14 || Mulanya Sebuah Hubungan Dua Serumpun

25 7 2
                                    

Semesta yang dikiranya sedang membantu, kini tidak lagi seperti yang di harapkannya. Dada langit yang tiada berpenghujung itu sudahpun diselimuti tirai kelabu. Hatinya gusar seketika. Mengapa di saat hati ini ingin bercerita, hujan sentiasa turun tanpa pintanya.

Mengapa harus tirai kelabu itu hadir bagaikan ingin memerli rasa yang bakal terungkap ? apakah benar tali perjodohan langsung tidak terikat untuk aku dan dia ? lalu bagaimana harus aku hendak membuang segala rasa yang sudahpun mencengkam separuh jiwaku ?

Kedua tapak tangan dicantum lalu dia mengusapnya kasar. Dalam hati kecilnya, dia menitipkan doa agar dipermudahkan segalanya. Bahkan, hujan yang penuh rahmat sahaja dia cuba meminta untuk tidak hadir dalam waktu ini. Namun baru sahaja doa dititipnya, jalan tar yang bersih itu sudahpun bertompokkan dengan rintikan dari hujan.

Dia akur dan menerima sahaja kejadian yang tidak diharapkannya. Anak mata berwarna coklat terang itu akhirnya memandang kiri dan kanan. Mencari jika ada toko yang menjual payung. Lantas, dia beranjak dengan hati yang redha atas segalanya. Memilih untuk terus tawakal kepada keputusan Tuhan yang lebih tahu baik dan buruk buat hambaNya.

“ Aku letak jawatan.”

Dia mengusungkan surat peletakan jawatan di hadapan Malik. Dia sudah tekad dengan keputusannya. Hendak berlama di dalam syarikat itu, jiwanya terasa panas. Dia memilih untuk meneruskan hidup bersama sesuatu yang dimahukan.

“ Terima kasih sebab bantu aku dapatkan job ni. aku hargai semua jasa kau. Aku harap kali ni betul-betul kali terakhir kita berjumpa. Aku takmau ada sebarang hubungan lagi. Terima kasih.” Ucapnya lalu segera keluar dari bilik tersebut. Malik mengeluh panjang. Langsung tidak tahu hendak berbuat apa lagi.

Asyifa  memasukkan semua peralatannya ke dalam kotak. Hanya menyisakan beberapa fail dan juga komputer. Usai sahaja menyelesaikan segalanya, dia tidak mahu berlama. Segera sahaja dia berjalan keluar selepas sempat berpamitan dengan rakan kerja yang lain.

Sebaik sahaja memencet tombol lif, dia menunggu seketika sebelum pintu terbuka luas untuknya. Dia segera masuk tanpa memandang belakang sekalipun. Bahkan, untuk berharap dikejar Malik seperti babak-babak romantik dalam drama, sedikitpun tiada terdetik di hatinya.

Namun sebaik sahaja pintu lif hendak tertutup, dia tersentak. Keluhan halus yang panjang berlepas di dalam ruang tertutup itu. Kelibat yang baru sahaja memanggil dan cuba menghentikannya bermain di wilayah ingatannya.

“ Cepatlah, jangan sampai dia dapat aku.” Hati kecilnya mula berdoa.

Tidak jauh dari pintu keluar utama. Langkah kaki yang diatur laju sudahpun mati. Hujan lebat yang membasahi bumi membuatkan aku ingin menjerit tidak puas hati. Namun sebaik sahaja kotak fikiranku teringat akan Malik yang cuba menghentikan aku, lantas dengan hati yang redha aku cuba mengharungi hari buruk itu.

“ Puteri !”

Nama ku mula bergema di lobi syarikat tersebut. Tanpa memandang ke belakang, aku segera melajukan langkah kakiku. Baru sahaja aku melepasi pintu keluar dan berbasah dek hujan.

Entah bagaimana aku bisa merasakan satu teduhan. Langkah seribuku serta merta kaku. Sesusuk tubuh di sisi yang lengkap dengan sepasang kemeja biru pastel yang dituckin dan seluar slack hitam juga berhenti bersamaku.

Perlahan, aku cuba melirik. Tidak mungkin dia Malik, baru sahaja aku lihat lelaki itu sedang memakai suit kelabu. Siapa pula yang sedang berada di sebelahku. Hatiku berbisik sambil cuba menangkap wajah yang sedang berpaling ke belakang.

“ Ian.”

Nama yang berlepas dari bibirku benar-benar membuatkan aku begitu terkejut. Sesekali, nama itu bergema di lohong sabitnya, dia memandangku lalu menguntum senyum yang berbuah lesung pipi. Senyuman yang begitu aku rindu.

“ Hai “

Aku membalas kuntuman senyuman itu. Apabila anak matanya beralih kearah yang sama, aku cuba berpaling. Ternyata Malik masih berada di lobi. Wajahnya sedikit tegang. Mungkin ingin tahu siapa gerangan yang sedang memayungi aku dari hujan.

Awalnya, aku berkira mungkin dia akan membiarkan sahaja ternyata aku silap. Tanpa aba-aba, dia datang mampir kearah aku dan Haider yang masih di bawah teduhan yang satu. Meskipun bahu kanannya sudahpun basah dek ruang yang banyak untukku.

Haider yang sepertinya mengetahui tujuan lelaki itu, segera mengajakku berpindah seketika. Aku hanya akur memandangkan dia ada bersama ku. Jika tidak, mana mungkin aku hendak menatap dan berbicara lagi dengan lelaki tersebut. Entah bagaimana, ada satu idea jahat yang menegur mindaku tika itu.

Aku tidak pasti jika itu cadangan yang baik. Namun itu bisa merubah segalanya antara aku dan Malik. Aku memandang wajah yang masih menanti Malik berhenti di hadapannya. Desiran angin dingin yang dibawa hujan sepertinya menembusiku. Tubuhku sedikit kesejukan.

Tetapi, bagaimana bisa idea sederhana itu bisa membuatkan jantungku berdegub kekencangan.  Aku memandangnya sekali lagi.

Apabila aku mula sedar langkah Malik yang bakal berhenti di hadapan kami, aku segera meragut lembut tangan Haider. Di saat itu, aku hanya bisa mendengar dua suara. Desiran angin dingin yang menyapa dan juga degupan jantung yang kencang bunyinya. Bersatu bagaikan sebuah melodi indah di bawah hujan yang ku sangka buruk ternyata indah di hujungnya.

Haider memandangku tatkala tanganku sudahpun memaut lengannya. Malik yang berada di hadapan aku pandang dengan puas. Biar dia tahu seperti apa rasanya hati tersakiti dengan secara langsung.

“ Kenalkan, dia adalah lelaki sebenar yang aku suka. Teuku Haiderian.” Ucapku lalu mengakhirinya dengan sebuah pandangan manis buat Haider.

Mungkin agak terkejut dengan kelakuan ku, Haider membisu. Kornea indah yang redup itu aku pandang lama. Buat pertama kalinya, aku bisa memandang mata itu dengan kadar yang lama. Bagaimana bisa seorang lelaki memiliki mata dan senyuman yang indah seperti Haider ?

Tanpa sedar, aku sudahpun tenggelam dengan pemandangan indah di hadapanku. Tatapan penuh kagum itu masih belum memuaskan hati aku hendak melihat. Di bawah hujan yang turun dan ditemani desiran angin dingin, degupan jantung yang memukul rasa bagaikan tenggelam tiba-tiba. Entah mengapa, tetapi aku rasakan dunia sedang berhenti.

“ Ehem “

Aku tersentak dari lamunan. Apa yang barusan berlaku ? aku tertanya sendiri. Sekali lagi, aku menatap Haider. Hendak mencari kepastian buat jawapan sendiri. Lelaki berdarah Indonesia itu menjongketkan hujung bibirnya buatku. Dia kemudiannya menoleh Malik. Tangan dihulurkan buat bersalaman.

Aku memukul lembut lengannya yang berkain. Cuba membantah Haider bersalaman dengan lelaki tak guna tersebut.

“ Udah, kamu diam aja. Salam kenal, aku - aku lelaki yang juga suka sama Syifa, Haider.” Ucap Haider selamba. Aku kematian kata. Wajah Haider yang hanya tersenyum tidak memandangku, aku pandang. Entah apa aku salah dengar atau tidak ?

Ketika aku cuba mencari jawapan sendiri, aku dapat merasakan satu aliran hangat dari lenganku yang berlapik. Aku menumpahkan pandangan kearah lengan yang sudahpun dicapai oleh Haider. Perlahan aku melirik wajah itu.

“ Biarin aku aja yang bawa kotaknya. Kamu maukan hujanan barengan aku ?” tanyanya.

“ Huh ? maksudnya apa ?”

Haider mengheret senyum panjang yang begitu manis lalu menarik aku di bawah rintikan hujan yang lebat. Aku tersentak. Sudah berapa lama agaknya aku tidak mandi hujan. Payung yang dilempar oleh Haider langsung tidak menarik perhatian. Dia terus menarikku sambil menikmati hujan yang membasahi aku dan dia.

Tetapi, satu perasaan yang lahir membuatkan aku semakin ingin tahu apa yang dimaksudkan Haider sebentar tadi. Adakah dia hanya berbicara atau benar-benar memaksudkannya ? aku.. aku adalah orang yang dia suka ?

Aku memandang wajah yang sudahpun basah lencun. Aku menahannya. Di bawah hujan itu, dia meletakkan kotak milikku yang sudah basah keatas bangku. Dadaku mula berombak. Ada sesuatu yang hendak aku pastikan. Dan jawapannya aku mahukan sekarang.







Sandakan, Sabah
2021- Ain 🤍

UNDER THE RAIN [ C ]Where stories live. Discover now