That 'creature'

1.5K 21 2
                                    

Pintu dibuka dengan kasar. Muncul seorang wanita separuh abad. Di sisi wanita separuh abad itu, berdiri seorang wanita yang jauh lebih muda. Mungkin sebaya Irina. Mungkin juga lebih muda.

"Dah bangun pun perempuan sundal ni!"

Berubah terus air mukanya. Dia tidak mengenali tamunya. Dan sewenangnya sahaja tamu yang lebih berusia itu menuduhnya perempuan sundal. Apa dia tidak salah dengar?

"Mak lang, tak elok cakap macam tu."

"Kau diam, Syahira. Kau jangan nak menangkan perempuan sundal ni. Aku memang nak ajar dia cukup-cukup hari ni. Kenapalah bukan dia yang mati masa kemalangan tu? Kalau dia yang mati, Harris dah boleh bebas. Harris dah boleh dapat kehidupan dia semula."

Sekarang dia sudah dapat menangkap siapa tetamu yang datang mengunjunginya. Yang berusia itu mama Harris, merangkap ibu mentuanya. Dan yang muda itu, pasti sepupu Harris.

"Kau ni memang memalukan! Tak sedar diuntung!"

Wanita separuh abad itu meluru ke arahnya lalu tanpa ampun lagi, dahinya ditunjal

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Wanita separuh abad itu meluru ke arahnya lalu tanpa ampun lagi, dahinya ditunjal. Cukup kuat. Cukup bertenaga. Sehingga dia terdorong ke belakang.

"Mak lang, jangan buat kecoh macam ni."

"Habis tu mak lang nak buat apa dengan dia? Diam saja? Buat tak tahu bila dia asyik berkepit dengan lelaki lain?"

Nampak serba-salah wanita yang dipanggil Syahira tersebut.

"This is a disaster! Kita ni golongan ternama. Golongan yang dipandang tinggi. But that... that 'creature' constantly embarrassed this family!" Jari telunjuk ibu mentuanya tepat terarah padanya. Ya ampun, dia tak tahulah apa yang telah Irina lakukan sehingga begitu dibenci oleh ibu mentua sendiri.

Nota Bonda PK :
R M 4 3 (SM) / R M 4 8 (SS)
*** Termasuk postage

Tiada di kedai buku. Jualan secara online sahaja. WhatsApp kami untuk menempah.
🛒 + 6 0 1 0  4 4 9  7 8 3 5

SELAGI STOK MASIH ADA‼️

SCANDALOUS | Best SellerWhere stories live. Discover now