Hilang Memori

943 12 0
                                    

"Saya dah baca semua tentang Irina di internet." Dia memulakan bicara. Penuh hati-hati. Kalau tersalah kata lain pula jadinya nanti. Maklum sajalah, di mata semua orang dia adalah watak si antagonis yang tak sedar diri. Tak sedar dek untung. Tahu mengambil kesempatan sahaja.

"Saya pun kerap bermimpi fasal Irina." Dia menyambung lagi bicaranya. Walaupun Harris Al-Kahfi sekadar diam, dia tahu lelaki itu memberi perhatian pada setiap bait katanya.

"Sekarang saya yakin saya ni memang Irina. Saya faham saya jahat tak boleh nak bincang sebelum ni. Saya tahu Encik Harris mesti menyesal sangat saya yang jadi isteri Encik Harris dan bukan Cik Farrah." Kali ini dia mengangkat muka. Pandangannya bertaut dengan sorotan tajam sepasang mata berwarna coklat jernih milik Harris Al-Kahfi. Menggebu-gebu perasaan bersalah di dalam dirinya.

Kenapalah dia tak pernah menghargai Harris Al-Kahfi? Kenapalah dia ada berderet-deret skandal? Dia gila ke apa tak pandai bersyukur ada suami seperti Harris Al-Kahfi?

"Saya dah buat keputusan, Encik Harris. Saya nak bercerai. Lepas ni nanti Encik Harris boleh berkahwin dengan Cik Farah." Tenang suaranya. Biarpun hatinya tidak tenang langsung. Bukan main tidak menentu lagi detakan jantungnya. Apatah lagi setelah Harris Al-Kahfi mengatur langkah mendekatinya. Setiap langkah lelaki itu seperti peluru yang dilepaskan ke arahnya.

 Setiap langkah lelaki itu seperti peluru yang dilepaskan ke arahnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Awak nak bercerai dengan saya? Aren't you happy making fun of me?

Tidak terjawab dia dibuatnya. Mengering tekaknya. Niatnya baik mahu menyatukan Harris Al-Kahfi dengan cinta hatinya. Kenapa dia dimarah pula ni?

"No. Saya belum nak bercerai dengan awak. Saya takkan lafaz kata cerai tu. Tidak selagi awak belum beri penjelasan kenapa awak kata saya dan keluarga saya dalam bahaya. Sebelum kemalangan tu, awak berkali-kali beri amaran pada saya."

Terbuka luas matanya.

"Betul ke? Saya cakap macam tu?"

Menyinga muka tampan Harris Al-Kahfi. Kulitnya yang sedia cerah itu kemerah-merahan. Hairan juga dia. Dia ada salah tanya soalan lagi ke?

"Saya tahu awak berpura-pura hilang memori. Saya tahu awak sengaja. Awak ada muslihat. Cakap terus-terang dengan saya sekarang apa yang awak cuba capai sebenarnya?"

Kenapa dia rasa Harris Al-Kahfi yang sedang marah sekarang sangat menarik hatinya? Kenapa dia rasa muka merah padam Harris Al-Kahfi begitu comel pada pandangan matanya? Aduh, apa sudah jadi dengan hatinya? Apa sudah jadi dengan matanya?

Nota Bonda PK :
R M 4 3 (SM) / R M 4 8 (SS)
*** Termasuk postage

Tiada di kedai buku. Jualan secara online sahaja. WhatsApp kami untuk menempah.
🛒 + 6 0 1 0  4 4 9  7 8 3 5

SELAGI STOK MASIH ADA‼️


SCANDALOUS | Best SellerWhere stories live. Discover now