BAB 8

13 3 3
                                    

Flashback

BANG!

Anak patung kain yang pegun di dalam pelukan erat langsung jatuh menyembah bumi tatkala  mendengar bunyi seakan letupan kuat. Bunyi apa tu?

Badannya menggigil sambil menyeru ibunya datang. Dia takut. Beberapa ketika apabila panggilannya tidak disahut, perlahan-lahan kaki kecilnya bangkit berdiri mendekati muka pintu. Sejak pagi tadi, ibunya, Puan Helene mengarahnya untuk bermain di dalam bilik. Katanya ada orang yang hendak datang ke rumah.

Mana tetamunya? Kenapa rumah banglo 2 tingkat itu sunyi seakan tiada penghuni? Dan dari mana bunyi letupan itu muncul? 

"Mommy.." semakin berkaca bebola matanya apabila orang yang dicari tidak ditemui. Pandangan semakin meliar ke sekeliling sebelum iris berwarna matanya menangkap daun pintu bilik kerja Puan Helene sedikit terbuka. Laju kaki pendek itu melangkah ke arahnya.

Kepala dimasukkan sedikit ke celah pintu untuk mendapatkan imej keadaan bilik tersebut. Takut jika ibunya masih dikunjungi tetamu. Walaupun masih berumur 5 tahun, anak itu sudah diajar untuk menghormati tetamu dan berkelakuan baik di hadapan orang. 

Pemandangan semakin diluaskan ke seluruh ruang sebelum menangkap aliran cecair merah pekat di atas lantai. Mengalir perlahan sehingga menyentuh hujung jari kakinya. Cepat-cepat dia menarik kakinya menjauhi cairan tersebut lalu menerjah masuk ke dalam bilik kerja ibunya.

"Dee.." lemah suara itu memanggil namanya.

"Mommy! " sekujur tubuh berlumuran darah itu didakap erat oleh tangan halus Dahlia. Air matanya sudah deras membanjiri kedua belah pipi. Tidak sanggup melihat keadaan ibunya yang menyayat hati. Walaupun Dahlia masih dikategorikan sebagai anak kecil, tetapi dia tahu ibunya sedang bertarung nyawa saat itu.

"Mommy! Jangan tinggal Dee.." sambil teresak-esak Dahlia mengungkapkan kata. Takut akan perkara yang berkemungkinan akan berlaku. Takut jika itu adalah kali terakhir dia bersama ibunya.

"Don't cry sayang.. I'm okay.."

"Uhuks!" meluap-luap darah tersembur dari mulut Puan Helene sehingga terpalit juga pada wajah anaknya. Semakin galak anak kecil itu menangis melihat keadaan ibunya yang nazak.

"How mommy.." hujung lengan baju digunakan untuk mengelap percikan darah ibunya dimuka. 

"Are you... with this? " tangan kecil itu diangkat ke paras muka untuk menunjukkan sesuatu yang dipegangnya. Pistol. Ya, pistol itu berada tidak jauh dari kedudukan Puan Helene. Sempat dia mencapai untuk menunjukkan kepada ibunya. 

Mata yang hampir terkatup itu sempat melihat anak gadisnya memegang sepucuk pistol. Pistol sama yang digunakan untuk melepaskan tembakan ke arah dadanya. Bagaimana pistol itu boleh berada di tangan Dahlia?

"Dee, don't..." tidak mampu lagi untuk bersuara. Tenaganya sudah habis. Sebelum anaknya masuk, sempat dia membuat satu panggilan ringkas. Nama Hazriel yang tertera di call logs langsung ditekan tanpa ragu. Kudratnya tidak mampu untuk mencari nama suaminya untuk meminta bantuan. Dan dia memang memerlukan khidmat Hazriel pada waktu ini. Mungkin khidmat yang terakhir.

Sakit yang ditanggung semakin perit. Darah keluar tidak berhenti membentuk kolam merah di sisi. Mata semakin memberat. Sempat menatap sekilas wajah puterinya sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Dahlia yang menyaksikan ibunya pergi dihadapan matanya itu terkaku sendiri. 

"DAHLIA ANAYRA! WHAT THE HELL ARE YOU DOING?!!" 

Terlepas senjata hitam itu daripada pegangan Dahlia apabila dijerkah oleh suara yang dikenalinya. Suara ayahnya, Encik Khairul. Pertama kali ayahnya itu meninggikan suara kepadanya dengan wajah yang bengis. Sebelum ini, hanya ibunya sahaja yang akan marah dan tentu sekali ayahnya menjadi tempat mengadu. Kini, dia sendiri kecut perut melihat wajah Khairul.

IMPERFECTWhere stories live. Discover now