BAB 9

15 2 3
                                    

Anak mata berwarna biru dan hazel itu fokus menikam target berjarak 15 meter. Glock 19X berpeluru penuh digenggam kemas, bersedia untuk melepaskan tembakan. Tanpa teragak-agak, jari telunjuknya memberi tekanan pada trigger dan 3 butir peluru dilepaskan. Tepat mengenai sasaran. 

Bulls eye!

"Perfect shoots as always" suara garau yang tiba-tiba menjengah telinganya itu dibiar sepi. Sudah tahu pemilik suara itu.

"Harini tak buka kedai ke?" suara itu menyambung lagi bicara. Kerusi di tepi bilik itu diduduki lalu menghulurkan sebotol air mineral kepada si penembak. 

"Thank you" botol bertutup hijau itu diambil selepas meletakkan glock 19X itu di atas meja kayu bersebelahannya.

"Harini kan ahad, bagilah aku rehat tarik nafas sikit. Tak lingkup pun kedai bunga tu kalau aku tutup sehari" petah sahaja mulutnya menjawab soalan yang telah diajukan buat kali kedua kepada dirinya. Cuma bezanya, disoal oleh orang yang berlainan. Apa pelik sangat ke dia tutup kedai harini?

"Kalau kau tutup sebulan pun belum tentu duit dalam akaun tu berkurang" Qarl berkata selamba. 

"Whatever! You can talk to my hand" anak matanya dijulingkan ke atas tanda malas mahu bergaduh mulut dengan Qarl. Niatnya ke sini mahu menembak target, tak pasal-pasal nanti targetnya berubah kepada kepala manusia. Haa, lagi dia suka!

Kemahiran menembaknya tidak diketahui oleh Encik Khalid dan Puan Ainul. Pasangan suami isteri itu hanya melihat Dahlia sebagai seorang anak yang manja dan lembut. Namun personalitinya yang satu lagi disimpan rapi tanpa pengetahuan mereka. 

Kehidupannya di Australia bersama Sir Heizz telah banyak mengubah Dahlia menjadi seorang gadis yang lebih kuat. Seorang gadis yang lebih berkemahiran dalam mempertahankan diri dan menggunakan senjata. Oleh sebab Sir Heizz tidak sanggup melihat pisang berbuah dua kali, Dahlia sebagai pewaris tunggalnya perlu mempersiapkan diri dengan segala kemungkinan.

Watak periang dan ceria dalam diri Dahlia sekadar mahu menutup luka lama. Apabila Encik Khalid dan Puan Ainul melihatnya sudah pulih daripada trauma, mereka gembira. Terlakar sinar kebahagiaan terbit di wajah mereka. Dan kerana itu juga, Dahlia tidak sanggup untuk melunturkan kebahagiaan orang tuanya. Kuat pada fizikal, tetapi tidak pada mental. Zahirnya dilihatnya bahagia, namun batinnya meronta hiba.

Dahlia seorang yang tegas dan serius ketika bekerja. Sepertinya Puan Helene, Dahlia adalah orang kedua terkuat di syarikat milik Sir Heizz. Selepas sahaja tamat belajar, Dahlia terus diajar tentang selok-belok syarikat. Persediaan sebagai pewaris tunggal De H's. Sehingga kini, bahunya masih memikul tanggungjawab yang besar di dalam De H's. 

Kedai bunganya? 

Hanya sekadar hobi dan keinginan mahu melaksanakan hajat terakhir ibunya.

"Kenapa tak pakai contact lens harini?" mata biru dan hazel gadis itu ditenung. Unik dan cantik. Namun warna iris itu tidak boleh didedahkan sembarangan di khalayak umum. Terlalu berbahaya untuk keselamatan Dahlia. 

"Aku sempat grab shades je tadi sebelum datang sini. Lagipun sekejap je, lepasni nak terus balik" kerusi kosong di sebelah Qarl diambil. Malas mahu meneruskan aktivitinya yang tergendala sebentar tadi. 

"Mind sharing your plan for today?" Alis Dahlia terangkat sedikit mendengar soalan Qarl. Hujung bibirnya ternaik sedikit membentuk senyuman sinis. Lelaki ini selalu dapat menangkap apa yang berlegar difikirannya.

"Let's get into the family"

*****


IMPERFECTTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon