BAB 2

19 3 3
                                    

Bunga-bunga segar yang baru tiba disusun rapi di hadapan kedai. Banyak kerja yang perlu dilaksanakan memandangkan hari esok merupakan hari pembukaan kedai barunya.

De Fleurs

Everything needs to be perfect. Walaupun hanya perkara kecil seperti susunan warna bunga, pasti akan dia teliti. Kerana kedai inilah hasrat arwah ibunya yang tidak kesampaian. Sebagai anak tunggal, dia berasa tanggungjawab untuk merealisasikan impian arwah ibunya. Di samping menyelesaikan misi yang sudah lama tertangguh.

"Miss Dee, is there anything else we can help you? " soal seorang lelaki berdarah kacukan British. Mukanya langsung tidak menunjukkan ciri-ciri kemelayuan walaupun ayahnya berketurunan melayu. Dua suku kata yang boleh menggambarkan wajahnya, kacak.

"No need, I'll settle this by myself. Lagipun tinggal sikit je lagi ni. You all dah boleh balik. Thank you for today " ujar Dahlia kepada anak-anak buahnya. Tidak mahu menyusahkan mereka lebih lagi. Tambahan pula, perkara ini sudah lari dari skop pekerjaan mereka.

"Qarl, nanti tolong park my car depan kedai. Kunci ada atas meja sana" pinta Dahlia kepada lelaki berdarah kacukan itu. Qarl, pembantu peribadi Dahlia merangkap kawan baik dan rakan sekerjanya. Mereka mula menjalinkan persahabatan setelah Dahlia tamat sesi pengajiannya. Ketika itu, Qarl yang banyak membantu dan menemaninya tatkala jatuh bangun yang sering diiringi perit air mata.

Dahlia selesa bekerja dengan Qarl. Lelaki itu 2 tahun lebih tua berbanding dirinya namun tidak langsung membataskan hubungan mereka sebagai teman rapat. Dalam urusan kerja, Qarl akan menetapkan formaliti di antara mereka. Sudah beberapa kali Dahlia menegah lelaki itu memanggilnya dengan gelaran 'miss', namun setiap kali itulah Qarl membantah. Katanya tidak mahu Dahlia menunjukkan sikap pilih kasih antara pekerja kerana hanya dia sahaja yang mendapat kebenaran untuk memanggil Dahlia  tanpa panggilan hormat. Walaupun mereka berkawan baik, namun hal peribadi dan kerja tidak boleh dicampur adukkan.

"Alright miss" balas Qarl lalu beredar ke pintu utama selepas mengambil kunci kereta Dahlia. Hari masih lagi terang, jadi dia tidak risau untuk meninggalkan Dahlia sendirian di dalam kedai itu. Walaupun dia sendiri arif bahawa gadis itu pandai menjaga diri sendiri, tetapi telah menjadi satu tanggungjawab buatnya untuk memastikan Dahlia sentiasa dalam keadaan yang selamat.

Selepas anak-anak buahnya meninggalkan kedai, Dahlia menyambung menyusun bunga-bunga hidup di tempat mereka. Sesekali fikirannya teringat akan arwah ibunya.


Flashback

"Mommy, what are you doing? " soal Dahlia yang masih berumur 4 tahun. Dari tadi dia memerhati sahaja perlakuan ibunya yang duduk bersimpuh di atas tanah sambil membelek bunga-bunga yang tumbuh di taman belakang rumah.

Wanita itu segera menoleh ke arah anak gadisnya. "Dee, come here" sebelah tangannya sudah menepuk riba agar gadis itu duduk di pangkuannya.

Dahlia terus menerpa ke arah ibunya langsung duduk di dalam pangkuan, seperti selalu. Pelukan ibunya tidak pernah gagal membuatkan diri kecilnya itu berasa selamat dan selesa.

"Cuba Dee tengok bunga ni. Apa yang Dee rasa?" wanita berusia 30 tahun itu bertanya kepada anaknya. Bunga berwarna merah jambu di hadapan mereka menjadi tumpuan utama.

"Apa yang Dee rasa? I don't know, mommy. Hmm, Dee rasa bunga ni cantik" jawab Dahlia teragak-agak. Dia tidak faham, apa yang sepatutnya dia rasa ketika melihat bunga itu? Rasanya bunga itu sama sahaja seperti bunga-bunga lain yang berada di taman belakang rumahnya. Walaupun bentuk fizikalnya berbeza, tetapi ianya tetap bunga.

IMPERFECTWhere stories live. Discover now