Hilang Ingatan

844 4 1
                                    

"Saya nak pergi dari sini. Semua orang panggil saya Irina. Tapi saya bukan Irina. Demi Allah, saya ni bukan Irina."

Cara Harris memandangnya sekarang seperti kepalanya telah ditumbuhi tanduk. Setengah tidak percaya sorotan mata lelaki itu. Mengecil sepasang mata berjiwa tersebut ketika meniliknya dalam-dalam. Dia hampir lemas dalam renungan lelaki tersebut. Bahaya! Bahaya!

"Oh, awak bukan Irina... then tell me. Who are you?" Pertanyaan Harris membuat dia hilang kata mahu merangka jawapan. Kalau dia tahu siapa dirinya, dia takkan berada dalam situasi yang teruk seperti sekarang.

  Kalau  dia  tahu  siapa  dirinya, dia  takkan  berada  dalam  situasi  yang  teruk  seperti sekarang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Bukan urusan Encik Harris nak tahu siapa saya. Sekarang ni, Encik Harris sepatutnya buat laporan polis tentang kehilangan isteri encik tu. Saya ni bukan Irina," balasnya lantas merentap lengannya. Sayang sekali, pegangan tangan Harris terlalu kemas. Biarpun berkali-kali dia merentap dan meronta, lengannya tetap juga berada dalam pegangan kemas lelaki itu.

"Awak Irina. Isteri saya."

Aduh, payahlah kalau begini. Dia nak jelaskan bagaimana lagi baru Harris nak faham?

"Disebabkan awak isteri saya, semua berkaitan tentang awak dah jadi urusan saya. Semuanya, Irina Nasruddin." Seperti ada racun pada suara Harris. Seperti ada amaran keras yang dilontarkan padanya. Meremang bulu romanya saat Harris menarik tubuhnya lebih rapat. Berderau darahnya saat tubuh mereka bertembung. Spontan sorotan matanya singgah pada bibir lelaki itu. Sial! Sempat lagi dia memuji bibir Harris. Bibir sensual Harris Al-Kahfi.

"Saya...saya bukan isteri Encik Harris. Encik Harris ni dah salah orang. Percayalah cakap saya ni. Saya tak bohong." Sekali lagi dia meronta-ronta minta dilepaskan. Puas dia bergelut, puas dia merayu-rayu, hasilnya belum ada.

Setelah gagal, dia nekad menggigit pergelangan tangan Harris sekuat-kuat hatinya. Dan sebaik sahaja pegangan tangan lelaki itu longgar, bergegas dia melepaskan diri. Dia tidak menunggu lama untuk angkat kaki dari bilik rawatan tersebut.

Kalau dia ditangkap, dia tak tahu apa akan jadi dengan dirinya. Yang pasti dia akan dipaksa untuk menjadi Irina. Susup-sasap dia melarikan diri. Dari arah belakangnya, dia mendengar kekecohan dan bunyi tapak kaki mengejarnya.

"Tangkap dia!" Dia mendengar suara Harris Al-Kahfi. Apa lelaki itu fikir, dia akan mengalah dengan mudah?

Nota Bonda PK :
R M 4 3 (SM) / R M 4 8 (SS)
*** Termasuk postage

Tiada di kedai buku. Jualan secara online sahaja. WhatsApp kami untuk menempah.
🛒 + 6 0 1 0 4 4 9 7 8 3 5

SELAGI STOK MASIH ADA‼️

SCANDALOUS | Best SellerWhere stories live. Discover now