"Dia rasa dia dah cukup kaya ke sampai nak tolak aku bayar? Tak kira, aku nak bayar." Dua keping RM50 ditelakkan di kaunter.

"Keep the change." Beritahu Megat Raes sebelum berlalu dengan sepiring cheesecake. Sempat dia mengenyitkan mata kepada Qayeed yang masih serba salah.


MATANYA tertutup dengan tubuh yang berbaring diatas katil. Namun kepalanya masih lagi memikirkan apa yang telah dia telah bincangkan dengan Puan Yuhaina malam semalam. Perlahan dia buka mata.

Talia mengambil bingkai gambar dia bersama-sama ayahnya pada usia 16 tahun. Dia tersenyum sedikit, namun matanya bertakung dengan air mata yang ingin keluar. Kata Puan Yuhaina, itu adalah gambar mereka berdua bercuti di Cameron Highland. Anak-ayah bonding time.

Rasa kesalnya timbul kerana sedikit pun dia tidak mampu mengingati kenangan yang dia ada bersama-sama arwah ayahnya. Walaupun itu bukan salahnya, namun rasa kesal itu tidak pernah hilang kerana pada Talia, dia adalah punca ayah pergi meninggalkan keluarga kecil mereka.

Namun perkara sudah berlalu tidak boleh diulang. Hidupnya perlu diteruskan. Ibunya juga perlukan hidupnya.

Talia menghelakan nafas berat.

"Uncle Razak dengan ibu dulu adalah kawan baik. Sama seperti ayah dan uncle Razak. Kami berkenalan sewaktu zaman sekolah sampailah zaman universiti." Puan Yuhaina memulakan ceritanya.

Talia hanya memasang telinga. Dia tidak mahu menyampuk apa-apa pun. Dia mahu tahu segala-galanya. Kenapa uncle Razak mahu menjadikan ibunya sebagai yang halal? Ada motif lain ataupun memang ikhlas dari hati.

Tapi buat masa sekarang, Talia hanya mahu mendengar dari pihak ibunya. Dia mahu menilai apa yang ibunya rasa. Lantas itu akan menjadi sebab untuk dia membuat keputusan nanti. Seperti yang ibu pernah berkata, jika dia tidak bersetuju, ibu akan akhiri hubungan itu sebagai sahabat sahaja.

"It's complicated. But to make it short, uncle Razak was my first love. After graduate, something happened to him and our relationship that time. But ayah was there when I need someone. Kami berkahwin selepas beberapa tahun ibu mula bekerja di hospital."

"Did ayah know?"

"He did. Kami kawan baik dan tak ada rahsia antara kami. Cuma waktu uncle Razak hilang, nobody knows. Ayah pun tak pernah tahu kenapa uncle Razak pergi tinggalkan ibu dulu. Ayah pernah salahkan diri sendiri dengan menyangka uncle Razak pergi disebabkan ayah. But it's not."

"Do you love ayah?" Soal Talia. Wajahnya kosong namun hatinya sedikit terkesan dengan apa yang Puan Yuhaina katakan. Tapi dia tahu, dia tidak boleh untuk mengadili kehidupan ibunya dulu sebelum bersama Encik Hassan.

"I do Talia. After all, dia adalah suami ibu. Tak mungkin ibu tak pernah cinta orang yang terlalu menjaga ibu dengan baik. Dia berjaya didik anak ibu jadi sangat baik."

"Perasaan ibu terhadap uncle Razak macam mana?"

Puan Yuhaina mahupun Talia masing-masing tidak bersuara. Talia masih menunggu jawapan daripada ibunya.

"Sebelum ayah meninggal, uncle Razak datang jumpa ayah. He said dia pergi dulu untuk rawat kanser tulang. 6 tahun selepas hilang, masuk tahun kedua perkahwinan ibu, uncle Razak datang semula berjumpa kami. Dia terima dengan ketentuan. Dia teruskan kimoterapi dan radioterapi. Ibu rasa bersalah sangat ketika tu sebab tak tahu keadaan dia yang sebenarnya dan memilih untuk bersama dengan ayah."

Talia terpana. Kesalkah ibu....

"Jangan salah faham. Ibu tak pernah menyesal berkahwin dengan ayah. Ada Talia bersama kami adalah perkara yang paling membahagiakan dalam hidup ibu dan ayah. Apa yang ibu kesalkan sebab ibu dan ayah sama-sama tak tahu dia sakit. Sekarang dia dah sembuh. Walaupun dah sembuh, potensi tu masih ada dan ibu masih rasa bersalah. Ibu rasa... mungkin perasaan itu masih ada."

Talia memandang wajah sedih ibunya. Dia cuba untuk memahami walaupun separuh daripadanya menolak.

"Kalau Talia tak boleh te..."

"Teruskan ibu. Kalau ibu rasa boleh bahagiakan ibu, Talia akan bahagia sekali. Ayah pun pasti akan gembira. Jangan risaukan Talia." Ucapnya dengan air mata yang mengalir. Namun bibirnya masih terukir dengan senyuman.

Puan Yuhaina bangun memeluk tubuh Talia.

Talia usap foto ayahnya. Senyumannya terukir.

Dia terima kerana dia tahu, suatu masa jika dia berkahwin, ibunya akan tinggal seorang. Dia anak perempuan yang patut mengikut suami kemana saja.

Sekurang-kurangnya, ada orang yang boleh menjaga ibunya dengan baik.

"Talia yakin ayah gembira dengan keputusan Talia." Bingkai gambar itu diletakkan semula ditempatnya. Selimut ditarik, lalu dia lelapkan mata.


161121

SHI

[C] Cukup SempurnaWhere stories live. Discover now