Bab 1

190 52 0
                                    

                             "TAK! tak! tak!" Bunyi kasut tumit tinggi yang digunakan oleh wanita itu menyebabkan sesetengah pekerja di hotel itu tertumpu pada wanita itu.

Kelihatan wanita itu memakai sunglass, lipstick berwarna merah terang di bibirnya, menggunakan dress hitam berkilau-kilau yang kelihatan mahal dan berkasut tumit tinggi 3 inci.

Wanita itu kini berdiri tegak di depan hotel itu. Terlakar senyuman sinis dibibirnya. Perkahwinan itu perlu dihentikan!

"Maafkan Saya cik. Tapi, boleh Saya lihat kad jemputan cik sebelum cik masuk ke dalam?" Tanya seorang pekerja hotel itu.

Wanita itu membuka sunglass miliknya.

"Oh dear sorry I forgot to bring it. I betul-betul urgent." Jelasnya.

"Maaf cik. Kami tidak dibenarkan untuk mengizinkan sesiapa masuk ke dalam sekiranya..." Belum habis pekerja perempuan itu menghabiskan ayat. Wanita itu segera menolak kasar tubuh pekerja wanita itu sehingga jatuh terduduk di atas lantai.

Langkah seribu terus dibuka oleh wanita itu. Dia terus meluru masuk ke dalam sebuah tempat perkahwinan yang dijalankan dalam hotel itu.

"Cik!" Jerit pekerja itu setelah melihat wanita itu sudah masuk ke dalam.

Kelihatan seorang Padri berdiri di hadapan kedua pengantin itu.

"Adakah anda terima Arell menjadi suami mu?" Padri itu mengajukan soalan kepada pengantin wanita.

Belum sempat pengantin wanita itu menjawab soalan yang diajukan tadi, Seorang wanita menjerit memanggil nama bakal suaminya. Siapa pula yang memanggil bakal suaminya?

"Arell, how dare you?! I ni girlfriend you and you janji nak berkahwin dengan I!"

Suara itu benar-benar telah merosakkan majlis perkahwinan itu. Kedengaran semua berbisik-bisik melihat perempuan itu. Girlfriend? Adakah ini bermaksud lelaki yang bakal menjadi suaminya Selama ini curang di belakangnya?

"Apa ni Arell? I need your explanation now. Betul kah dia girlfriend kau?" Tanya pengantin perempuan itu.

"I will explain to you honey. Aku buat semua ni untuk kita. Trust me, Cinta aku cuma untuk kau." Kata pengantin lelaki itu. Lembut sahaja bicaranya. Pasti lelaki itu ingin memujuknya.

Tanpa sedari perempuan yang memakai kasut bertumit tinggi 3 inci itu mencengkam kasar rambut pengantin lelaki itu sehingga kepalanya terdongak memandang ke atas. Pengantin perempuan itu pula berusaha untuk menghentikan tindakan wanita itu tetapi, malang sekali apabila rambutnya pula direntap kasar oleh wanita itu!

Ya. Perkahwinan itu tidak berjaya dan aku adalah si pengantin perempuan yang tidak berjaya berkahwin dengan lelaki yang bernama Arell itu. Sejak hari itu, aku menjadi takut untuk membuka hati pada mana-mana lelaki. Dan aku akui sudah masuk lima tahun aku single tanpa pasangan.

"Marry. Are you okay?"Tanya Beathny sambil memandangku yang masih sibuk melap meja pada salah satu meja di restoran itu.

"ya aku okay Beathny." Balasku ringkas.

"Babe, I think you should go blind date lah. Oya, Si Jakson tu pun okay juga. Don't you think kawan kita seorang tu sudah cukup perfect untuk kau jadikan dia pasangan? Sudah lah kaya, good looking and menurut apa yang aku nampak, he really care about you."Jelasnya panjang lebar. Tidak kurang seperti seperti seorang ibu membebel pada anaknya.

"Kita kan kawan dengan Jakson. Mengarutlah kau ni Beathny." Kataku. Aku menggelengkan kepalaku. Ada-ada sahaja lah Beathny ni.

"Aku cuma kesian dekat kau sebab sudah lima tahun hidup sendiri. Mama dan ayah kau pun sudah meninggal dunia, takkan lah kau tidak mahu bercinta atau kahwin? kau tidak rasa sunyi kah hidup sendiri?" Jelasnya lagi.

"Belum jumpa yang sesuai lagi ni Beathny." Jawabku.

Benar apa yang dikatakan oleh Beathny. Tidak aku nafikan, aku jujur rasa sunyi hidup sendiri. Beathny merupakan kawan baik aku dan juga merupakan majikan di restoran aku bekerja sekarang ini. Dia telah banyak membantu aku termasuk rumah sewa yang aku tinggal sekarang. Sejujurnya aku malu kerana telah banyak menyusahkannya.

"Emm.. Marry, malam ni hari kekasih. Kau tidak perlu lah kerja over time ya. Aku suruh pekerja lain yang urus restoran ni. You can rest, okay?" Jelas Beathny. Dia Tersenyum nipis memandangku.

Beathny memang akan memberikan aku cuti atau pulang awal kerja setiap Kali hari kekasih tiba.

"Thank you Beathny. Aku rasa nak pergi satu tempat." kataku seraya membalas senyuman Beathny.

"Ya don't worry you can go anywhere. Take your time." Ujarnya.

                           

            






                      MALAIKAT cinta yang digelar cupid's angel itu berdiri di atas bangunan sambil memegang busur panah. Sayapnya seperti burung merpati berwarna putih kini hilang dengan serta merta apabila dia sudah mendarat di bumi.

"Memandangkan hari ni valentine day pasti cerita romantik akan berlaku lagi seperti tahun-tahun yang lalu. Malam ini pasti lelaki akan membawa bunga, chocolates atau cincin untuk wanita yang dicintai mereka." Ujar Malaikat itu sambil Tersenyum memandang bandar yang sibuk pada pagi itu.

Sebuah buku tebal kini jatuh ke tangannya sebagai tugas yang akan dia lakukan. Dengan perlahan dia membuka buku itu, kelihatan gambar pasangan hidup yang sudah ditakdirkan di setiap lembaran. Tapi tahun ini lebih banyak tugasan yang dia perlu lakukan.

Dengan perasaan gembira dia memanah setiap pasangan untuk jatuh cinta diantara satu sama lain. Ada yang berakhir dengan berpelukan dan melamar pasangan mereka disebabkan panah cinta yang diberikan oleh malaikat itu.
Dia perlu menyelesaikan tugasannya sebelum 12 tengahmalam. Tetapi dia sudah berasa penat. Tinggal 22 bilangan manusia lagi yang perlu dia berikan panah cinta menggunakan busurnya.

"Penatnya aku. Tinggal 22 bilangan pasangan lagi yang perlu diberikan panah cinta. Kalau kerja aku tidak selesai pasti old man itu akan berikan aku hukuman pula."kata malaikat cinta itu.

Sekarang sudah pukul 7 malam. Malaikat itu kemudian, meneruskan kerjanya untuk memanah Setiap pasangan kekasih mengikuti seperti yang berada di dalam Setiap lembaran. Dia perlu fokus dan tidak boleh salah untuk memanah. Kerana dia perlu memberikan laporan kepada old man yang berada di perpustakaan syurga.

Cupid's Mission [Completed] ©Where stories live. Discover now