39| ᴘꜱʏᴄʜᴏ

1.6K 221 61
                                    

Kereta Syafiq memecut laju membelah jalan raya. Hampir sahaja dia berlanggar dengan beberapa kereta. Ah kisah apa dia? Kereta boleh ganti tapi tak nyawa isterinya!

"Cepatlah. Haih bodoh betul"

Dia menekan kuat pedal minyak. Sebaik sahaja memasuki lorong rumah ayah mertuanya,dia cepat cepat berhenti di depan pagar rumah.

Kelihatan ada ibu dan Aifa di muka pintu rumah. Namun bukan itu fokus dia. Dia nak cari mana bini dia!

Langkah dia terhenti tatkala melihat kotak berwarna putih berada di atas lantai dan.... pagar rumah terbuka luas.

"Aira-"

Dia terdiam. "Fuck!" dikepal tangannya kuat. Ibu berjalan menghampiri menantunya itu.

"Syafiq,Aira--"

"Takpe,ibu. Ibu masuk dulu. Saya akn uruskan semua ni. Jangan risau"

Syafiq senyum tawar. Ibu dan Aifa hanya mengangguk faham.

"Kunci pagar,kunci rumah. Saya jamin Aira akan selamat. Ibu jangan risau"

Entahlah. Sebenarnya Syafiq pun tidak pasti yang isterinya ada di mana. Sekarang dia tunggu Zek,Farzan,Adam dan Najwan sampai dahulu. Mana tahu mereka boleh bantu dia.

Aira memegang kepalanya yang terasa sakit. Badannya pun sama lenguh. Pandangannya gelap. Entah di manalah dia sekarang.

"Aku kat mana ni?"

Dia memegang kepalanya yang berpusing hebat seperti rasa ingin pecah.

'Bukk'

"Allah!" Badan Aira terdorong ke tepi. Dia segera meraba raba kawasan sekitarnya. Cuba mengenal pasti di mana dia berada.

Membulat matanya tatkala dia sedar yang dia sekarang berada di dalam bonet kereta seseorang.

"Aku dalam bonet ke? Ya Allah! Takde tempat yang helok sikit ke dia nak letak aku?"

Dia mengetuk kepalanya perlahan. Sedar yang dia juga sama bodoh sebab selalu bertindak terburu buru. Dah tahu yang Azim psycho,yang dia keluar sendiri tu kenapa?

"Haih kata orang bodoh,aku pun bodoh juga"

Aira mengutuk diri. "Sekarang macam mana aku nak lepaskan diri ni?" dia menyoal perlahan.

Ya Allah,tolonglah aku.. Aku nak lepaskan diri ni...

Seperti ada jin Aladdin zam zam alakazam,mata Aira tiba tiba terpandangkan sebatang sepana di tepinya.

Dia tersenyum lebar. "Yes,Ya Allah! Terima kasih hadirkan sepana ni" dicapai sepana berwarna silver itu lalu dia segera mengetuk lampu signal di belakangnya.

Perbuatannya itu diulang beberapa kali sehinggalah cermin tersebut berderai pecah.

"Yes yes yes!"

Aira cepat cepat mengeluarkan tangannya daripada lubang yang dia cipta tadi. Ingin melambaikan tangan. Mana tahu ada pemandu yang perasan dengan kewujudannya.

Azim yang sedang memandu tersenyum senget. "Aku dah kata jangan main main dengan aku" kereta dibelokkan memasuki jalan yang kiri kanannya dipenuhi hutan belukar.

Mati senyuman Aira tatkala menyedari yang sekarang dia berada di kawasan sunyi.

"Ah macam mana nak mintak tolong?"

Dia mengeluh. Ternyata sia sia sahaja usaha dia memecahkan cermin kereta tadi.

Aira dapat merasakan kereta yang membawanya kini perlahan lahan berhenti. Maksudnya sudah sampai di destinasi yang dituju.

KERANAMU [2]√Where stories live. Discover now