eps - 9 : Apa Jadi? {Pt.2}

Start from the beginning
                                    

"Kemungkinan, diorang ada niatan nak buat Projek ni balik" kata Alicia, sekarang ni dah diketahui yang ahli kumpulan inti diorang tu masih hidup mungkin je diorang ada niat nak teruskan Projek ni.

General terdiam, yang dikatakan Alicia tu mungkin jugak. Bila Reen, Quil dan Fael masih hidup kemungkinan kumpulan tu akan bangkit balik dan kembali melanjutkan Projek ni.

Ni adalah pertanda buruk, yang artinya diorang kena bertindak cepat sebelum bende ni berlaku.

"Baiklah, kalau macam tu saya akan berbincang pasal ni dengan ketua teras, kamu berdua boleh berehat sekarang. Bersurai" kata General lepastu dia mematikan hologramnya.

Alicia ngan Rudy mengangguk lepastu terus keluar dari briefingroom. Saat keluar Alicia melirih kearah Rudy, muka macam biasa je dingin macam es tapi dia dapat rasa yang mamat tu tengah geram sekarang ni.

Sejak tadi balik kat academy pon muka dia macam tu dahtu dia tak begitu bercakap, memanglah Rudy ni tipe pendiam tapi kali ni dia diam tak macam biasa, kenapa dengan dia ni?

"Aku nak pegi lawat Ali ngan Iman, kau?" Kata Alicia macam mengajak.

"Hmm, nanti aku pegi" balas Rudy yang entah kenapa nak ikot pegi lawat diorang.

Alicia hanya mengangguk lepastu dia terus pergi kat infirmary meninggalkan Rudy sendiri,  nampaknya lelaki tu tengah banyak fikiran.

Selepas Alicia pergi, Rudy diam di tempat dia tengah pusing sekarang ni.

Dia tengah bimbang sekarang ni. Macam mana dia boleh jagakan Iman? Dah tengok dua penjenayah tu pon terus pengsan, misi  kali ni akan betul - betul susahkan dia.

"Bila dugaan kami benar yang Reen tu merupakan ahli kumpulan guiln't maknanya Iman dalam bahaya"

Tiba - tiba dia teringat ucapan General semasa dia bagi misi khusus ni pada dia ngan Alicia.

"Jadi misi kamu adalah untuk jagakan Ejen Iman"

Entah apalah yang ada kat fikiran General tu. Bila Iman dalam bahaya tak payah ah suruh dia pegi misi. Ganti je ngan Chris atau Mika je, apa susah?

Rudy mendengus lepastu dia kembali teringat masa tu sebelum dia ngan Alicia keluar dari briefing room, General ada tatap dia dengan pandangan serius.

Mulanya dia rasa hairan sikit, buat apa General tatap dia macam nak telan? Tapi bila difikir balik agaknya General serahkan misi ni sepenuhnya pada dia bukan Alicia. Sebab dia kan satu sekolah ngan Iman, rasanya dia yang kena ambik berat fasal misi ni daripada Alicia.

"Haih menyusahkan" gumam Rudy.

Selepas banyak - banyak membebel dia pon memutuskan untuk ikut Alicia lawat rekan dia tu.

Tapi jangan nak fikir yang bukan - bukan eh! Dia nak lawat Iman sebab nak pastikan je sementara Ali, memang tak nak ah dia lawat budak tu.

Kang bila tengok wajah dia Rudy rasa nak hantam je bila - bila masa.

Lepas dah nak sampai kat bilik infirmary tiba - tiba dia tersempak dengan Ejen Geetha.

Ejen Geetha tersenyum "Kamu nak pegi lawat Iman ke Rudy?" Soal Ejen Geetha lembut.

Hairan sikit, mana tau dia nak pegi lawat Iman? But he nodded anyway.

Ejen Geetha tersenyum lagi "Dia ada kat bilik sebelah sana" kata Ejen Geetha sambil menunjuk kat satu bilik.

Rudy mengangkat keningnya, asal pulak dia kena letak dalam bilik tu?

"Kalau macam tu saya minta diri dulu ye" ucap Ejen Geetha lagi lalu dijawab dengan anggukan dari Rudy.

Little Sister {EA and BBB fanfiction}Where stories live. Discover now