Bab 4

85 46 0
                                    

AKU melihat Beathny sudah tersenyum-senyum memandang ke arahku. Sejak aku melangkah masuk ke restorannya sehinggalah aku melakukan kerja. Seram sejuk aku dibuatnya. Tergeleng-geleng aku melihat Beathny.

"Kau kenapa Beathny senyum-senyum macam tu? Seram lah"kataku.

"Aku yang sepatutnya Tanya kau. Semalam macam mana?" Tanya Beathny penuh teruja.

Mendengar pertanyaan Beathny mengingatkan aku tentang Arell. Tidak menyangka malam itu, Arell meminta untuk memberikan peluang kedua. Tetapi, mengapa aku terlalu mencintai Arell walhal Arell telah menyakitkan hati aku? Bahkan kesilapan lalu juga aku sudah tidak peduli.

"Marry kau dengarkah aku cakap ni? Oh aku tahu sebab kau sudah angau kan?"Tanya Beathny sambil tersengih-sengih seperti kerang busuk.

"Angau? Angau dengan siapa? Mengarutlah kau ni. Sudah lah aku mahu teruskan kerja nanti kau potong pulak gaji aku." Kataku dengan nada bergurau.

"No.. aku tidak akan potong gaji kau lah. Okay I will be honest, macam mana kau dengan Jakson semalam?" Tanya Beathny.

"Jakson? Kenapa dengan Jakson?"tanyaku. Aku tidak dapat menangkap maksud Beathny.

"Semalam dia datang ke restoran kita, so, Jakson tanya kalau kau sudah pulang sebab dia kan tahu kau selalu pulang awal setiap Kali hari kekasih. Aku tengok macam prince mahu jemput princess yang dicintai. And one more thing Marry, dia bawa sejambak bunga Ros merah. Aku ingatkan mahu bagi dekat aku. Rupanya dekat kau! Emm.." Jelasnya panjang lebar.

Berkerut keningku. Jakson mahu bagi aku bunga Ros? Tetapi kenapa pula?Mungkin Beathny Salah faham sahaja. Tapi, bagaimana pula Jakson tahu aku berada di kedai makan itu Setiap Kali hari kekasih tiba? Bahkan Beathny sahaja tidak tahu ke mana aku pergi. Aku terus menggelengkan kepalaku. Tidak mahu serabutkan fikiranku. Biasalah perempuan overthinking.

"Malas lah mahu bercakap tentang Jakson. Aku rasa dia berkelakuan pelik lah semalam. Oya, Arell minta peluang kedua pada aku semalam"Jelasku panjang lebar.

"Seriously? Dia gila? Setelah 9 Tahun kau setia dengan dia dan akhirnya curang di belakang kau lepas tu mahu dengan kau semula?! Dia tu spesis apa ya? Aku tak izinkan lagi dia sakitkan hati kau Marry. Lagi pula, sudah lima tahun dia langsung tidak cari kau dan kenapa pula dia datang lagi?"kata Beathny panjang lebar. Jelas kedengaran nada tidak puas hati Beathny.

Aku tahu Beathny memang tidak mahu aku berbaik semula dengan Arell. Tetapi, aku tidak boleh berpisah dengan Arell. Hati aku terasa sakit. Patut kah aku memberi Arell peluang kedua?

"Beathny, aku mahu bersama Arell semula. Tidak Salah untuk aku bagi Arell peluang kedua kan?" Ujarku.

" Marry keputusan apa kau buat ni? Arell tidak layak dapat Cinta kau. Lelaki tu playboy. Tak akan lah kau tidak ingat apa yang dia sudah buat pada kau? Aku tidak akan masuk campur dengan keputusan kau. but, please think wisely Marry." Sudah lah aku mahu jumpa kawan dulu." Katanya. Dia menggelengkan kepalanya. Jelas tidak bersetuju dengan kataku. Beg terus dicapai Beathny dan berlalu pergi dari situ.

Pekerja-pekerja bawahan Jakson memandang Jakson sambil berbisik-bisik mungkin agak terkejut dengan penampilannya yang lain dari biasa. Tetapi sengaja Jakson tidak mempedulikannya.

Jakson setiap hari sibuk menghadap komputer ribanya. Jadual Jakson juga agak padat.

Tetapi hari ini Jakson tidak dapat menumpukan kerjanya kerana otaknya Masih ligat mengingat perkara yang berlaku malam itu.
Dia menyandarkan tubuhnya seketika. Matanya kini hanya fokus pada bingkai gambar yang berada di sebelah komputer ribanya.

Dia Tersenyum melihat gambarnya dan Marry sewaktu mereka kecil.

List yang sudah ditulisnya beberapa minggu yang lalu sebelum hari kekasih itu terus dibuang ke dalam tong sampah kecil di sebelah meja miliknya.

"Too bad. I always be your last Marry." Bisik hatinya.

Pernah juga Jakson ingin memberitahu perasaannya terhadap Marry tetapi waktu itu Marry sudah mencintai lelaki lain. Ya, lelaki itu bernama Arell.

Selain itu, ibu Jakson pernah meminta Jakson untuk sambung belajar di luar negara tetapi Jakson menolak permintaan ibunya kerana Jakson sengaja mahu sambung belajar di dalam negara sahaja hanya untuk tetap bersama Marry.

"Tok tok tok"

Lamunan Jakson terhenti disebabkan ketukan pintu itu.

"Masuk." Kata Jakson ringkas dan kini berusaha untuk menumpukan semula pada komputer ribanya.

"Tuan, Kita ada perjumpaan dengan client dari luar negara untuk bekerjasama dalam fesyen pakaian terbaik antarabangsa. Client penting Kita hari ini ialah Mr Andrew. Bertempat di club paradise. Manakala, masa pada pukul 7 malam." Jelas PA Jakson panjang lebar.

Malaikat Cinta itu segera masuk ke dalam tubuh Jakson kerana ada perkara yang perlu diselesaikannya.

"Maaf Manusia. Aku pinjam sekejap tubuh kau" bisik malaikat itu yang kini sudah berada di tubuh Jakson.

Jakson tiba-tiba kelihatan cemas. Dia seperti mencari sesuatu sehingga semua Laci meja miliknya dibuka.

"Err.. tuan okay?" Tanya PA Jakson. Berasa pelik dengan tingkah Jakson yang tiba-tiba sahaja berubah.

"Siapa nama kau Manusia?" Tanya Jakson

"Sa.. sa.. Saya Scarlett Tuan. Saya PA tuan. Ada yang boleh Saya bantu?"Balas PA Jakson terketar-ketar dia menjawab soalan Jakson kerana berasa takut bercampur hairan.

"Manusia yang bernama scarlet. Ada nampak telefon Saya?" Tanya Jakson

"Telefon tuan di sebelah komputer saja."kata PA Jakson sambil menunding jari ke arah Telefon yang berada di sebelah computer riba itu.

"Saya pergi dulu." Kata Jakson. Dia mengatur langkah untuk keluar dari situ Setelah mencapai telefon yang berada di atas meja itu.

"Tapi, malam ni Kita akan jumpa client penting!" Kata PA itu tetapi Jakson sudah pun keluar dari pejabat.








AKU tidak tahu sama ada keputusan yang aku lakukan ini betul atau tidak. Hatiku seperti raja memerintah untuk dituruti.

Pada hari ini, Arell meminta aku berjumpa dengannya di hotel katanya ingin meminta maaf kerana telah melakukan kesilapan dan memintaku untuk menerimanya semula. Beathny pula berusaha melarang aku dengan keras untuk berjumpa dengan Arell.

Tiba-tiba telefonku berdering menandakan ada pemanggil. Aku segera ingin menjawab Telefon itu tetapi bateri Telefonku habis. Alamak! Telefon aku mati lah pula.

"Miss, ikut sini ya."kata seorang pekerja hotel itu.

Aku tersentak. Aku terus menoleh ke arah pekerja hotel yang sudah berdiri di sebelahku. Aku hanya mengangguk tanda faham. Tanpa banyak bicara aku terus sahaja membuntuti pekerja hotel itu ke bilik hotel yang sudah disewa oleh Arell untuk kami berdua. Fikiranku sekolah-olah berteriak ingin aku pergi dari situ tetapi Hatiku ingin bersama dengan Arell.

"Miss, ini biliknya." Kata pekerja wanita itu.

'terima kasih."ucapku.

Aku segera menguak tombol pintu bilik itu dan masuk ke dalam. Aku terpegun apabila melihat bilik hotel itu yang kelihatan sangat romantik. Wangian bunga Lavender begitu harum menyebabkan aku Tersenyum lebar. Tidak menyangka Arell begitu romantik untuk menyiapkan semua ini hanya kerana ingin memperbaiki hubungan kami.

Malaikat yang berada di tubuh Jakson berlari dengan pantas kerana ingin menyelamatkan Marry daripada bersama dengan Arell.
Dia berusaha menghubungi Marry menggunakan Telefon Jakson tetapi tidak dapat.

"Aku mesti cepat!"bisik hati malaikat cinta itu.

Cupid's Mission [Completed] ©Where stories live. Discover now