BAB 02

1.1K 12 0
                                    

DIA berada di mana? Kenapa dia tidak melihat satu nyawa pun? Dan kenapa dia berada di ruangan yang dipenuhi banyak bilik. Tidak terhitung banyaknya. Sehingga dia sendiri pening melihat bilik itu semua.

"I don't care what games you play, Irina. Tapi awak tak perlu pakai topeng baik di depan saya!"

Bergegar bahunya mendengar suara kuat tersebut. Serta-merta langkah kakinya menghampiri arah datangnya suara tersebut. Suara itu datang dari bilik yang berjarak dua meter daripadanya.

Dia menolak sedikit pintu bilik tersebut. Di depan matanya, dia melihat seorang perempuan dan seorang lelaki. Yang perempuan membelakanginya. Yang lelaki pula mendepaninya.

Ya ampun, matanya sedang dirahmati! Matanya sedang disajikan dengan pemandangan yang begitu elok kejadiannya. Segak lelaki tersebut. Bergaya. Tinggi. Berjambang halus.

Dia paling menyenangi mata dan kening lelaki tersebut. Keningnya sempurna! Sepasang matanya berjiwa! Perhatikanlah, renungan mata lelaki itu melemahkan sukma. Menggegarkan jiwa. Pokok pangkalnya, lelaki di depannya ini benar-benar stok cuci mata.

"Awak dah boleh buang topeng tu semua. Buang terus. Tahu kenapa?" Bergema lagi suara lelaki itu.

Liurnya diteguk. Pahit. Berpasir. Tidak tahu kenapa boleh timbul perasaan tidak sedap. Debaran hatinya pun sudah tidak keruan menunggu ayat yang akan lahir dari bibir lelaki tersebut. Padahal dia bukan Irina.

"Sebab saya tahu semua kejahatan awak. Saya tahu hati awak membusuk!"

Melopong mulutnya. Hilang semua pesona lelaki itu di matanya. Diganti dengan perasaan tidak puas hati. Dia salah kerana memuji lelaki itu tadi.

"Awak perempuan paling teruk pernah saya jumpa. Awak licik. Awak penuh dengan tipu daya. Awak gunakan helah untuk perangkap saya!"

Seperti ada racun yang masuk ke dalam tubuhnya mendengar kata-kata lelaki tersebut. Walaupun dia cuma mencuri dengar perbualan lelaki tersebut dengan perempuan yang dipanggil Irina itu, demi Allah dia yang tidak selesa. Dan ketika lelaki itu mendekati Irina, dia yang tidak keruan. Dia seperti mahu lari jauh.

"You made the decision yourself and forced me to accept it!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"You made the decision yourself and forced me to accept it!"

Semakin sinis suara lelaki tersebut. Dia rasa sangat kasihan dengan perempuan yang bernama Irina itu. Kalau dia berada di tempat Irina, pasti dia cilikan mulut lelaki tersebut dengan cili padi terpedas di dalam dunia. Biar senyap terus mulut puaka lelaki tersebut.

"Awak bermain dengan api. Awak bermain dengan racun. Awak tak tahu akibatnya sangat buruk."

Walaupun Irina yang menerima lirikan tajam lelaki tersebut, dia pula yang terasa dibunuh oleh lirikan tersebut. Apatah lagi setelah lelaki itu semakin mendekati Irina dan membuang segala jarak yang menjadi pemisah.

"Awak tak kenal sepenuhnya siapa Harris Al-Kahfi, Irina. Awak tak kenal saya siapa."

Dia sedang dibunuh berkali-kali oleh suara garau lelaki tersebut!

SCANDALOUS | Best SellerWhere stories live. Discover now