" Nak main lagi tak? Last? " Soal Danish di corong telefon. Walaupun sudah beberapa kali dia berkata sebegitu, dari tadi Last-last tapi sampai kesudah tiada akhirnya.

" Harris?" Iqbal mula bersuara.

Harris tersentak apabila namanya dipanggil. Haih, Macam mana lah dia boleh terleka memandang raut wajah Sara yang sudah lena di sisinya.

" Aku nak tidur lah. Bye, Assalammualaikum." Tanpa menunggu jawapan rakan-rakannya, Harris segera menutup Telefonnya, sebelum diletak kan diatas meja yang berada disebelah katil.

Harris yang baru terlelap sekejap, terus terbuka mata tatkala tangan milik Sara sudah melingkar dikeliling pingangnya.

Dia ketawa kecil. Tubuh langsing itu ditarik, dan dipeluknya rapat. Dahi isterinya dikucup lembut. "Tidur ye..."

Tangannya menepuk perlahan belakang badan Sara, sebelum dia juga turut terlena di dalam pelukan.

|...|...|...|...|...|

Terkebil-kebil mata Sara memerhatikan Harris yang lena dihadapannya. Terkejut Sara apabila melihat jarak di antara mereka. Terlalu rapat.

Wajah Harris dipandang, Tenang sahaja tidurnya mengulit mimpi. Dapat dirasakan tangan lelaki itu melingkar di pinggangnya. Empuk sahaja kepala Sara berbantalkan lengan Harris.

Perlahan-lahan dia meleraikan pelukan tangan Harris yang berada di pinggangnya. Rambutnya yang serabai di ikat Messy bun.

Jam yang berada di atas meja dikerlingnya sekilas. Sudah menunjukkan angka enam pagi. Sara menggeliat kecil. Kaki diatur menuju ke arah pintu bilik air yang berada di dalam biliknya.

Setelah beberapa minit, Sara keluar dari bilik air. Baju yang elok tersarung dibadan dikemaskan. Matanya dikerling pada Harris yang masih lena diatas katil.

Sara melabuhkan duduk di birai katil. Comforter yang menyelubungi Harris diselak sedikit.

" Harris, bangun." Bahu suaminya ditepuk perlahan, berharap harris sedar dari lena.

" hmmm..." Harris merengek kecil. Comforter yang diselak Sara sebentar tadi, dinaik kan sebelum menutup wajahnya.

" Bangunlah, Solat subuh. lepastu kita kena pergi Sekolah." Selimut yang menutupi wajah kacak suaminya ditarik. Harris memuncung sedikit.

Kali ini, tidak tunggu lama, Harris terus bangkit. Namun masih lagi duduk di atas katil. Tangan kanannya menahan kuap yang terhasil. Terkebil-kebil matanya memandang Sara yang sedang mencapai Sejadah sebelum dihamparkan ke atas lantai.

" Aku nak solat sekali, tunggu jap. Aku pergi mandi dulu." lantas kaki diatur menuju ke dalam bilik air.

Setelah beberapa minit, Harris keluar dari bilik air. T-shirt putih yang elok tersarung di badan dibetulkan sedikit. Sebelum dia mengangkat takbir.

" Allahuakbar...."

|...|...|...|...|...|

Sara melangkah masuk ke dalam bangunan Sekolah. Berkerut dahinya memandang murid-murid yang berada di koridor Sekolah.

The Bad Boy's Wife | OGWhere stories live. Discover now