10 |ᴊᴇᴀʟᴏᴜs

1.9K 321 86
                                    

A jealous woman does better research than the FBI.

-----------------------------

"Kecekak!"

"Kepala engkau bunyi kamera macam tu!"

Adam menjerit kuat. Gi Beom mengerutkan dahinya.

"Kamera saya,suka hati sayalah!"

"Ah takde takde. Sini aku tunjuk kau macam mana ambil gambar yang betul"

Adam merampas kamera di tangan Gi Beom.

"Hei! Kamera saya!"

Aira menggeleng melihat perangai Adam dan Gi Beom. Dua dua taknak mengalah langsung.

"Nah Aira"

Aisha menghulurkan sepotong tembikai. Sebenarnya mereka sedang berkelah beramai ramai di taman yang berdekatan rumah Syafiq. Entah apa mimpi lelaki itu. Tiba tiba mengajak mereka berkelah. Aira pun apa lagi,habis di call satu persatu rakannya. Menyuruh mereka datang.

"Sugar"

"Hmm?"

Aira mengalihkan pandangan. Memandang Syafiq.

"Biy nak ke tandas sekejap. Sugar jangan merayap okey"

Syafiq mengusap kepala Aira. Aira hanya tersenyum kecil. "Okey" jawabnya sambil meratah tembikai. Sya,Aisha dan Widya yang sedang makan saling bertukar pandangan.

"Duduk sini diam diam"

Sekali lagi Syafiq memberi pesanan. Sya berdecit. "Ye bang ye. Bini kau selamat je. Pergilah tandas tu. Nanti terkucil pula kat sini" laung Sya. Syafiq hanya menghadiahkan Sya sebuah jelingan padu,mantap dan meletops. Tanpa membuang masa,dia segera berlari ke tandas. Ingin melepaskan hajat yang tertangguh sejak tadi.

--------------

Syafiq melangkah keluar daripada tandas. Dilap tangannya menggunakan tisu.

"Hai!"

Hampir terlompat Syafiq apabila tiba tiba sahaja muncul seorang gadis di hadapannya. Gadis itu yang memakai hoodie hitam dan yoga pants bergaris pink tersengih ibarat kerang busuk di hadapan Syafiq.

"Syafiq Emirulzwan kan? CEO yang famous tu?"

Dia meliuk lentok kan badannya di hadapan Syafiq. Syafiq hanya membuat muka kosong. Eii gedik!

"Yeah why?"

Suara bawah takat beku. Itulah seketul Syafiq yang tidak mesra alam dengan sesiapa kecuali Aira Imani.

"I am Nabilah but you can call me Bella. I dari tadi perhatikan you. Datang seorang je ke?"

Syafiq mengangkat kening. "Nope. Aku datang dengan bini aku. Kau nak apa ni? Cakap lah cepat" rimas Syafiq yang melihat gaya Bella yang terlentik sana terlentik sini. Gedik! Bella memudarkan senyuman.

"Ah bini? Okey. Kalau macam tu,hehe"

Bella tersengih. Dompetnya dikeluarkan daripada poket. Sebuah kad kecil dihulurkan ke arah Syafiq.

"Call me. I suka dengar pasal bisnes ni"

Bella mengenyitkan mata. Syafiq hanya memandang sepi huluran kad Bella. Tidak berminat langsung mahu mengenali gadis itu.

"Ambil lah"

Bella menyua. Wajahnya sengaja dimaniskan. Syafiq merengus. Namun belum sempat tangannya mengambil kad tersebut,ada tangan yang terlebih dahulu merampas. Syafiq pandang ke arah kiri. Aduh mati dia!

KERANAMU [2]√Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt