29| ʙᴀʟɪᴋ ᴋᴀᴍᴘᴜɴɢ

1.5K 254 104
                                    

Kereta Syafiq perlahan memasuki halaman rumah nenek. Aira sudah tersengih sengih dari tadi. Tangannya bergerak membuka seatbelt laju. Syafiq menoleh ke sisi. Risau dia tengok isteri dia macam nak melompat keluar dari kereta.

"Sugar,sabarlah. Risau biy tengoklah"

Dicapai tangan Aira lalu dipegang kemas. Takut kalau betul betul isteri dia lompat keluar dari kereta. Aira di sebelahnya memuncung. Orang excited nak jumpa nenek pun salah!

"Dah,boleh keluar"

Syafiq melepaskan pegangan tangannya sebaik sahaja kereta benar benar berhenti. Aira tersengih.

"Thanks!"

Aira membuka pintu lalu dia segera melompat turun. Syafiq hanya mampu menggeleng. Isteri dia tu kalau tak dengar cakap dia sehari memang tak sah. Haih!

"Nenek! Assalamualaikum,nenek!"

Aira menjerit kuat. Pintu rumah yang bertutup rapat dipandang. Haih mana nenek dia ni? Takkan pergi menganyam dosa kat rumah orang? Aii dah tua tua pun sibuk nak membawang lagi?

"Nenek oh nenek!"

Aira memanjat masuk ke dalam anjung rumah. Mana taknya kena panjat,dah pagar yang kat tangga tu bertutup.

"Ya Allah,sugar! Kenapa dipanjatnya benda tu?"

Syafiq menepuk dahinya sendiri. Hairan dia lihat perangai isteri dia. Dah macam monyet! Aira hanya sengih sebagai balasan.

"Nenek!"

Aira mengetuk pintu berulang kali. Namun,tidak dibuka oleh sesiapa. Aira mengeluh. Sah nenek dia pergi menganyam dosa. Tapi kat rumah siapa? Rumah mak long ke?

"Assalam-"

"Hoi budak bertuah! Roboh juga pintu rumah aku tu!"

Nenek melaung. Di tangannya ada sebekas lauk. Memang sah baru balik dari menganyam dosa. Aira tersengih. Sekali lagi,dia memanjat turun daripada anjung rumah.

"Nenek!"

Dia berlari ke pelukan nenek. Syafiq ternganga. Macam tu je bini dia tu panjat?

"Ra rindu!"

Aira sengih. Nenek membuat muka. "Rindu lah sangat. Dah ketepi. Aku nak buka kunci" nenek menolak Aira perlahan. Aira hanya memuncung. Dia berundur perlahan. Syafiq di belakang hanya senyum. Haih macam macamlah gelagat bini dia ni.

------------------------

Syafiq berjalan keluar dari bilik. Matanya melilau mencari di mana keberadaan isterinya yang terchentaaa itu.

Dan bingo!

Matanya terpandangkan Aira yang sedang termenung di tingkap ruang tamu. Syafiq senyum.

"Sugar"

Dia menghampiri. Sengaja diletak tangannya di bahagian tepi Aira. Menjadikan Aira terperangkap di antaranya. Aira tersentak. Laju kepalanya menoleh ke arah suaminya. Tangan pula laju menolak nolak badan Syafiq. Gila tak terkejut bila pusing je dah nampak gorilla kat belakang. Mujur dia tak ter lempang tadi.

"Eeee biy! Pergilah sana!"

Aira memandang tajam Syafiq. Syafiq hanya gelak. "Sugar kenapa? Merajuk ke?" soalnya,hairan. Dipandang wajah Aira itu. Amboi kemain masam!

"Sugar okey ke tak okey ni?"

Syafiq menyoal apabila tiada balasan daripada bibir isterinya. Selalu ada je perkataan yang keluar dari mulut isteri dia. Biasalah,kuat melawan.

KERANAMU [2]√Where stories live. Discover now