BAB 10

13 2 1
                                    

Seminggu telah berlalu sejak Dahlia berkunjung ke rumah Aries. Dan dalam masa 7 hari itu juga Aries tidak bertemu dengan Dahlia. Bayang pun tak ada. Selalunya, rajin sahaja gadis itu memunculkan diri di hospital. Eh, takkan dah rindu?

Hari ini Aries bekerja di syif malam, masuk jam 2200 dan berakhir pada jam 0600. Syif malamnya tidak terlalu kerap, hanya seminggu sekali. Kebiasaannya, Aries hanya duduk di dalam bilik kerjanya menunggu jikalau ada kecemasan di malam hari. Yerlah, takkan nak merayau-rayau dalam bangunan hospital itu pula? Mahu terserempak dengan makcik karipap, tak ke naya.

Namun syif malamnya harini tidak sunyi memandangkan Ikram juga bertugas di syif malam. Bila dah ada geng, memang taklah nak melekat dalam bilik semata. Ringan sahaja kaki nak turun kafe. Boleh hilangkan mengantuk sambil berborak dengan Ikram.

Kafe hospital itu lengang daripada pengunjung memandangkan jam telah menunjukkan pukul 12.30 malam. Masa melawat sudah lama tamat menyebabkan tidak ramai manusia yang berkeliaran di kaki lima hospital. Hanya terlihat seorang dua yang berjalan melintasinya. Mungkin penjaga kepada pesakit yang bermalam di hospital. 

Deringan bingit telefon bimbit yang memecahkan suasana sunyi membuatkan Aries terkejut sendiri. Haish, nasib baik tak ada sakit jantung!

"Naik kebas dah punggung aku duduk dekat kafe ni sorang-sorang. Kau dah dekat mana?" tanpa salam mahupun pembuka kata, terus sahaja Aries menyembur kawan baiknya itu. Janji nak turun pukul 12.15, tapi sampai sekarang batang hidungnya masih ghaib. 

"Eleh, cakap je lah yang kau takut duduk seorang diri dekat situ. Acah dah kebas punggung bagai. Bukan lama sangat pun aku sidai kau dekat situ" balas Ikram di hujung talian. Apalah nasibnya dapat kawan yang asyik merungut. Baru 15 minit lambat dah bising. Ni mesti tak ada pengalaman kena sidai dengan girlfriend.

"Sejak bila pula aku duduk sorang-sorang dekat sini. Ada je homo sapiens lain yang lepak dekat kafe ni. Kalau aku seorang diri sekalipun, kenapa aku nak takut pula? Aku bukannya budak darjah 3" ucap Aries tidak puas hati. Dah lah sidai aku dekat sini, lepastu kutuk aku penakut pula tu. Panas!

Okay sejujurnya memang hanya Aries sahaja manusia yang wujud di kafe hospital itu. Tidak ada orang lain. Hanya dia seorang diri bertemankan kerusi meja yang kosong. Walaupun kafe itu terang-benderang dengan simbahan lampu pendaflour, tetap membuatkan hati Aries rasa sedikit tidak senang. Kau expect apa? Duduk seorang diri di tengah malam yang sunyi. Lelaki tak lelaki, kalau jumpa jembalang lari tak cukup tanah juga!

"Yerlah yerlah. Aku datang ni. Tadi ada emergency patient sawan. Tu yang aku pergi tengok sekejap" terang Ikram tanpa berdalih. Kakinya mula melangkah ke arah lift untuk turun ke bawah selepas talian diputuskan.


"Kau tak nak cuba berkawan dengan Dahlia ke? Aku tengok dia sungguh-sungguh nak berkawan dengan kau" kopi hangat di cawan kertas itu dihirup perlahan. Ikram masih menunggu response Aries berkenaan soalannya itu. 

Aries sudah mengetahui bahawa Ikram dan Dahlia sudah mengenali antara satu sama lain. Malah status Dahlia sebagai anak kepada pengarah hospital juga sudah tersebar luas di kalangan kakitangan hospital. Mana tidaknya, wajah jelita gadis itu hampir setiap hari berkunjung ke bangunan ini tetapi tidak datang sebagai pelawat, jauh sekali sebagai pesakit. Datang semata-mata mahu berjumpa Aries ataupun Encik Khalid. Tetapi berjumpa Aries adalah yang alasan paling dominan.

"Aku cuma pelik. Dalam berjuta-juta manusia atas muka bumi ni, kenapa dia nak berkawan dengan aku? Kau tak ada rasa apa-apa ke? Anak pengarah hospital yang aku tak kenal tiba-tiba nak berkawan dengan aku. Just, kenapa? Aku tak faham" Aries meluahkan kemusykilan yang telah lama dipendam sendiri. Kadang-kadang itu ada juga dia terfikir, tetapi masih tak peroleh jawapan. 

IMPERFECTUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum