BAB 14

14 2 4
                                    

"Segala pembayaran penginapan telah dijelaskan encik" seorang wanita lewat 20-an di kaunter itu memberitahu kepada Aries. Tangannya yang baru sahaja mencapai dompet dari kocek seluarnya terhenti.

Seketika kemudian dia tersedar kembali lantas memberikan ucapan terima kasih kepada petugas di kaunter reception itu. Dalam kepalanya hanya ada satu nama yang muncul. Tidak lain tidak bukan, Dahlia Anayra.

Tidak semena, keluhan perlahan dilepaskan. Sedari sepatutnya dia yang harus mengeluarkan wang untuk membayar bil hotel. Sudahlah hotel ini bertaraf 5 bintang! Bilik suite, room service.. Berapa banyak yang Dahlia sudah belanjakan?

Tatkala dia masih tidak berganjak dari tempatnya di hadapan kaunter, dirinya rasa diperhati oleh seseorang. Langsung kepala ditoleh ke belakang, namun tiada pelanggan lain yang mahu berurusan di kaunter itu. Jika mahu berurusan sekalipun, kaunter disebelah masih kosong. Hanya kelihatan beberapa orang pengunjung yang berjalan melintasi ruangan lobi itu ke pintu utama. Dan seorang lelaki yang agak berusia berpakaian sut lengkap sedang membaca surat khabar di sofa yang disediakan.

Aries mengendahkan perasaannya. Tiada apa-apa yang aneh. Ketika dia ingin berpusing menghadap kaunter itu kembali, satu susuk tubuh lelaki tinggi berkaca mata hitam sedang berurusan di kaunter sebelahnya. Lelaki itu hanya berdiri lebih kurang dua meter daripada kedudukannya namun bukan itu yang menjadi permasalahan. Kenapa dia seperti mengenal lelaki berkaca mata hitam itu?

Wajahnya tidak dapat dicam dengan jelas tetapi apa yang dia pasti, lelaki itu adalah seseorang yang berpangkat. Lihat sahaja petugas kaunter itu tunduk hormat dan berkelakuan sedikit kekok apabila berhadapan dengan lelaki tersebut.

Anak matanya masih mengikut pergerakkan lelaki itu yang sudah beredar ke sofa di ruangan menunggu sebelum haruman vanilla yang kuat memenuhi rongga pernafasannya secara tiba-tiba.

"Pandang siapa tu?" Dahlia menegur dari arah belakang sambil menarik bagasi kecil miliknya. Ariesya hanya menempel di sebelah.

"Tak ada siapalah" mati lamunannya setelah disapa. Fokus kembali pada dua orang gadis di sisinya. 

Beg pakaian yang dijinjit Ariesya diambil lalu dibawa bersama beg pakaian miliknya. Mereka sama-sama bergerak ke kereta untuk ke destinasi seterusnya. Rumah!


Qarl statik berdiri di sebelah Sir Heizz yang masih duduk di sofa lobi sambil memegang surat khabar. Menunggu arahan selanjutnya Sir Heizz. Dia adalah pembantu peribadi kepada Dahlia dan juga salah seorang pekerja di bawah syarikat De H's. Sebelum ini Qarl berkhidmat di dalam bangunan induk iaitu di Australia. Namun apabila Dahlia mengatakan bahawa dia akan menetap lama di Malaysia, langsung Qarl dipindahkan di cawangan Kuala Lumpur.

"He looks like Hazriel " Sir Heizz akhirnya bersuara. Dari awal, dia hanya memerhati tindak tanduk anak lelaki Hazriel itu. Rupa parasnya tidak ubah seperti bapanya. Fotostat.

"Proceed the plan as soon as possible. Make sure 'they' don't even know our moves" lelaki tua itu mula bangkit. Qarl di sisinya hanya menggangguk sekali selepas menerima arahan. Dalam masa yang sama, Qarl juga berharap pihak musuh tidak mengetahui kewujudan memory card itu.

Hanya Madam Helene dan Hazriel sahaja yang mengetahui kewujudan memory card itu memandangkan mereka yang memasangnya. Dahlia dan Sir Heizz mendapat maklumat tentang memory card tersebut setelah menjumpai diari milik Madam Helene. Ketika itu Dahlia masih berumur 13 tahun. Dan perkara itu diceritakan kepada Qarl setelah Qarl menjadi pembantu peribadi kepada Dahlia secara rasminya. Qarl adalah orang kepercayaan Dahlia, sama seperti Hazriel iaitu orang kepercayaan Madam Helene.

IMPERFECTWhere stories live. Discover now