Prolog

58 4 6
                                    

Dalam kegelapan malam, Aries menangis senyap. Mulutnya ditekup menggunakan kedua belah tapak tangan untuk menghalang tangisannya didengari. Keadaan lorong sunyi tanpa pejalan kaki membuatkan dirinya berasa semakin terancam.

"Kenapa diorang kejar aku? Aku tak kenal pun siapa diorang. Apa salah aku? Apa yang aku dah buat?" hatinya bermonolog. Sungguh dia keliru apa yang sedang berlaku ke atas dirinya.

"Hoi budak! Mana kau menyorok?? Kau ingat kau boleh lari? Dah lama aku cari kau" seorang lelaki berbadan tegap menendang kuat tong sampah besar yang menjadi tempat persembunyian Aries. Terhinjut bahunya kerana terkejut.

"Jay, kau cari dia belah sana. Aku rasa dia tak lari jauh pun" arah lelaki berbadan tegap itu kepada rakannya. 

Aries tidak putus berdoa dalam hati agar kedua-dua lelaki itu tidak menjumpainya. Dalam masa yang sama, dia juga berharap ada orang yang akan datang menyelamatkan dirinya. 

"Dah habis berdoa?" kepalanya didongakkan separa ke arah punca suara. Wajah berubah pucat seperti tiada darah yang mengalir di bawah kulit. Kini lelaki itu betul-betul berdiri di hadapannya dengan senyuman sinis. Apa yang perlu dia lakukan sekarang?

Lelaki itu terus merentap kemeja sekolahnya agar keluar dari tempat persembunyian. Aries yang meronta-ronta supaya dilepaskan itu tidak dipedulikan. Kudrat lelaki berbadan tegap itu jelas menandingi kekuatan Aries yang masih berusia 16 tahun. Lemah.

"LET HIM GO!" satu figura berpakaian serba hitam menjerit dari hujung lorong itu. Wajahnya terlindung disebalik hoodie dan mask yang dipakai.

"Hey budak, ada hero lah nak selamatkan kau" ejek lelaki berbadan tegap itu kepada Aries sambil tertawa.

"Jay, jom gerak! Aku dah dapat budak ni" tanpa menghiraukan kata-kata figura berhoodie itu, lelaki itu terus menarik Aries ke arah bertentangan. Lebih cepat dia beredar, lebih cepat kerjanya selesai.

BANG!

Satu tembakan dilepaskan ke kaki kanan lelaki itu. Tanpa membuang masa, figura berhoodie itu berlari mendekati mereka lalu menghadiahkan tendangan padu di kepala lelaki berbadan tegap itu.

"Ahh!" terbaring lelaki itu di atas tanah. Hilang keseimbangan seketika selepas menerima serangan di kepala. Dia cuba untuk bangun walaupun kakinya teramat pedih akibat tembakan yang dilepaskan. Tangannya sudah melepaskan kemeja yang digenggam sebentar tadi. Aries yang berdiri disitu terkaku dengan situasi yang dihadapi.

Figura berhoodie itu cepat menarik tangan Aries yang masih blur untuk melarikan diri. Belum sempat mereka keluar dari lorong gelap itu, seorang lelaki sempat menghalang pergerakan mereka.

"Not too easy boys " lelaki itu bernada sinis. Memandang enteng kedua-dua remaja di hadapannya.

Tanpa sebarang amaran, lelaki yang digelar Jay segera itu melayangkan tumbukan ke arah figura berhoodie di sebelah Aries. Malangnya, tumbukan itu sempat dielak lalu dibalas dengan tendangan kuat pada kelemahan setiap lelaki.

Hmm, too easy.

Lelaki yang digelar Jay itu tersungkur menahan senak selepas disepak pada titik kelemahannya. Aries dan figura berhoodie itu langsung melarikan diri ke tempat yang lebih selamat selepas berjaya menumpaskan penjahat-penjahat. Mereka berhenti di hadapan pasar malam kira-kira 600 meter dari lorong gelap itu.

"Terima kasih sebab dah selamatkan aku. Kalau kau takde tadi, aku tak tahulah apa nasib aku" Aries yang masih mencari nafas kerana penat berlari mengucapkan terima kasih kepada orang yang telah menyelamatkan dirinya.

Figura berhoodie itu hanya mengangguk untuk membalas ucapan Aries. Selepas memastikan keadaan sekeliling selamat, dia mula mahu beredar sebelum langkahnya disekat oleh Aries. 

"Siapa nama kau?" Aries bertanya. Penglihatannya sempat menangkap warna unik iris mata figura berhoodie itu akibat simbahan cahaya terang dari pasar malam di belakang mereka. Pertama kali dia melihat seseorang yang mempunyai warna iris mata yang berbeza. Biru dan hazel. Unik!

 Pertanyaan Aries hanya dibiar sepi. Tiada tanda-tanda soalannya bakal dijawab. Hoodie di kepala ditarik lagi ke hadapan agar menutupi sebahagian wajah. Langsung dia pergi meninggalkan Aries di belakang sendiri. Identitinya tidak perlu diketahui oleh Aries.

One day, we'll meet again, Aries Firash.

IMPERFECTWo Geschichten leben. Entdecke jetzt