Tersungkur Dan Kalah

1.7K 19 0
                                    

"I don't care what games you play, Irina. Tapi awak tak perlu pakai topeng baik di depan saya!"

Bergegar bahunya mendengar suara kuat tersebut. Serta-merta langkah kakinya menghampiri arah datangnya suara tersebut. Suara itu datang dari sebuah bilik.

Dia menolak sedikit pintu bilik tersebut. Di depan matanya, dia melihat seorang perempuan dan seorang lelaki. Yang perempuan membelakanginya. Yang lelaki pula mendepaninya. Demi Allah, dia sempat terkesima melihat figura lelaki itu. Segak orangnya. Tinggi lampai orangnya.

Dia paling menyenangi mata dan kening lelaki itu. Sorotan mata lelaki itu berjiwa. Keningnya pula lebat dan elok terbentuk. Pokok pangkalnya, lelaki di depannya ini cukup sempurna di matanya.

"Tahu kenapa, Irina? Sebab saya tahu semua kejahatan awak. Saya tahu hati awak membusuk!"

Hilang semua pesona lelaki itu di matanya. Diganti dengan perasaan tidak puas hati. Dia salah kerana memuji lelaki itu tadi.

"Awak perempuan paling teruk pernah saya jumpa. Awak licik. Awak penuh dengan tipu daya. Awak gunakan helah untuk perangkap saya."

Seperti ada racun yang masuk ke dalam tubuhnya mendengar kata-kata lelaki tersebut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Seperti ada racun yang masuk ke dalam tubuhnya mendengar kata-kata lelaki tersebut. Walaupun dia cuma mencuri dengar perbualan lelaki tersebut dengan perempuan yang dipanggil Irina itu, demi Allah dia yang tidak selesa. Dan ketika lelaki itu mendekati Irina, dia yang tidak keruan. Dia seperti mahu lari jauh.

"You made the decision yourself and forced me to accept it!" Semakin sinis suara lelaki tersebut. Dia rasa sangat kasihan dengan perempuan yang bernama Irina itu. Kalau dia berada di tempat Irina, pasti dia cilikan mulut lelaki tersebut dengan cili padi terpedas di dalam dunia. Biar senyap sejenak mulut berpuaka lelaki tersebut.

"Awak bermain dengan api, Irina."

Walaupun Irina yang menerima lirikan tajam lelaki tersebut, dia pula yang terasa dibunuh oleh lirikan tersebut. Apatah lagi setelah lelaki itu mendekati Irina dan membuang segala jarak yang menjadi pemisah.

"Saya takut awak tak boleh nak padam nanti."

Sekarang lelaki itu memaut pinggang Irina. Erat dan seperti tidak mahu dilepaskan. Dia rasa, ini waktu yang tepat untuk Irina memberontak. Ini waktunya Irina melayangkan penumbuknya tepat ke muka lelaki kurang ajar tersebut.

"Kalau awak terbakar, I won't help you. Saya akan berdiri di tepi dan jadi penonton. Saya akan bersorak bila awak tersungkur dan kalah."

Nota Bonda PK :
R M 4 3 (SM) / R M 4 8 (SS)
*** Termasuk postage

Tiada di kedai buku. Jualan secara online sahaja. WhatsApp kami untuk menempah.
🛒 + 6 0 1 0 4 4 9 7 8 3 5

SELAGI STOK MASIH ADA‼️



SCANDALOUS | Best SellerWhere stories live. Discover now