08 || Rindu Yang Berlepas dari Sayapnya.

28 8 1
                                    

Hari sudahpun berlabuh panjang. Sudah hampir dua minggu aku menetap di Desa Kota Batu. Rasa rindu terhadap Mama dan Jane mula membuak-buak di dalam dada. Walaupun setiap hari tidak pernah tertinggal untuk videocall, tetapi tetap sahaja masih rindu dengan mereka.

Aku melepaskan rasa malas diatas katil Myaa. Jendela bilik aku tolak sedikit menggunakan hujung kaki. Aku kemudiannya membaiki postur tubuh. Jam menunjukkan angka 10 pagi. Cuaca di luar tampak mendung.

Dengan berlatarkan gunung indah dan dada langit yang berwarna biru kegelapan, Syifa mula dibuai dengan kecantikan yang tiada tandingan. Layaknya seperti sebuah lukisan gergasi yang indah. Namun bezanya ini adalah Mahakarya semula jadi dari Pencipta. Bukannya manusia.

Dia menarik telefon pintar. Skrin yang tadinya malap kita bernyala menampakkan sebuah foto keluarganya. Juga bersama sang ayah yang tercinta. Lama dia menghabiskan tatapan itu pada skrin telefon. Tanpa dipinta, di hujung tubir matanya sudahpun meleleh  cecair jernih.

“ Abah...”

Dia membenamkan telefon keatas dada. Mula menangisi kerinduannya terhadap super hero yang begitu susah hendak dia lupakan. Myaa yang cuba masuk sempat menahan langkahnya. Gemersik tangis Syifa ternyata sudahpun bergema di segenap ruang rumah tersebut. Hanya sahaja dia tidak menyedarinya.

Mujur sahaja Bunda sekarang di rumahnya Bu Nesti. Kalau tidak, pasti Bunda fikir yang bukan-bukan. Dia cuba mencari sebuah kekuatan buat sang sahabat. Tanpa menunggu, dia segera masuk dan menghampiri Syifa. Mungkin sudah hampir berminggu dia tidak merasakan kehadiran Abah semasa sesi makan malam.

“ Syifa.”

Gadis itu berdiam seketika. Dia memandang kearah Myaa seketika. Gadis mungil berbangsa Indonesia itu menghadiahkan sebuah senyuman yang dihiasi dengan sepasang gigi taring apabila tersenyum menampakkan gigi. Myaa segera mendepakan kedua tangannya.Syifa menatapnya seketika sebelum  masuk ke dalam dakapannya.

“Jom, aku bawakan kau ke suatu tempat yang bisa kau rasakan kehadiran Abah kau. Mahu kah ?” tanyanya.

Syifa sekadar mengangguk dalam dakapan. Pelukan dileraikan. Baki airmata segera diseka sepantasnya. Dia menoleh Myaa. Entah mengapa tawanya serta merta berhambur. Begitu juga Myaa.

Aku duduk diantara Myaa. Ini kali pertamanya Myaa mengajakku makan di sebuah warung berdekatan. Aku memandang keliling.

“ Kita tunggu siapa Myaa ?” tanyaku selamba. Myaa mengusap lembut tanganku sambil mengheret senyum. Wajahnya tampak berseri. Aku hanya mengerut kehairanan. Tidak lama kemudian, kedengaran suara lelaki di belakang ku sedang menyapa.

“ Bapak, silakan duduk di sini.” Myaa bingkas lalu segera mempelawa seorang lelaki yang mungkin berumur lingkungan 50an. Aku mengheret senyum. Masih terasa agak janggal bertemu dengan pakcik tersebut.

Myaa kemudiannya melabuhkan dudukkan. Sempat dia memesan makanan tanpa bertanya dahulu kepada pakcik tersebut. Aku masih tertanya dengan identitinya. Usai sahaja membuat pesanan, Myaa memandang aku seketika.

“ Kenalin ini Bapakku. Nah Bapak, ini teman yang pernah aku ceritain dulu. Yang selalu temenin dan jaga aku semasa kerja di Malaysia.” Jelas Myaa. Aku kaget.

Benar-benar tidak percaya dengan apa yang aku dengar. Sejujurnya, dia tidak pernah berbicara soal ayahnya. Dan aku, sudah pasti keberatan hendak bertanya.

Aku segera memperkenalkan diri. Aku memandang kearah Myaa.

“ Sekarang loh bisa kan rasain kehadiran Bapak loh di sini. Anggap ajak bokap gue ini kayak Abah loh.” Jelas Myaa. Hendak bertakung air mataku apabila dia berbicara sedemikian. Manakala Bapaknya sekadar tertawa kecil.

“ Terima kasih Nak Syifa sudah jadi teman yang baik untuk Cut. Bapak cukup berterima kasih kerana kehadiranmu dalam hidup Cut udah cukup ngubahin masa lalunya. Dulu, dia anak yang paling ngak terima bila bapak harus cerai sama bundanya. Namun sekarang dia jauh lebih dewasa.” Jelas Bapak Myaa.

Aku menatap Myaa lama. Dia hanya menganggukkan kepala. Ternyata, selama ini dia sembunyikan sesuatu yang begitu perih dalam hatinya.

Sedangkan aku, siap membongkarkannya untuk sesiapa yang sudi mendengar. Menyimpan sesuatu yang menyakiti hati dan perasaan itu bisa membuatkan hati menjadi parah.

Kami kemudiannya menikmati bakso daging yang sudah tiba di atas meja. Tanpa sedar, aku juga begitu akrab dengan Bapaknya sehingga aku merasakan begitu dekat dengan Abah. Aku langsung tidak merasakan kesepian seperti tadinya.

Kehadiran Bapak Myaa benar-benar menenangkan jiwaku sebagai seorang anak. Meskipun berbeza, tetapi status dan mesranya membuatkan aku yakin, aku dapat merasakan keberadaan Abah saat itu.

Sungguh aku berterima kasih terhadap Myaa. Buat segalanya.

“ Kok kamu gak bilang ke aku kalau kamu masih punya ayah.”

Tangan kami yang bergenggaman sambil diayunkan kebelakang dan depan sengaja dibiarkan. Dia menolehku seketika. Sempat lagi dia minta maaf sebab tak pernah cerita soal itu kepada aku.

“ Minta maaf buat apa ? tiadalah. Aku ingatkan kita serupa, rupanya kau lagi beruntung.” Balasku sambil menahannya. Pipi tembam miliknya sempat aku cuit sepuasnya. Dia mengadu sakit namun ditahan sahaja.

“ Kalian lagi ngapain sih ?”

Satu suara ramah menyapa gegendang telingaku. Aku kematian tingkah. Myaa pula menguntum senyum lebar apabila menyedari perubahan wajahku. Aku melepaskan tangan dari pipi Myaa. Wanita itu terlebih dahulu berpaling ke empunya suara sebelum diikuti oleh aku.

Haider. Ya. Aku memutuskan untuk memanggilnya Haider memandangkan nama itu jarang digunakan oleh warga desa di sini. Dia mengheret senyum sambil mendekati kami. Tas pada kedua pundaknya sempat diangkat sedikit apabila hendak menuruni bahunya.

“ Dari mana ?” tanyanya. Myaa memandangku seketika.

“ Kita dari jumpa Bapak kak. Ada orang lagi kangen dengan Abahnya. Makanya Cut ketemuin deh dengan Bapak Cut. Biar suasana hatinya adem lagi. Gak nangis-nagis kayak anak SD.” Sindir Myaa.

Aku yang merasa panas dengan sindiran itu hanya mampu tersengih. Lengan kecil milik Myaa aku cuit sekuatnya. Geram dengan bicaranya sebentar tadi. Haider menolehku sebelum tertawa kecil. Aku menjelingkan sebuah pandangan untuk Myaa. Tak guna punya kawan.

“ Yaudah kalau gitu. Aku berangkat ke kafe dulu. Jangan nangis terus ya Syifa. Nanti mukanya gak cantik lagi. Assalamualaikum.”

Tubuhku kaku. Saliva- kutelan paksa. Myaa yang turut kaget segera menampar-nampar lengan. Sakit tapi aku biarkan sementara masih dengan duniaku sendiri. Perlahan aku cuba memandang kebelakang. Bayang hitam milik Haider sudahpun lesap dibawa jasad.

Aku menatap Myaa. Kemudian menutup mulut dengan kedua tangan. Benar-benar teruja walaupun hanya seringkas itu bicaranya. Aku tertawa sambil menggelengkan kepala. Tanpa sedar, bahawa si dia sedang memerhati dari satu sudut. Sambil tersenyum pendek dia kemudiannya meneruskan perjalanannya.

“ Gila ehh, ada yang dibilang cantik oleh seseorang.”  Sindir Myaa sekali lagi. Aku memutarkan bebola mata.

Tidak puas hati dengan Myaa yang suka menyakat aku. Meskipun hatiku sedang berbunga mekar bagaikan di taman indah. Senyuman di bibirku malah tidak lekang habisnya hendak behenti.




Sandakan, Sabah
2021- Ain 🤍

UNDER THE RAIN [ C ]Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz