU [2]√Where stories live. Discover now