Harris Al-Kahfi

1K 8 0
                                    

"Awak nak ke mana?"

Suara pemilik sepasang mata coklat jernih itu maskulin. Terlalu maskulin. Terlalu sama dengan suara Harris yang wujud di dalam mimpinya. Dia tidak perlu berteka-teki lagi. Lelaki yang menjadi tembok di depannya sekarang memang Harris Al-Kahfi. Harris Al-Kahfiyang disebut-sebut sebagai suaminya. Harris Al-Kahfi yang sama ini juga yang muncul di dalam mimpinya.

Masalahnya sekarang, dia tidak ada ingatan langsung pernah menjadi isteri lelaki itu. Jadi, bagaimana dia mahu beraksi sebagai isteri mithali?

Dia tidak menjawab pertanyaan Harris Al-Kahfi, sebaliknya memilih melangkah ke tepi. Dia perlu keluar dari bilik rawatan ini. Dia mesti pergi jauh, sehingga dia dapat mengingati semula apa sebenarnya yang telah terjadi.

"Awak nak ke mana?" Sekali lagi suara Harris Al-Kahfi bergema. Berhasil memecah belahkan keyakinan dirinya. Malah, lengannya telah disambar. Sekali tarik, dia telah berada semula di depan lelaki itu. Terasa melayang-layang tubuhnya. Tenaga lelaki Harris Al-Kahfi terlalu kuat untuk ditidakkan.

"Saya nak pergi dari sini. Semua orang panggil saya Irina. Tapi saya bukan Irina. Demi Allah, saya ni bukan Irina."

Cara Harris Al-Kahfi memandangnya sekarang seperti kepalanya telah ditumbuhi tanduk. Setengah tidak percaya sorotan mata lelaki. Itu. Mengecil sepasang mata berjiwa tersebut ketika meniliknya dalam-dalam. Dia hampir lemas dalam renungan lelaki tersebut. Bahaya! Bahaya!

"Oh, awak bukan Irina

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Oh, awak bukan Irina... then who are you?"

Pertanyaan Harris Al-Kahfi membuat dia terkulat-kulat mahu merangka jawapan. Kalau dia tahu siapa dirinya, dia takkan berada dalam situasi yang teruk seperti sekarang.

"Bukan urusan Encik Harris nak tahu siapa saya. Sekarang ni, Encik Harris sepatutnya buat laporan polis tentang kehilangan isteri encik tu. Saya ni bukan Irina," balasnya lantas merentap lengannya. Sayang sekali, pegangan tangan Harris Al-Kahfi terlalu kemas. Biarpun berkali-kali dia merentap dan meronta, lengannya tetap juga berada dalam pegangan kemas lelaki itu.

"Awak Irina. Isteri saya."

Aduh, payahlah kalau begini. Dia nak jelaskan bagaimana lagi baru Harris Al-Kahfi nak faham?

"Disebabkan awak isteri saya, semua berkaitan tentang awak dah jadi urusan saya. Semuanya, Irina Nasrudin." Seperti ada racun pada suara Harris Al-Kahfi. Seperti ada amaran keras yang dilontarkan padanya.

Meremang bulu romanya saat Harris Al-Kahfi menarik tubuhnya lebih rapat. Spontan matanya singgah memandang bibir lelaki itu.

Sial! Sempat lagi dia memuji bibir Harris. Bibir sensual Harris Al-Kahfi.

Nota Bonda PK :
R M 4 3 (SM) / R M 4 8 (SS)
*** Termasuk postage

Tiada di kedai buku. Jualan secara online sahaja. WhatsApp kami untuk menempah.
🛒 + 6 0 1 0 4 4 9 7 8 3 5

SELAGI STOK MASIH ADA‼️


SCANDALOUS | Best SellerWhere stories live. Discover now