13 || Aku, Dia dan Sebuah Cerita

22 8 3
                                    


Dua Tahun Kemudian.

Semesta semakin berlabuh dikelajuan tanpa sesiapa bisa rasakan singkatnya. Memori yang pernah menjadi asbab indahnya angan-angan sudahpun lenyap ditelan waktu. Bahkan, tiada tersisa selepas dia cuba menerima sekali lagi hati lama yang pernah menyakitinya. Dek Puan Jasmine, dunia kecil yang diharapkannya dahulu berubah tiga ratus enam puluh darjah.

Namun..

Ketika langit sedang bersenang ditemani awan gebu yang halus memutih, ketika angin berdesir tenang membawa dedaun kering berterbangan – membelah udara, dan ketika matahari indah menumpahkan lurah teriknya yang terkadang menyenangkan dan sebaliknya.

Di situlah, kesedihan seseorang berpahat dalam lubuk hatinya

Dia tidak mahu menumpahkan kristal mahal dari tubir mata indahnya. Tetapi, entah mnegapa kesakitan yang dia pernah rasa menganggunya. Mungkinkah ini penyesalan kerana ketidakjujuran yang dia lakukan terhadap diri sendiri ?

Ketidakjujuran ?

Ya. Dia tidak jujur dengan dirinya sendiri. Dia sedar cinta siapa yang sedang menyelimuti jantungnya. Namun perbezaan menidakkan apa yang dia rasakan. Dia menutup segala rasa dengan sekelip mata. Menerima Malik dalam kehidupannya adalah kesilapan besar yang dia lakukan.

Aku menutup mulut. Cuba menelan suara sendiri dari terlepas. Kelopak mata aku katub rapat sebelum kristal indah ku terjun menjunam. Disaat ini, aku tidak bisa memikirkan apa-apa sekalipun. Namun entah mengapa, bibirku ingin sahaja menyebut nama seseorang. Tapi entah siapa.

Hati kecilku sepertinya disiat halus dengan pisau. Permainan yang sudah bermula sejak awal membuatkan aku membenci diri sendiri. Langsung tidak sedar dek kebodohan sendiri.

Kini, dia tidak perlukan penjelasan kukuh untuk memutuskan hubungan penuh kepalsuan. Ternyata bicara orang ada gunanya. Mungkin kadang tidak baik, tetapi ternyata bisa menyelamatkan aku dari terus dipermainkan.

Aku mengesat air mata. Laneige BB Cushion aku capai dari beg tangan. Wajah yang sedikit sembam aku tutup segera dengan riasan natural. Aku mencuba untuk mengosongkan segalanya. Ya, itu adalah jalan seharusnya untuk pergi. Tapi bukan sekarang.

Biar aku buktikan aku bisa hidup tanpa dia !

“ Kau mesti ambil gaji untuk bulan ni sebelum pergi, Puteri Asyifa.” ujarnya di hadapan cermin.

@ainsabt

“ KAK IAN ! KAK IAN. “

Jeritan tajam dari Cut Myaa mengegarkan suasana desa. Hujung minggu yang menenangkan itu akhirnya diterobos oleh suara Myaa. Sebaik mendapat berita dari Syifa, tanpa basa-basi dia segera mendapatkan Haider. Dia langsung tidak hiraukan orang keliling yang hanya memandangnya aneh.

Haider hanya tertawa kecil melihat wanita yang sudahpun menginjak usia 27 tahun itu berlari masuk ke halaman rumahnya. Dia meletakkan buku bacaannya yang terganggu tadi diatas kerusi malas.

Di sisinya, Tante Wadah hanya menggelengkan kepala. Kenal betul dengan suara Myaa yang boleh dikatakan keseringan menyampai berita rahsia buat anak lelakinya.

“ Apa lagi ni Myaa ?”

Myaa menghentikan langkah. Dadanya turun naik. Tercungap-cungap dia hendak bernafas. Dia menarik nafas dalam sebelum dihembus dengan ketenangan. Entah mengapa mendengar khabar dari Syifa, bisa menbuat dia gembira. Hatta, tidak sabar untuk memberitahu Haider.

“ Syifa udah pisah sama pacarnya, ini peluang Kak Ian untuk dapatkan Syifa balik. Jangan tunggu lama. Ini peluang Kak Ian. Langsung aja ke Malaysia luahin semua isi hati Kak Ian sama Syifa.” Jerit Myaa tanpa mempedulikan kehadiran Tante Wadah.

Bahkan, jiran tetangga. Myaa sudah tidak mahu peduli dengan kelilingnya. Dia penat hendak berahsia. Lebih baik berkongsi kisah baik di hadapan semua orang. Tante Wadah yang mendengarnya segera bingkas. Sempat dibantu oleh Haider yang masih kaget dengan bicara Myaa.

“ Maksudnya apa sih Myaa ? Ian kenapa ? lalu Syifa itu siapa ?” tanya Tante Wadah bertubi.

Haider memandang tajam kearah Myaa. Namun selamba sahaja Myaa mengheret senyum. Haider mengusap wajah dengan sebelah tangan. Sempat dia memandang keliling yang sudahpun memandangnya dengan tawa masing-masing. Dia buntu.

“ Ini Tante, Kak Ian itu sukanya sama teman Myaa. Namanya Puteri Asyifa, orangnya cantik, baik, sopan lagi, tapi Kak Ian gak pake usaha mau dapetin Syifa. Gimana Myaa gak bete kalau ginian terus. Jadiannya kapan ? masa Myaa terus datang kemari khabarin Kak Ian semuanya ? Capek dong.” Rungut Myaa.

Belum sempat Bunda hendak berbicara, suara Mas Bagus yang juga jirannya kedengaran.

“ Kalau dibiarin nanti punya orang lain lagi Ian. Mending dikejar dulu. Rugi Bunda loh. Udah ngidem menantu. Tapi anaknya mah malah gak usaha dapetin hati neng Malaysia. Gak gitu Dek Cut.” Mas Bagus cuba membantu.

Haider hanya tertawa kecil. Tiada angin bahkan ribut sekalipun, kejadian berubah drastik seperti ini. Bunda cuba memandangnya. Perlahan tangan tua itu merayap di wajah tampan cogan idaman desa. Haider hanya mengukirkan tawa

“ Benar itu nak ? kalau niatnya baik, harus diburuin. Jangan kelamaan, gak baik. Kalau emang anak bunda udah suka banget sama Syifa, ibu ijinin kok kamu ke sana. Biar Syifanya bisa liat kalau anak bunda serius.” Jelas Tante Wadah.

“ Tapi bun..”

Bibir Haider ditahan dengan dua jari. Tidak mahu mendengar sebarang alasan hadir di mulut Haider. Dia kemudiannya cuba berpaling menghadap kearah suara Myaa. Mas Bagus yang sempat mendengar bicara Tante Wadah segera mampir ke sebelah. Ingin tahu keputusannya.

“ Myaa, kamu jangan kabarin dulu ke Syifa kalau Ian bakal berangkat ke sana. Biarin kita bagi kejutan. Gimana ? Baguskan idenya ?”

Haider tertawa sebelum mendakap tubuh tua Bundanya. Wanita itu membalas. Belakang tubuh Haider diusap lembut. Sudah lama agaknya, lelaki itu mempertaruhkan segalanya untuk dia. Kini, sudah masanya dia berbagi tanggungjawab dan kasih kepada seseorang yang dicintainya.

“ Tapi gimana kalau Syifa itu gak suka aku ?” tanyanya tiba-tiba.

Myaa ketawa sambil diikuti Mas Bagus. Siapa sahaja yang tidak sedar mata dua manusia itu ketika sedang berjumpa. Semuanya jelas. Hanya sahaja mereka berdua yang tidak perasaan akan rasa yang hadir di dunia mereka sendiri.

Bermulanya dari pandangan pertama dari perjalanan menuju ke rumah Cut, saat pertama kali wanita itu hadir di desa. Anak matanya yang pernah memancar keheningannya tika itu membunuh segala kesepian yang pernah hadir di hatinya. Pada awalnya, mungkin itu hal biasa buat seseorang.

Tapi entah mengapa, saat menghantar tas miliknya, hatiku berdebar apabila jejak kakiku mula menapak di hadapan rumah Cut. Namun aku gagahkan sahaja. Mungkin kerana tidak enak badan. Lalu, di malam harinya. Ketika hujan turun di tanah Desa Kota Batu, aku melihatmu sedang tersenyum indah sambil menikmati teh hangat dari Tante Minah.

Namun pemandangan indah yang aku nikmati terjeda tatkala Tante memanggilku untuk minum bersama. Dan di saat kita berkongsi cerita, aku semakin tertarik untuk tahu lebih dalam mengenaimu. Senyum dan tawa kecilmu itu berjaya menyembuhkan luka lamaku.

Dan tika itulah, aku menyedari jikalau waktu itu aku sudahpun jatuh cinta pandang pertama dengan seseorang yang jarak jauhnya lumayan besar. Perbezaan jarak menjauhkan dua jiwa yang sudahpun di selimuti dengan noda-noda bunga indah.  Namun, apakah aku bisa diterima di dalam duniamu ?






Sandakan, Sabah
2021- Ain 🤍

UNDER THE RAIN [ C ]Where stories live. Discover now