BAB 16

8 1 0
                                    

Mulutnya terkunci. Apa yang dikatakan Dahlia sebentar tadi membuatkan Aries terkedu. 

Dahlia bukan anak kandung Tuan Khalid?

"Uncle dah anggap Dahlia ni macam anak kandung. Lagipun, daddy Dahlia dengan uncle memang adik-beradik. Jadi tak ada masalah dalam isu bukan mahram" jelas Tuan Khalid kepada Aries. Riak terkejutnya sebentar tadi diganti dengan anggukan tanda dirinya mula memahami situasi keluarga tersebut. Sedikit.

Malam itu, Dahlia menjemput Aries datang ke rumahnya untuk bertemu dengan Tuan Khalid. Katanya, Tuan Khalid ingin melihat siapa bakal menantunya sekaligus ingin menemu ramah sama ada lelaki yang dibawa Dahlia itu layak atau tidak untuk memegang status suami kepada dirinya.

Tuan Khalid langsung tidak menyangka bakal menantunya adalah Aries Firash. Doktor yang berkerja di hospitalnya. Pernah terlihat beberapa kali Dahlia bersama Aries di hospital namun pandangannya, mereka hanya berkawan seperti apa yang pernah dikatakan Dahlia dulu. 

Siapa sangka Dahlia tidak bergurau ketika mengatakan ingin mencari suami berpangkat doktor. 

Tetapi benarkah mereka bercinta? Seluruh kakitangan hospital mengetahui betapa bekunya Doktor Aries terhadap perempuan. Jadi bagaimana Dahlia mendekati Aries sedangkan anaknya itu baru sahaja pulang ke Malaysia? 

"Mommy I meninggal masa I umur 5 tahun. After that, papa terus ambil I sebagai anak angkat, jaga I macam anak kandung. Sampailah I besar" Dahlia yang berada di kerusi sebelah Aries menyambung cerita. Dahlia tidak mahu bercerita lebih lanjut. Cukup sekadar itu Aries perlu tahu. Buat masa ini.

Meja makan itu bertukar sunyi. Hanya bunyi sudu dan garfu yang berlaga dengan pinggan. Mata hazel Dahlia mencuri pandang sesaat wajah disebelah. 

Aries kelihatan seperti sedang menghadam segala maklumat baru yang diperolehinya namun wajah itu masih kelihatan ada tanda tanya. Sebelum mulut itu mengajukan soalan yang tidak diingini, dengan pantas Dahlia bertindak.

 Kedua anak matanya diarahkan terus kepada Puan Ainul untuk memberi isyarat supaya mamanya dapat menukar topik yang sedang dibahaskan. Dia tidak mahu Aries bertanya lebih banyak tentang dirinya. Suatu masa, dia sendiri akan membuka cerita. Yang pasti, bukan sekarang. 

"Dah ada perancangan ke untuk tarikh nikah?" Puan Ainul memecahkan kesunyian yang melanda sekali gus menukar topik perbualan tentang sejarah hidup Dahlia. She understood the assignment.

"Erm sebenarnya-"

"Hujung bulan ni" Dahlia memotong kata-kata Aries. 

Tuan Khalid dan Puan Ainul yang mendengarnya terlopong. Memang sebelum ini anak gadis mereka itu mengatakan bahawa dia ingin menamatkan zaman single. Tetapi tidak sangka secepat ini.

Aries yang berada disebelah juga sudah memandangnya dengan riak tidak percaya memandangkan Dahlia hanya membuat keputusan seorang diri. Okay, bukan seorang diri. Semestinya Qarl juga terlibat sama.

Apa? Cepat sangat ke?

Bukankah benda yang baik elok dipercepatkan. Tak gitu?

"Sempat ke nak buat persiapan dalam masa sebulan ni?" Puan Ainul bertanya untuk kepastian. Tiga pasang mata itu masih fokus pada Dahlia.

"Insha-Allah sempat ma" Dahlia tidak mahu mengulas panjang. Dia sentiasa mempunyai perancangannya sendiri. Dan semua rancangannya telah diatur dengan teliti. 

Selepas selesai makan malam, Dahlia dan Aries duduk sebentar di gazebo halaman rumah. Masing-masing memilih untuk tidak berkata-kata dan hanya diam memerhati kolam ikan dihadapan mereka. Mungkin sedang memikirkan tajuk yang sesuai untuk dibawa bual.

IMPERFECTWhere stories live. Discover now