8|🐱

2K 261 116
                                    

give me loyalty and I'll give you everything
------------------

"Terima kasih,Zek"

Aira memandang Zek yang sedang menutup pintu kereta. Zek membalas senyuman Aira.

"Youre welcome,cik puan"

Aira tergelak kecil. Langkah dibawa masuk ke dalam rumah. Zek hanya memerhati Aira. Selepas sahaja tubuh itu hilang,dia segera mengeluarkan telefon daripada poket.

"Hello,boss"

----------------

Syafiq membuka pintu rumah perlahan. Ruang tamu yang gelap dipandangnya dengan riak hairan. Mana bini dia? Tidur ke?

Dia melangkah naik ke atas. Bilik tidur Aira dan dia dituju. Dia menolak pintu perlahan. Dan tubuh Aira yang sedang baring membelakangkan dia dipandang.

"Sugar?"

Dia menghampiri. Namun,Aira tidak menyahut. Berkerut dahi Syafiq.

"Sugar?"

Dia menggerakkan bahu Aira. Ternyata Aira tidur. Patutlah tak menyahut. Syafiq hanya senyum
Dielus pipi Aira lembut.Comel. Dan matanya terpandangkan sesuatu yang berada di tangan Aira.

Sebuah buku.

"Apa ni?" dia menarik buku tersebut.

I miss you,baby.

Syafiq terkelu. Aira teringatkan anak mereka yang pernah gugur dulu ke? Syafiq meraup wajahnya perlahan.

"Nampaknya aku kena bagi dia anak ni"

----------------------

Aira memandang ke arah luar tingkap. Tadi selepas sahaja dia bangun tidur,Syafiq mengajaknya keluar. Kalau ikutkan,dia taknak sebenarnya. Esok dia nak mengajar. Nanti lambat bangun,susah pula.

Syafiq yang memakai jacket kulit hitam dan T-shirt berwarna putih serta seluar jeans berwarna hitam memandang isterinya. Aira cantik. Pakai baju simple pun cantik hm.

"Biy boleh fokus memandu tak?"

Aira menyoal tiba tiba. Bukannya dia tak perasan yang Syafiq merenung dia. Kalau sekejap je takpe. Ini lama! Risau dia. Nanti tak pasal pasal terbabas.

"Isteri biy cantik sangat. Susah nak alihkan mata"

Tersenyum Syafiq melihat wajah isterinya yang sudah bertukar merah tu. Macam tomato.

"Kita nak ke mana sebenarnya ni?"

Aira segera mengalihkan topik. Takod lah dengar usikan Syafiq. Silap haribulan pengsan dia kat sini. Syafiq senyum senget.

"Hotel"

"Ha?"

Aira tercengang. "Kita tukar tempat projek. Baru ada feel" kata Syafiq sambil memandang ke hadapan. Aira merengus geram.

'Papp!'

"Aduh! Sakitlah sugar!"

Aira tersenyum senget. "Gatal" katanya sepatah. Syafiq memuncung. "Gatal dengan bini sendiri pun salah. Nanti aku cari madu barutau" bisiknya.

"Apa dia biy?"

-------------------------------

Aira melangkah turun daripada kereta Syafiq. Mewah gila kereta orang tua ni. Pintu dia naik ke atas woo. Terkejut Aira tadi. Matanya meliar memerhati kawasan taman yang kelihatan terang dengan cahaya lampu raya.

KERANAMU [2]√Where stories live. Discover now