19 || Cemburu

22 7 2
                                    


Latte yang sudah siap dibuat oleh Haider diusungkan ke empunya pemilik. Asyifa mengheret senyum sambil hujungnya bernada tawa. Dia menatap latte tersebut. Kamera dari telefon pintar dibuka lalu menangkap sekeping memori yang hanya berlatarkan secawa latte.

“ Kenapa sih suka difoto-foto cawannya ?” tanya Haider.

Asyifa meletakkan telefon di sisi cawan. Wajah Haider dipandang seketika.

“ Kenangan.”

Haider sekadar mengangguk. Tidak mampu untuk menghalang wanita muda itu melakukan apa sahaja yang disukainya. Seketika Syifa menghirup latte buatan dari Haider, tanpa sedar lelaki itu sedang menikmati indahnya pemandangan dihadapannya. 

Perlahan, satu memori sepertinya sedang mengetuk tingkap ingatannya. Dia ingat bagaimana kali pertama Syifa melangkah masuk ke dalam cafe miliknya. Entah mnegapa, tika itu dia bisa merasakan debaran yang dia rasai selepas mengungkapkan isi hatinya.

Di saat keduanya masih belum cukup mengenali hati budi, dia ingin tahu punca yang menyebabkan daging kecil itu berdegub kekencangan. Bahkan, sama seperti hari itu, Syifa juga memesan latte persis sekarang. Dengan wajah yang sungguh menikmati rasa latte buatannya.

Apakah hubungan ini bisa semanis rasa latte yang kini dihirup Asyifa ?

Pandangannya yang khusyuk berakhir dengan sepotong ayat. Ayat yang singgah menyapa gegendang sabitnya sehingga membuat dia ingin menatap wajah gerangan tersebut. Sesusuk tubuh lelaki kini sedang berdiri di sebelah Asyifa.

“ Maaf, kayanya kita pernah ketemuan ni ? yakan ?” tanya lelaki itu

Asyifa mengalihkan pandangan kearah Haider. Lelaki itu hanya menatap senyap. Namun dia mematikan tingkahnya. Kain lap dicapai. Tangan yang terasa basah dilap segera. Cuping sabitnya dipasang sempurna. Ingin mendengar bicara lelaki tersebut.

“ Nama aku Rangga. Kamu ? kita bisa temenan kan ?”

Syifa melirik kearah Haider. Dia cuba menahan senyum seketika. Di layar mindanya, sudahpun bermain sebuah filem yang menampakkan kecemburuan seorang Teuku Haiderian. Dia kemudiannya menatap kearah lelaki yang bernama Rangga.

“ Mohon maaf. Ada apa ya ?” Haider cuba memintas awal sebelum Syifa menjawab pertanyaan lelaki tersebut. Pandangan mereka bersilih. Bagaikan hendak menikam, sepasang anak mata yang berwarna coklat itu memandang Rangga.

Syifa menjatuhkan pandangan ke bawah. Cuba mengelak dari retina yang menampakkan sedikit amarah. Meskipun serasa takut untuk menatap, bibirnya tetap sahja tidak bisa menahan tawa. Akhirnya, dia bisa melihat Haider cemburu.

“ Yaudah, kamu balik aja. Aku lagi banyak kerjaan.” Arah Haider. Syifa segera mengangkat pandangan. Tidak menyangka dengan apa yang baru sahaja dia dengari. Sesekali, dia ingin mengucap bicara, Haider segera mengundurkan diri.

Asyifa sekadar memandang. Bibirnya dicebikkan sedikit. Keluhan halus yang ringkas dilepaskan. Dia memandang keliling cafe yang masih tersisa dengan beberapa orang. Sempat dia bersandar, sebelum mencapai beg tangan dan berlalu pergi.

Pintu cafe dititup. Dia cuba berpaling kebelakang. Sesaat, susuk tubuh yang dia inginkan muncul seketika. Namun langsung tidak berpaling melihat dia ingin berpamitan. Syifa mula tidak puas hati. Dia hanya memandang Haider masuk semula ke dalam stor tanpa memandangnya sekilaspun.

“ Dia marah ke ?”

Baru sahaja dia hendak melangkah pergi, telefon pintarnya berdering. Tanpa aba-aba, dia menyambut panggilan dari Fazura.

“ Huhh ? kau di sini ke ? tapi jauhlah dari tempat aku Faz.”

Bicara mati seketika. Dia cuba berfikir seketika. Dia kemudiannya menoleh kearah cafe. Hendak khabarkan dekat Haider tapi dia tengah marah. Dia kemudiannya memutuskan untuk pergi. Memandangkan dia hanya bercuti tiga hari sahaja, mungkin ini peluang baik untuk bertemu Fazura.

Langkah kaki diatur laju menuju ke stesen bas. Dia perlu mengambil beberapa waktu yang panjang hanya untuk bertemu dengan Fazura. Hanya dengan 42 minit, dia akan tiba di Kota Wisata Batu.

Meskipun masih belum fasih dengan selok-belok negeri itu, dia gagahkan sahaja pemergian. Mungkin ada sesetangah yang bisa membantunya. Ataupun tidak, hanya meminta bantuan dengan Mas Bagus atau Myaa. Ian ? hmm. Rasa tidak puas hatinya masih menyelimuti hati wanita muda itu.

Waktu 42 minit yang dia rasakan sepanjang duduk di dalam bas, membuatkan dia merasa penat. Badannya mula terasa pegal. Dia menghempas-hempas tapak kasut. Perlahan. Risau jika terlalu mengeluarkan bunyi yang kuat.

“ Perlukah aku bagitahu Haider ya ? tapi dekat jak pun kan.”

Hati perempuannya berbisik serentak dengan rasa tidak puas hati. Sempat dia mengerling kearah penumpang yang lainnya. Pandangan itu kemudiannya bertukar posisi. Dia melemparkan pandangan kearah luar tingkap. Menikmati perjalanan 42 minitnya dengan pemandangan indah yang disajikan alam.

“ Syifa!”

“ Faz !”

Keduanya segera berlari anak. Sesampai sahaja beberapa langkah di hadapan, mereka saling bertukar dakapan. Setelah sekian lama berlalu, akhirnya dia bisa bertemu Fazura di Indonesia. Bukan di tanah air mereka. Sungguh kecil bumi yang mereka duduki ini. Hatta, sehingga ke tanah orang mereka bisa bertemu setelah tamat kuliah.

Di bawah langit yang cerah. Bertemankan dengan selaput putih yang bak gula-gula kapas. Dan disajikan pula dengan hembusan angin yang menyegarkan. Suasana perjumpaan mereka bagaikan disertai alam dengan senangnya.

“ Dengan orang sini ?”

Asyifa mengangguk. Bibirnya mengheret sepasang tawa yang sesegar hari indah itu. Tetapi, hatinya masih mengadu kegeraman dengan tingkah Haider yang sepertinya menghalau dia dari cafe. Fazura mengangguk perlahan

“ Kau ndak takut ke kahwin dengan orang sini ? aku bukan apa Syifa, kau yakinkah mahu bina rumah dengan orang Indonesia ?”

Asyifa mengangguk perlahan. Retinanya bergetar sedikit. Apa yang dimaksudkan Fazura sehingga riak wajahnya berubah sedemikian. Dia mula tertanya. Rasa ingin tahunya berbuak bagaikan pukulan ombak pada batuan besar.

“ Aku pernah bercinta dengan orang sini Asyifa. Aku cuma takut apa yang orang tu buat dekat aku, kau bisa rasa.” Fazura mengeluarkan rasa peribadinya sendiri.

Membuatkan Syifa berlumba untuk tahu maksud sebenar. Salahkah ingin berumah tangga dengan orang yang bukan dari tanah air sendiri ? malah, tidak semua orang bersifat sama seperti yang dibicarakan Fazura.

@ainsabt

Jam menunjukkan angka 4 petang. Ditangan mereka sudahpun penuh dengan beg plastik dari hasil membeli-belah. Dia menatap jam tangan. Tanpa sedar, mereka sudah melalui hari berjam-jam. Asyifa mendongak keatas.

Langit mula gelap. Dadanya sedikit merasa risau hendak pulang sendirian. Hendak ditemani Fazura, tapi bagaimana jika perempuan tu hendak balik ke hotel semula ? dia mula buntu. Telefon pintar dicapai seketika. Namun belum sempat dia cuba mendail, Fazura terlebih awal meminta diri.

Mereka saling berpamitan usai bertukar dakapan. Dan kini, Asyifa sendirian bersama beberapa beg plastiknya. Dia menoleh keliling. Mula risau dengan nasib sendiri. Skrin telefon dihidupkan namun tetap sahaja malap.

“ Habis bateri ke ? Ya Allah, Syifa. “

Kini, dia mengutuk diri sendiri . Dengan rasa terpaksa dan ketakutan yang menyelubungi hati kecilnya, dia melangkah. Mengatur langkah berat menuju ke halte.










Sandakan, Sabah
2021- Ain 🤍

UNDER THE RAIN [ C ]जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें