10 || 1,439KM

26 9 2
                                    

H'CAFE ☕

Jam menunjukkan angka 7 pagi. Baru sahaja beberapa minit lepas membuka kafe. Mereka sudahpun menerima pelanggan pertama pada pagi itu. Haider mengerutkan dahi. Tante Minah. Wanita itu kemudiannya menyapa Haider sebelum duduk di salah satu meja.

Tanpa menunggu lama, Haider meminta pekerjanya untuk menyiapkan minuman dan beberapa potong kuih buat wanita itu. Dia menarik kerusi di hadapan Tante Minah. Jarang sekali, melihat Tante Minah keluar seawal pagi.

" Darimana aja tante ? awal banget datangnya." Tanyanya sambil membantu pelayannya mendaratkan minuman panas dan hidangan kecilan buat sarapan Tante Minah. Wanita itu sempat berterima kasih. Perlahan dia mengeluh panjang. Mungkin kepenatan.

" Ini Tante dari bandara." Jawab Tante lalu menghirup kopi hangatnya. Dia kemudiannya mendaratkan semula cawan keatas piringnya. Haider hanya mendengar penuh minat. Tapi entah mengapa, hatinya berasa kurang enak tika itu.

" Ngapain ke bandara Tante, awal pagi lagi."

Tante Minah membisu. Keluhan panjang dilepaskan. Mungkin Syifa tiada waktu untuk khabarkannya kepada Ian. Bisik hati tuanya. Dia memandang Haider seketika. Kopi hangatnya dihirup semula.

" Syifa udah pulang ke Malaysia subuh tadi. Mamanya jatuh pengsan. Nah ditelfon oleh adiknya malam tadi. Makanya dia keburuan pulang ke Malaysia lepas solat subuh tadi. Maaf Ian, gak punya waktu untuk khabarin kamu dan tetangga lainnya." Jelas Tante Minah.

Haider kaku. Dia tidak tahu hendak berbuat apa. Jika hendak mengejar ke bandara, sudah terlambat. Pasti Syifa sudah terbang. Dia menunduk seketika. Kemudiannya wajah itu kembali segar dengan senyum palsunya.

" Syifa nangis banget malam itu. Risau jika Mamanya pada kenapa-kenapa. Makanya dia pengen balik. Lagipula, dia juga udah kelamaan di desa. Tante dengan Cut gak bisa halangin dia. " tambah Tante Minah.

Haider sekadar menggangguk faham. Dia meminta diri untuk ke dapur seketika. Mungkin ada seuatu yang dia lupa ambil sebelum kedatangan Tante Minah. Namun dia hanya menipu sahaja. Jujur hatinya berasa sakit sekali mendengar khabar buruk itu.

" Bukan jodoh kali ya."

Dia mula mempertikaikan takdirnya antara Syifa. Wajahnya diraup pantas. Cuba menebaskan kekecewaan yang terpahat di jiwanya. Dia cuba membawa diri seketika. Jauh dari memikirkan soal mengejut yang dia baru terima.

@ainsabt

Kota Kinabalu, Malaysia


Sepasang mata berwarna coklat kayu itu kelihatan redup memandang lantai hospital yang hampir menampakkan bayangan dengan jelas. Sesampai sahaja di kota negeri bawah bayu, dia meluru ke hospital tanpa membersihkan diri. Luggage dan backpack miliknya sudahpun di bawa pulang oleh Jane.

Dia membuka beg tangan seketika. Cuba mencari telefon di dalam perut beg tangan. Sesekali tangannya berjaya menyeluk telefon, segera dia menekan skrin. Namun masih malap. Langsung tidak terbuka walau berkali dia cuba menekan punat on. Daya kuasa bateri sudahpun kosong rasanya.

Keluhan halus yang beralur panjang dilepaskan. Dia kemudiannya memasukkan semula gadjet tersebut lalu bersandar pada dinding. Wajah Puan Jasmine yang sedang berbaring tenang diatas katil, dipandang lama.

Asyifa bingkas dari dudukkan. Cuba mendekati sang ibu yang masih belum sedarkan diri. Tangan tua Puan Jasmine diusap lembut.

" Mama, Syifa balik sudah ni. Mama bangunlah."

" Asslammualaikum."

Suara yang sedang memberi salam kepadanya membuatkan sepasang mata indah itu berpaling ke empunya. Sempat membundar iris kecoklatan itu apabila melihat gerangan yang hadir menghiasi tirai retinanya. Seukir senyuman ringkas dibalas apabila lelaki itu menghadiahkan untuknya.

" Aunty belum bangun lagi kah ?" tanyanya sambil merapat di sisi Puan Jasmine. Asyifa pula melemparkan semula pandangannya kearah sang ibu. Perlahan dia menganggukkan kepala.

" Jangan risau Puteri, Aunty nda akan apa-apa."

Asyifa menolehnya. Lelaki yang satu-satunya menggelarkan dia sebagai puteri. Dia hanya mampu membalasnya dengan tawa yang tawar. Meskipun tiada masalah besar yang terjadi terhadap Mama, namun tetap sahaja dia begitu risau akan keadaan Puan Jasmine.

Seketika itu, daun pintu dibuka luas oleh seseorang. Wajah Jane akhirnya terpacul di hadapan. Masing-masing memandangnya.

" Wow ex calon abang ipar datang jenguk juga." Perlinya sengaja. Malik sempat ketawa kecil. Namun tidak untuk Syifa. Dia hanya menyangkal bicara sang adik dalam hati. Malas hendak melayan karenah Jane. Dia hanya kembali melabuhkan dudukkan sambil menatap wajah sang bonda.

Pintu wad ditutup rapat dengan perlahan. Malik menghentikan langkahnya. Wajah bekas kekasih ditatap seketika. Sempat terukir sekuntum senyuman di bibirnya. Dia kemudiannya segera melepaskan pandangan jauh dari Asyifa.

" Terima kasih sebab datang tengok Mama. Lepasni aku harap ini kali terakhir." Jelas Syifa. Di hujung ayat, suaranya sedikit bergetar. Mungkin risau Malik tersinggung dengan bait bicaranya. Namun dia terpaksa.

Malik mengangguk faham. Hubungan yang sudah berakhir 2 tahun lepas, mungkin menjadi alasan untuk apa yang dimaksudkan oleh wanita di hadapannya. Entah bagaimana caranya lagi hendak mengambil semula hati yang pernah dia curi suatu ketika dahulu.

" Sebenarnya, Aunty ada jumpa aku. dia bilang kau dipecat, jadi dia minta pertolongan aku. setakat ni aku cuma mau bantu kau jak. Aku harap itu ndak salah, iya kan ?" balas Malik sejujurnya.

Syifa senyap. Dia sendiri tidak tahu mengenai hal yang dibicarakan oleh lelaki itu. Dia ingin menolak. Tetapi, keadaan yang melibatkan kesihatan Puan Jasmine menepis hasratnya. Pandangan gadis itu akhirnya tumpah keatas lantai.

" Maaf..tapi kita.."

" Puteri, yang lepas kita biarkan berlalu. Aku datang ikhlas mau bantu kau. Demi Aunty Jasmine. Kau boleh call aku kalau kau betul-betul mau bekerja. Dont worry, aku ada selalu untuk bantu kau. Aku pergi dulu ya. Assalammualaikum."

Dia kemudiannya beredar pergi. Meninggalkan Syifa dengan sekelumat rasa bersalah. Dalam diam dia menarik semula akan bicaranya di awal tadi. Mana mungkin seseorang yang masih punya secebis rasa ingin melepaskan miliknya begitu sahaja. Mungkin dengan cara ini, bisa membantu memperbaiki hubungan yang pernah retak dahulu.

Keluhan halus yang panjang beredar dari bebanan rasa hatinya. Dia mengusap wajah. Jika dia menolak tawaran pekerjaan ini hanya disebabkan masa lalu, apa akan jadi dengan nasibnya jika ada sesuatu malang yang tidak berbau berlaku ?

Dia tidak boleh bergantung harapan kepada Jane.

" Macam mana ni..."

Dia semakin buntu dengan pilihan sendiri. Hendak mencari pekerjaan lain, pastinya tidak semudah yang disangka. Dia pernah melihat betapa susahnya Jane hendak memiliki pekerjaan tetap dahulu.

Hatta, membuatkan adiknya itu hampir putus asa. Meskipun memiliki ijazah, tidak dapat dinafikan peluang pekerjaannya tidak seindah yang kau harapkan.






Sandakan, Sabah
2021-Ain 🤍

UNDER THE RAIN [ C ]Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ