38| sᴀʏᴀɴɢ ᴀɪʀᴀ

1.6K 230 79
                                    

Aira buka mata perlahan. Kepalanya yang berdenyut kuat dipegang lama. Pandangannya kabur.

Sebaik sahaja kornea matanya dapat menganalisa dengan jelas,matanya terpandangkan sang suami yang sedang solat membelakangkan dia.

Aira terkelu. Dia tidur sampai Subuh ke?

Diperhati sahaja bahagian belakang suaminya itu. Nampak seksilah pulak.

Syafiq yang khusyuk berdoa segera menoleh ke arah belakang. Mata coklatnya dan mata Aira bersabung.

"Dah bangun,sugar?"

Syafiq senyum. Dia bangkit. Membiarkan sahaja sejadah terbentang. Dia berjalan menghampiri Aira yang masih duduk di atas katil.

Mata Aira terkebil kebil. "Boleh bangun ambik wudhuk tak? Kalau tak biy tolong dukungkan" dia menyoal sambil perlahan duduk di sebelah isterinya. Diselak ke tepi rambut Aira yang mengurai panjang itu.

"Saya boleh berdiri"

Aira menjawab perlahan. Syafiq senyum manis. "Okey. Dah ambik wudhuk cepat. Kita solat jemaah" arah Syafiq. Berkerut dahi Aira.

"Tadi biy bukan solat ke?"

Aira menyoal,polos. Syafiq geleng. "Tu solat sunat. Biy takkanlah nak tinggalkan isteri biy solat sendiri kan" sambil tangan Syafiq mengelus pipi gebu Aira. Aira senyum.

"Okey. Kejap eh"

Aira menyelak selimut lalu dia bingkas turun dari katil.

Syafiq senyum. Teringat dia video video yang Sya pernah tunjukkan kepadanya. Waktu itu dia masih belum berjumpa dengan isterinya. Video Aira sedang berdebat Andi,schoolmate isterinya. Isterinya itu begitu cekap melontarkan hujah. Dan bila Andi berhujah,isterinya itu begitu cekap mematahkan hujah Andi.

Tidak hairanlah dia kalau isterinya itu diberi jolokan school angel.

Bukan video itu sahaja,malahan video Aira sedang bermain main dan membuat aksi gila gila pun Syafiq pernah tonton. Aira pernah terjatuh dihempap troli,Aira pernah memanjat pagar sekolah dan Aira pernah mengejar anjing di kawasan perumahan mereka. Bukan anjing yang kejar dia,dia yang kejar anjing.

Masa pertama kali dia lihat Aira dulu,dia sendiri tidak menyangka yang dia akan jatuh cinta dengan gadis itu. Dia ingat yang Aira sama macam perempuan perempuan lain. Hanya sedap dipandang. Tidak layak dijadikan isteri.

Ingat tak pertemuan pertama mereka?

Sepanjang mereka berada di funfair itu,dia sering kali mencuri pandang gadis itu. Dia akui yang Aira comel. Dia tak rasa apa apa perasaan tapi dia suka lihat wajah Aira. Biasalah lelaki,suka lihat benda yang indah indah.

Dia suka lihat Aira yang sedang termenung. Dia suka bila Aira menyentuhnya (ingat tak scene yang Aira terpegang tangan Syafiq kat dalam ferris wheel?)

Syafiq tiba tiba teringat. Dia sudah jauh berubah. Dia bukan seperti dirinya yang dulu.

Kalau dahulu,hidupnya hanya dipenuhi dengan kerja,kerja dan kerja. Tidak terfikir pun dia untuk berkahwin. Seolah olah perkataan kahwin itu terlupus terus dari diari hidup dia.

Sya pun dahulu tidak serapat ini dengan dia. Dulu,Syafiq dingin. Dengan adik sendiri pun dia buat muka robotnya. Sya memang hidup mewah dan bebas ke mana. Tapi part untuk seorang Syafiq bermesra dan bertanya tentang pelajaran adiknya,memang dia takda.

Oleh sebab itu bila Sya bawa Arif ke tempatnya,dia hanya merestui hubungan mereka berdua. Sekurang kurangnya ada Arif untuk menjaga keselamatan adiknya itu.

KERANAMU [2]√Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt