cp 190

4.9K 258 34
                                        

3 tahun kemudian

"Irene tahu, puteri dulu seorang yang sangat cantik. Demy pernah fikir puteri adalah dewi yang turun dari langit," ujar musang putih yang duduk di pangkuan aku ini.

Aku tersenyum sambil mengusap lembut badannya. Musang itu sejak dulu memang tidak pernah berhenti menceritakan kisah ibu. Entah berapa kali agaknya aku sudah mendengar cerita yang sama itu.

"Kenapa kau panggil dia puteri?" Soal aku.

Musang itu mengangkat wajahnya lalu melihat ke arah aku.

"Sebab dia cantik sama seperti puerti yang saya jumpa di mimpi manusia," balasnya sambil tersenyum.

Aku tergelak kecil. Tidak sangka itu sebabnya selama ini dia memanggil ibu puteri. Dia mesti lihat ibu kelihatan sangat cantik dengan perwatakan lembut begitu.

Kalau orang lain mungkin dia kelihatan menyeramkan dan menakutkan tetapi tidak di mata aku. Dia adalah wanita tercantik di alam ini. Tidak ada yang dapat lawan.

"Kalau Irene pula-" katanya terhenti apabila satu tangan mengangkat tubuh kecil itu menjauhinya dari aku.

Tangan itu mengambil Demy lalu diletakkan di atas sofa yang tidak jauh daripada aku duduk tadi. Kemudian dia duduk di sebelah musang itu dengan wajah yang agak tidak puas hati.

"Demy nak Irene," ujar musang itu dan mula berjalan ke arah aku namun dihentikan oleh lelaki itu lagi.

"Kau duduk sana sahaja."

"Tapi..."

"Kau haiwan spirit aku, jadi dengar kata aku. Jangan suka sangat nak melekat dengan orang lain," ujarnya membuat Demy mengalah.

Aku tertawa kecil melihat gelagat mereka yang bagi aku sungguh lucu dan comel itu. Sejak demi menjadi haiwan spiritnya, memang tidak ada sehari Demy tidak melekat dengan aku sehingga menyebabkan lelaki itu marah. Tidak tahulah dia marah sebab apa tetapi bagi aku itu sangat lucu.

"Nale, kamu tak boleh berkasar sangat dengan Demy. Nanti dia merajuk sama kamu lagi," pesan aku.

"Kakak, dia tu yang manja sangat. Kalau terus begitu, nanti dia tak nak dengar kata saya lagi."

Aku hanya tersenyum pasrah dengan Nale itu. Semakin besar budak itu semakin pelik aku lihat dia. Kalau dulu dia tidak suka lihat aku jumpa Vivre dan sekarang dengan Demy juga begitu. Apa yang dia tidak suka sangat tu?

Aku berdiri dari duduk aku lalu berjalan menuju meja yang penuh dengan lambakan kertas. Semua kertas itu adalah penelitian aku selama 3 tahun ini.

Tidak sangka bukan sudah 3 tahun berlalu sejak kejadian itu. Banyak yang sudah berubah seperti Nale yang sekarang aku sudah tidak boleh panggil budak lagi.

Sekarang dia sudah berumur 18 tahun iaitu umur dewasa dan dia malah lebih tinggi dari aku. Seperti tidak sangka bahawa dulu dia adalah budak yang sama aku selalu dukung untuk bawa berjalan-jalan ketika dia masih 10 tahun. Sungguh cepat masa berlalu.

"Saya dengar tidak lama lagi akan bermula hari kesucian diraja," tiba Nale berkata.

"Hari kesucian diraja..." aku baru teringat akan hal itu.

Itu adalah hari dimana pemerintah negara ini wajib melalukan ritual kesucian yang memastikan kesucian dirinya memerintah negara ini. Dulu ada tersebar cerita bahawa raja pertama negara ini dahulu seorang yang sangat disayangi oleh para dewa dan dewa telah memberkati negara ini atas kesucian hati raja pertama itu.

Jadi, oleh sebab itu negara ini wajib melakukan ritual kesucian 20 tahun sekali untuk melihat kesucian seseorang pemerintahan dan rasanya ini kali pertama untuk raja sampah itu.

Irene: The Lost Witch 2 [✔️] Stories to obsess over. Discover now