07 || Menangkap Memori Dari Sekeping Foto

27 9 4
                                    

Setelah hujan dan ribut yang mengganas tika tengah malam menjelang, suasana pagi di desa kelihatan indah nian. Bagaikan tiada apa-apa yang berlaku semalam. Ternyata selepas redahnya hujan malam semalam, hadirlah ribut yang disertakan hujan lebat datang menyapa desa untuk kedua kalinya. Hanya sahaja menyapa dikala hamba kepada Tuhan Penciptanya sedang lena dibuai mimpi indah.

Sarapan pagi sudahpun siap terhidang di atas meja makan. Aku mengheret senyum puas. Ketika semuanya sudah selesai ibadah subuhnya, kantuk yang berat akhirnya memaksa mereka untuk menyambung semula lenanya. Dan ketika itulah, aku cuba mengambil kesempatan menyediakan bahan untuk membuat sarapan.

" Syifa."

Kedua bahuku terhinjut apabila suara Bunda menyapa gegendang telingaku yang belum bersedia rasanya hendak mendengar suara. Aku menguntum senyum segan. Lantas, aku mempelawa Bunda untuk duduk menikmati sarapan. Bunda sekadar menurut arahan.

" Apa gak repotin kamu ya bikin sarapannya awal pagi ?" tanya Bunda sambil memandang sarapan ringkas dari aku. Bukan apa, menetap lama di rumah orang, bukankah seharusnya kita menghulur tangan juga ?

" Gak kok bunda. ini mah kacang aja buat Syifa. Bunda duduk dulu, biar Syifa kejutin Myaa ya. Bentar aja." Balasku lalu berlari anak menuju ke bilik. Seperti yang aku duga, Myaa masih lagi dengan buaian mimpi yang entah apa-apa.

Tubuh mungilnya segera aku goncang. Terkulai dia hendak bingkas. Kelopak mata yang masih berat diusap kasar. Aku hanya memandang sambil menyilangkan kedua tanganku di dada.

" Bangun, kalau ndak nasi lemak sambal udang kau habis dimakan oleh aku dan bunda." Ujarku ringkas. Namun laju sahaja Myaa bingkas dari pembaringan. Kepalanya digelengkan laju. Nasi lemak sambal udang ? itulah makanan kegemaran Myaa sepanjang duduk di Malaysia.

Bahkan, setiap kali waktu rehat bermula, dia hanya bisa memesan pesanan yang sama untuk setiap minggunya.

" Bentar. Aku sikat gigi bentar aja. Jangan dihabisin dong." Rintihnya sambil meluru masuk ke dalam tandas.

Aku hanya menggelengkan kepala memandang perangainya. Aku segera menuju ke meja makan. Pinggan Bunda aku capai sebelum mengisinya dengan nasi lemak buatan aku sendiri.

@ainsabt

Aku dan Myaa sudahpun berdiri di luar halaman rumah. Menanti ketibaan Haider dan Mas Bagus. Aku sempat memandang keliling. Sesekali kornea milikku tidak memaparkan bayang hitam yang kami tunggu, aku cuba memeriksa kamera.

Tidak lama kemudian, jelas kedengaran suara Mas Bagus yang begitu bersemangat.

Myaa sempat menepis siku, menyedarkan aku dari perbuatanku. Aku menoleh kearah empunya suara. Tubuhku kaku serta-merta. Ternyata Mas Bagus sudahpun bersama Kak Haider. Tanpa menunggu lama, bibirku perlahan bergerak membentuk seukir senyuman.

" Kelamaan nunggu ya neng. Maaf kita baru selesai solat asar. Dek Cut dengan neng udah solat ?" tegur Mas Bagus.

Aku dan Myaa seraya menganggukkan kepala. Kamera yang berada di tangan segera aku rangkulkan pada leher. Sempat aku memperbaiki tudungku yang tersekat dek tali kamera. Aku hanya tertawa kecil saat Myaa membantu aku memperbaiki tudung belakang.

" Jadi kita mulanya darimana Kak ?" tanya Myaa penuh semangat. Aku hanya memandang. Setakat ini, biarlah mereka sahaja yang berurusan. Dan aku hanya menjadi ekor yang akan ikut kemana sahaja.

" Kita ke pekan aja dulu baru keliling desa. Bisa gitukan Neng Syifa ?" jawabnya lalu memandang kearahku. Aku sempat tersentak. Neng Syifa. Bunyinya agak terlalu pelik bagi aku. Myaa ketawa seraya mendengar aku dipanggil neng.

UNDER THE RAIN [ C ]Where stories live. Discover now