03 || Jejak Kaki di Kota Wisata Batu

38 11 3
                                    


Setelah menempuhi perjalanan yang berliku, akhirnya aku berjaya menjejak kaki di Desa Kota Batu. Aku sempat mengerlingkan pandangan kearah bas kampung yang aku naiki tadi meninggalkan kawasan itu. Aku memandang keliling. Sungguh takjub dengan pemandangan desa yang begitu indah.

Aku memandang kearah kiri dan kanan jalan. Seketika menyedari tiada kenderaan yang lalu, aku segera berlari anak menuju ke seberang. Sekali lagi, aku terkaku dan kagum dengan mahakarya yang terhampar di hadapan ku. Sungguh indahnya perkampungan di tempat tinggal Myaa.

Bahkan, sebelum tiba di sini, aku juga dapat melihat keindahan desa-desa lain sebelumnya. Udara dingin dan segar di setiap perjalanan aku hirup dengan rakusnya. Sungguh udaranya disini persis udara di subuh hari. Hanya sahaja di sini, udara masih sama meskipun beranjak waktu siang.

Aku mengambil beberapa shot dari kamera untuk kenangan selama berada di sini. Bukan hanya di kamera, aku sempat mengambil beberapa foto dengan telefon pintarku. Aku masih tidak percaya keberadaanku layaknya seperti syurga. Masya Allah. Sungguh indah hingga tidak lekang dipandang mata.

Belum sempat aku hendak mengambil beberapa keping gambar, aku ditegur oleh suara asing. Aku berpaling mencari empunya suara. Seketika itu, aku menangkap sesusuk tubuh kecil sedang cuba menghampiri. Lelaki yang mungkin dalam lingkungan 30-an siap dengan becanya datang dengan senyuman yang menampakkan gigi.

“ Kita temannya Dek Cut ya ? Neng Syifa kan namanya ?” tanyanya dengan nada sopan. Pada awalnya aku sedikit ragu, namun namaku sekalian disebut membuatkan aku yakin Dek Cut yang dimaksudkan pakcik ini pasti Myaa. Ingatanku begitu kuat. Bagaikan nama Cut Myaa binti Teuku Mahat terpapar jelas di layarnya.

“ Ya, saya Syifa.” Jawabku. Dengan pantas, dia mempelawa aku untuk duduk di kerusi belakang. Aku sempat mengangguk. Bagasi milikku dibantu olehnya naik keatas kerusi penumpang di belakang. Manakala, backpack aku biarkan sahaja dia letakkan dihadapan.

“ Saya warga desa sini. Panggilnya Mas Bagus aja. Silakan duduk neng.” Pelawanya sekali lagi.

Tanpa menunggu lama, aku segera masuk dan melabuhkan dudukkan. Mas Bagus segera membawa aku menikmati pemandangan desa. Kami melewati jalan yang di kiri kanannya terbentang dnegan pekebunan yang luas.

“ Ini Beca Mas Bagus ? cantik ya.” Pujiku sengaja mengusir kebisuan antara kami. Bukan apa, hanya risau digelar sombong jika tidak menyapa. Lagipun warga desa di sini nampaknya begitu ramah. Pantas sahaja Myaa itu peramah, ternyata orang kampungnya juga sama.

“ Sebenarnya bukan beca saya neng. Cuma pinjem dengan tetangga. Dek Cut bilang temannya dari Malaysia ya ? jauh banget ya neng datang kemari.” Balasnya. Aku hanya mengekeh. Tidak menyangka, Mas Bagus begitu ramah sekali orangnya. Sopan santun. Bahkan, baik hati sangat.

“ Ya Mas. Datang sini mahu jumpa dengan Myaa. Sudah lama ndak kelihatan. Jadi rindu makanya datang kemari. Desanya cantik sekali ya.” Tambah aku.

“ Pantesan cantik banget orangnya. Senyumannya juga manis banget. Ya Neng, desa ini pernah jadi desa tercantik di seluruh Indonesia neng.”

Aku menganggukkan kepala. Kali ini, aku tidak membalas langsung bicara Mas Bagus. Aku begitu leka menikmati pemandangan indah itu.

Sesekali,anak mataku tertangkap pada satu wajah asing di hadapanku.

Entah bagaimana, anak mata kami berdua sudahpun berselisih antara satu sama. Namun sekilas sahaja disebabkan beca Mas Bagus tiba-tiba sahaja tersadung sesuatu membuatkan penglihatanku lari dari titik utamanya.

“ Kamu gak apa-apa neng ? maaf gak kesedaran ada polisi tidurnya.” Jelasnya. Namun fikiranku masih mencuba untuk menafsirkan hujung ayat Mas Bagus. Polisi tidur ? maksudnya apa ya ? aku tertanya sendiri. Hendak bertanya jadi segan pula.

Aku hanya menggelengkan kepala. Perlahan aku hadiahkan seulas senyuman. Aku berpaling kebelakang. Beca yang dinaiki lelaki tadi sudahpun jauh dari tempatnya.

Aku sedikit kagum. Bukan hanya desanya yang cantik, tetapi jejakanya juga tidak kurang lebihnya. Aku segera menyingkirkan pemikiran aneh sebentar tadi.

“ Lama lagi kah mau sampai rumah Myaa ?” tanyaku. Mas Bagus sempat memandangku sekilas di belakang sebelum pandangannya dialihkan semula ke hadapan. Jika tidak, sudah pasti aku sedang berbaring di pekebunan orang.

“ Gak jauh neng. Ini juga mau dekat ke rumahnya.” Jawabnya.

Aku menganggukkan kepala. Kamera aku capai sebelum mengambil beberapa keping foto meskipun dalam keadaan yang sedikit terganggu. Sedang aku menangkap beberapa gambar, satu pesanan singgah pada kotak pesanan telefonku.

Aku segera mencapai lalu memandang skrin telefon. Jelas terpapar nama Myaa pada skrin. Aku mengheret senyum lebar. Ndak sabarlah tu nak sambut aku. hatiku berbisik. Walaupun sebenarnya aku juga tidak sabar hendak bersua muka dengannya.

Aku mula rindu dengan wajah babyfacenya. Anak mata bulat yang berwarna coklat terang itu akan ku tatap lama. Sebegitu rindunya aku dengan Myaa. Ndak sabar hendak memulakan percutian istimewa ini bersama Myaa.

“ Tunggu aku Myaa. Aku mahu sampai ni.” Ucapku sendiri sambil tersenyum. Layar mindaku sudahpun mengukir memori yang bakal terpahat di galeri ingatanku.

Keterujaan ku semakin membuak apabila aku mula melihat wajah comel milik Myaa. Sebaik sahaja beca berhenti, aku terus terjun ke dalam dakapan Myaa. Suara kami yang berlaga akhirnya bergema membuatkan para tetangga menyedari kehadiranku.

Mas Bagus yang sempat membantu menurunkan bagasiku sempat meminta diri sebelum pergi dari halaman rumah Myaa.

Aku masih dalam dakapan yang penuh kerinduan itu. Aku menggerakkan tubuhnya ke kiri kanan. Dakapan itu semakin erat. Ingin sahaja aku mencurahkan cecair jernih. Namun niatku terbatal dek beberapa anak kecil sedang memandangku aneh.

“ Udah, kita masuk dulu. Bunda udah nunguiin loh lama banget. Untung aja loh gak sesat kan. Kita di sini khawatir banget kalau loh sampe sesat.” Jelas Myaa. Aku hanya mampu ketawa kecil. Memandangkan serumpun, aku bisa memahaminya.

Seperti yang dibicarakan dalam talian sebelum ini, aku perlu menggunakan bahasanya apabila tiba sahaja di desa Myaa. Aku hanya akurkan sahaja kehendaknya. Bahkan, aku rasa seronok juga bisa berbahasa Indonesia. Jadi tiada sia-sianya aku belajar dengan Myaa selama dia tinggal bersamaku dulu.

“ Assalammualaikum.”

“ Waalaikumsalam Syifa, silakan masuk. Syukurlah kamu selamat sampai. Bunda jadi takut kalau kamu kenapa-kenapa. Bunda suruh Myaa jemputnya di bandara, dia malah bilang biarin supaya kamu kebiasaan kalau lagi datang kedua kalinya. “ jelas Bunda Minah.

Aku hanya ketawa kecil sambil bersalaman dengannya. Sempat aku hadiahkan pandangan tajam buat Myaa. Sampai hati kan  ndak mahu sambut aku. Dia hanya membalas sambil menjelirkan hujung lidahnya kearah aku. Nda guna punya kawan.

“ Udah. Seperti yang dijanjikan. Selama berada di sini harus pake bahasa aku kan. Ini dendam gue. Siapa yang nyuruh gue pake bahasanya masa di sana dulu-dulu ya.” Sindir Myaa.

Bunda Minah sempat memukul lengan anak gadisnya. Mungkin agak keterlaluan untuknya, namun biasa sahaja bagi aku.

“ Gak apa-apa kok bunda. Udah biasa banget dengan perangai jahilnya.” Balasku sambil mencuit pipi tembamnya. Myaa mengadu kesakitan. Dia cuba membalas namun gagal. Aku sempat ketawa kecil. Melihat kegagalan kecilnya.

“ Sudah. Temanin Syifa ganti baju dulu. Baru kita makan tengahari barengan ya.” Balas Bunda. Myaa sekadar mengangguk. Dia segera menarik bagasiku ke dalam biliknya. Rumah kecil yang cukup memuatkan dua hingga 5 keluarga kecil itu aku pandang.

“ Kamu cuma bawa bagasi doang ya Asy ?” tanya Myaa disaat kebisuan terperangkap antara kami. Aku memandangnya. Entah bagaimana aku bisa terlupa dengan backpack milikku.Myaa memukul lenganku.

“ Kenapa sih loh bawa lagi kealpaan loh itu ke sini. Kan malah nyusahin loh sendiri. Untung aja Mas Bagus. Kalau orang lain gimana Puteri Asyifaku.” Aku hanya menguntum senyum.

Sandakan, Sabah
2021 - Ain 🤍

UNDER THE RAIN [ C ]Where stories live. Discover now