11 || Memori yang Terlupakan

19 9 2
                                    

Pintu rumah ditendang menggunakan hujung kakinya. Barang yang memenuhi kedua tangan membuatkan dia bertindak sedemikian. Jane pula membantu Puan Jasmine untuk duduk di sofa. Setelah 5  hari berbaring di katil hospital, akhirnya Puan Jasmine diarahkan untuk pulang.

Asyifa melepaskan dua beg pakaian dari genggamannya. Dia kemudiannya melabuhkan dudukkan diatas sofa lalu berbaring. Cuba meleraikan kepenatan yang mengikat semangatnya. Puan Jasmine hanya menggelengkan kepala. Sejak kelmarin, anak sulungnya itu jarang kelihatan di waktu siang. Hatta, hendak berbicara juga payah.

“  Beberapa hari ni Mama tengok kamu jarang ada waktu siang, kenapa hari ni muncul pula ? buat apa jak beberapa harini sampai muka kamu tu jarang terpacak ?” tanya Mama bertubi. Aku sempat mengeluh ringkas sambil kelopak mataku dikatub rapat. Perlahan, aku bingkas dari pembaringan.

Jane yang baru tiba dari ruangan dapur segera menyampuk. Dia menghulurkan secawan air putih buat Mama. Dan aku pula diminta untuk ambil sendiri. Tak guna punya adik. Jelingan maut sempat aku hadiahkan untuknya, namun selamba sahaja dia jelirkan hujung lidah kearah aku.

“ Dia dah kerja dengan Abang Malik.” Jelas Jane.
Mama lantas menatapku bagai tidak percaya dengan tindakan yang aku pilih. Aku hanya mengesotkan senyuman terpaksa. Aku sendiri tidak menyangka hendak berkerja sebumbung dengan lelaki tu. Sedangkan sebelumnya, sehabis daya aku menjerit tidak mahu ada apa-apa urusan dengannya.

“ Mama ndak sangka Malik sebaik tu. Kakak dapat job apa ?” tanya Mama. Aku membisu. kalau aku cerita, tak kah nampak pelik. Hatiku bermonolog sendiri. Kepalanya yang tidak gatal aku garu seketika. Bingung hendak menjawab apa.

“ Dia bagi Kakak jadi P.A dia.”

Suasana terus berubah senyap. Bagaikan bicara yang tadinya berselisih sudahpun tenggelam di dasarnya. Aku menatap mereka satu per satu. Sudah aku agak mereka pasti terkejut. Kenapa tidaknya, baru sahaja masuk sudahpun menjadi asisten untuk lelaki itu.

“ Tiberr. Ndakan dia tiada PA sebelumnya ?” tanya Jane. Aku hanya mengangkat bahu. Aku menarik mug dari tangan Jane sebelum meneguk air minuman tersebut.

“ Dia kata PA sebelumnya bermasalah. So, dia ambil aku sebagai PA.”

Jelasku kepada mereka. Mama sudahpun mengorak senyum indah yang lebar. Aku hanya memandang aneh. Membuatkan Mama sempat menghamburkan tawanya. 

@ainsabt

Pintu bilik ditutup rapat usai sahaja aku mematikan suis lampu. Sebelum sempat menutup daun pintu, aku mengambil sedikit waktu untuk menatap wajah Mama dan Jane yang sedang tidur bersama.

Sepasang lekuk sabit aku berlepas ke lena mereka. Semenjak ketiadaan Abah, Jane mahupun aku akan tidur bersama Mama. Hanya untuk mengisi kekosongan yang dirasai Mama ketika hendak beradu.

Aku merenggangkan tubuh seketika. Perlahan langkah kaki, aku atur menuju ke balkoni rumah. Jam baru sahaja menunjukkan angka 9.30 malam. Mama dan Jane sengaja tidur awal memandangkan Mama baru sahaja keluar dari hospital.

Aku melemparkan pandangan ke bawah. Menatap keadaan jalan raya yang tika itu masih lagi sibuk. Bingit terasa cupingku. Namun begitu, melihat cahaya lampu dari kereta dan beberapa tiang lampu serta bangunan itu berjaya menenangkan perasaanku. Sesekali, angin malam berhembus di wajahku. Meniup segala ketenangan ku yang bertaut menjadi sebuah kerinduan.

Mindaku terus berlabuh mengenangkan ketenangan dan kedinginan Desa Kota Batu. Aku menarik telefon dari kocek pajama. Sejak beberapa hari ni, aku langsung tiada berbual dengan Myaa. Hanya sahaja sempat berbual dari aplikasi Whatsapp.

Sambil menikmati pemandangan yang bagaikan titisan cahaya dari sang bulan, aku menanti Myaa untuk menyambut panggilan kerinduanku. Panggilan pertama setelah beberapa hari tiada dalam talian panggilan. Dan akhirnya, panggilan bersahut.

“ Baguslah, kalau Mama sudah pulang, Ouiya, bundaku kirimsalam ya.”

“ Ya nanti aku sampaikan dekat Mama.”

Perbualan kami ditengahnya terjeda seketika. Aku menghembuskan nafas panjang. Mula naik rindu akan suasana kampung. Tetapi, mungkin kini tiada peluang untuk aku menginjak kaki semula di tanah Jawa Timur itu. Kesibukan ku sebagai seorang personal asisten akan membatalkan segala keinginanku untuk bercuti semula di Kota Batu.

“ Asy, kamu tau gak kemarin itu Kafe Kak Ian kebakar. Untung aja gak kebakar semuanya. Hanya bahagian belakang doang. Kesian sih. Udah loh ninggalin dia tanpa pamit. Hmm masa loh gak kangen sama Cogan Idaman Desa itu ?” Jelas Myaa yang menukul kesepian yang terjeda sebentar tadi.

Aku senyap. Ya, aku baru teringat pasal Haider. Sebegitu sibuk dengan pelbagai urusan hatta aku melupakan satu kisah yang mungkin hampir menjadi saat itu. Namun kini tiada maknanya lagi. Aku sudahpun berada di tanah asalku. Di duniaku. Dan dia ada didunianya sendiri.

Tanah yang jauh dari hati yang masing-masing punya keinginan yang sama. Tetapi, mana mungkin dua hati yang jauh beribu kilometer bisa bersama ?

“ Kirimsalam sama Kak Ian ya. Sampaikan maaf aku dekat dia sebab pergi ndak bagitahu dulu. Okaylaa Myaa, aku mau tidur. Esok aku kerjalah.” Balasku.

“ Kerja ? loh udah punya kerjaan ? alhamdulillah loh editor di mana Syifa.” Tanyanya bertubi. Aku hanya mampu tertawa kecil. Kepala yang tidak gatal aku garu.

“ Aku kerja di syarikat Abang Malik. Ex aku yang kau benci tu. Dia tolong aku dapatkan kerja untuk aku. Jadi P.A dia.” Jelasku dengan nada suara yang datar.

“ Beneran loh ? ya udah kalau niatnya cuma pengen bantu. Tapi kalau punya niat jahat semoga loh kerjanya gak betah di sana. Loh baik-baik aja kan kerja barengan dia sekarang ? kalau dia ngapain loh gimana ?” seloroh Myaa dengan nada yang berbunyi kerisauan.

Aku tahu benar Myaa begitu membenci Malik. Bukan apa, hanya kerana alasan lelaki itu yang serasa tidak logik baginya ketika hendak memutuskan hubungan yang sudahpun berlangsung lama. Aku hanya tertawa kecil apabila memori dulu hinggap sebentar di wilayah ingatanku. Myaa yang kerisauan segera aku yakinkan jika aku baik baik sahaja. Tiada apa yang perlu dirisaukan.
 

Jam menunjukkan angka 2 pagi. Sejak daritadi, aku tidak bisa terlelap dengan tennag. Entah apa. Aku dapat merasakan sesuatu dengan hati dan fikiranku. Perasaan apa kah ini ? seingat aku, perasaan ini pernah muncul sewaktu aku kehilangan khabar dari kekasih. Aku bingkas dari pembaringan.

Doa hendak tidur aku lafazkan berkali dengan titipan nawaitu agar terlelap segera. Belum sempat aku hendak mendaratkan tubuh, desiran angin kuat sepertinya menghempas jendela bilikku.
Sehingga beberapa saat, cuping sabitku kedengaran gemersik hujan yang turun membasahi bumi. Aku menatap jendela lama.

“ Haider apa khabar ya ?”

Persoalan itu hadir tanpa aku duga. Hembusan nafas pendek berlepas dari ronggaku. Aku kemudiannya menarik sedikit hujung tirai jendela. Ya, titisan mutiara dingin itu sudahpun melekat pada jendela kaca bilikku.

Aku mengheret senyum senang. Lantas aku begerak sedikit dan menongkat dagu. Menikmati pemandangan kelam itu sendirian sambil ditemani desiran angin yang tenang dan dingin.

Hati dan fikiran yang sudahpun dikuasai oleh Haider masih belum dia sedari sepenuhnya. Keresahan yang mengikat lenanya segera dibawa lari. Dia menarik kamera dan laptop. Hendak menikmati semula foto-foto yang ditangkapnya di Jawa Timur.

Di dalam kegelapan yang ditemani dengan desiran angin dan gemersik hujan, Syifa membuka semula memorinya. Dia benar-benar menikmati keindahan itu namun sebaik sepasang wajah terpapar pada retina indahnya. Lekuk sabit di bibir yang sedari awal tadi terukir, mengendur dengan bersebab.

“ Aku..aku suka dia kah ?”

Tanyanya tanpa jawapan. Wajah itu diamatinya dengan dalam.






Sandakan, Sabah
2021- Ain 🤍

UNDER THE RAIN [ C ]Where stories live. Discover now