BAB 05

814 6 0
                                    

DIA berdiam diri hampir setengah jam  setelah Harris Al-Kahfi meninggalkannya bersendirian. Kemudian penuh hati-hati dia turun dari katil tempatnya beristirehat. Perlahan-lahan dia menghampiri pintu. Dia mesti lari dari sini. Dia tidak tahu apa muslihat Harris dan dia rasa tidak baik.

Jangan ingat lelaki itu fikir boleh mengurungnya di sini. Dia ada banyak cara untuk lesap dari hospital ini. Setakat menguruskan jururawat dan doktor, apalah sangat? Dia boleh memboloskan diri dengan mudah.

Melebar senyumannya. Pemegang pintu dibuka dan dengan lafaz bismillah, dia membuka sedikit pintu. Setelah memastikan tidak ada petugas hospital yang memberi perhatian padanya, dia menyelinap keluar. Cepat-cepat dia menutup pintu.

Sebaik sahaja tubuhnya ditegakkan, berdiri di depannya seorang lelaki tinggi lampai. Dia merasakan Harris sudah cukup tinggi, namun lelaki yang menghalang langkahnya sekarang lebih tinggi lagi. Kulitnya sawo matanya. Tubuhnya sasa. Ada kumis melenting-lenting. Ada bekas parut di pinggir rahangnya. Berpakaian serba hitam pula.

"Puan Irina nak ke mana?"

Eh eh eh, nama Irina disebut. Maksudnya, lelaki ini juga mengenalinya?

"Encik ni siapa pula? Encik kenal saya ke?"

"Saya Zackery. Pengawal peribadi yang Encik Harris upah untuk jaga Puan Irina sepanjang Puan Irina dirawat di sini."

Mendengar nama Harris Al-Kahfi disebut sudah membuatnya hampir menjerit. Dan setelah mendengar Zackery diupah untuk menjaganya, dia gagal mengawal dirinya daripada bersuara kuat.

"Nak jaga saya sebab apa? Saya bukan budak kecil lagi. Saya tahu jaga diri saya sendiri. Awak boleh balik. Tak perlu tunggu sini lagi. Kalau Encik Harris tanya, awak beritahu dia saya yang arahkan awak balik."

"Encik Harris minta saya perhatikan kalau-kalau Puan Irina cuba larikan diri lagi. Saya ditugaskan untuk halang niat Puan Irina."

Tiba-tiba kepalanya terasa sangat berserabut. Hidupnya pun terasa berserabut. Cepat saja dia mengayun langkah besar-besar meninggalkan Zackery di belakangnya.

"Puan Irina nak ke mana?"

Sekarang kepalanya mulai sakit setelah Zackery berada di sebelahnya. Seluruh tubuhnya pun ikut terasa sakit.

"Saya nak lari dari sini. Semua orang dah salah faham. Semua orang fikir saya ni Irina."

"Kalau macam tu dipersilakan Puan Irina masuk semula ke dalam bilik rawatan tu. Puan Irina berehat. Kalau Puan Irina berdegil, saya bimbang dalam proses saya nak halang Puan Irina daripada melarikan diri, saya tak sengaja terpatahkan tulang Puan Irina."

Zackery pasti bergurau. Dia yakin Zackery bergurau. Dia yakin lelaki itu sengaja mahu menakut-nakutkannya. Takkanlah Zackery berani mencederakan dia pula?

"Encik Harris dah beri arahan. Saya boleh buat apa saja asalkan Puan Irina tak berjaya melarikan diri. Ini termasuklah memberi kecederaan ringan pada Puan Irina."

Tanpa jiwa Zackery menyebut ayat-ayat tersebut. Dan biarpun dia tahu Zackery sekadar mengugutnya, dia sudah pun berpatah balik lalu menyelinap masuk ke dalam bilik rawatannya semula. Dia rasa tidak selamat berdepan dengan Zackery.

Sepuluh jarinya dikepal sebaik sahaja pintu tertutup rapat. Harris Al-Kahfi tak guna! Damn you, Harris!

 Harris Al-Kahfi tak guna! Damn you, Harris!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
SCANDALOUS | Best SellerWhere stories live. Discover now