Bab 3

104 48 0
                                    

                         MALAIKAT cinta itu kesuntukan masa kerana tepat jam12 tengahmalam dia perlu memberikan maklumat tentang tugasan mereka kepada old man yang berada di hadapan Perpustakaan syurga. Dia perlu segera pulang ke syurga untuk memberikan maklumat tersebut.

Satu persatu malaikat memberikan tugasan mereka kepada old man yang berada di perpustakaan syurga itu. termasuklah malaikat maut. Akhirnya, sudah masanya malaikat cinta lagi untuk memberikan maklumat tentang tugasan yang diberikan.

"Not complete." Kata lelaki tua itu sambil melihat buku tugasan malaikat cinta itu.

"Maaf old man. saya sudah lakukan kesilapan yang besar. Manusia yang bernama Marry dan Jakson itu tidak dapat bersatu semasa hari kekasih. Saya tidak sengaja memanah pasangan Marry kepada lelaki yang Salah." Jelasnya panjang lebar.

"Emm.. aku berikan kau masa Selama 2 bulan untuk selesaikan perkara ini. Kalau kau tidak dapat selesaikan masalah ini, perkara buruk yang akan berlaku." Kata old man itu.

Mendengar kata-kata lelaki tua itu sudah cukup mengerikan baginya. Dia  tahu perkara buruk yang akan berlaku terhadap dirinya jika tidak dapat menyelesaikan perkara itu.

"Baiklah old man. Saya akan berusaha menyelesaikan perkara ini." ujarnya.

Dengan sayap putihnya dia terbang keluar dari tempat itu.







                   JAKSON membuka kedua kelopak matanya perlahan-lahan. Keningnya berkerut. Memandang keadaan sekeliling itu. Kepalanya pula terasa sakit. Entah apa yang dilakukannya semalam. Apa yang dia ingat, dia ingin keluar dari kedai makan itu apabila melihat Marry dan Arell berpelukan.

"Aku di mana ni?" Bisik hatinya.

"Tuan muda?"

Kelihatan pembantu rumahnya sudah berdiri di hadapannya. Jakson bahkan tidak tahu apa yang telah berlaku. Sejujurnya dia sudah jarang pulang ke rumah Sejak kebelakangan ini kerana terlalu sibuk mengurus Perusahaannya. Tambahan pula, semalam adalah hari kekasih jadi agak mustahil untuk dia pulang ke rumah.

"Tuan muda, ini adalah pertama Kali tuan muda pulang ke rumah semenjak tuan muda sibuk. Kami sudah menyediakan sarapan pagi. Sarapan pagi hari ini sandwich dan coffee kegemaran tuan muda." Jelasnya panjang lebar. Kemudian, pembantu rumah itu menghidangkannya di hadapan Jakson.

"Ada apa-apa yang pelik kah berlaku semalam? Contohnya, aku mabuk kah semalam sampai aku pulang rumah ni?"Tanya Jakson sekadar inginkan kepastian.

Semua pembantu rumah yang berdiri di situ saling berpandangan. Hairan juga apabila tuan muda bertanya soalan seperti itu.

"Err.. tuan muda tidak mabuk semalam."kata Salah satu pembantu rumah itu.

Jakson memegang kepalanya. Mungkin dia terlalu kecewa dan stress semalam sehingga lupa bahawa dia pulang ke rumah. Jakson terus menikmati sarapan pagi itu tanpa banyak cakap.

Pembantu-pembantu rumahnya memandang Jakson sambil berbisik-bisik seperti melihat sesuatu yang pelik. Jakson terus meletakkan cawan kaca yang berisi coffee itu pada mejanya. Kenapa dengan dirinya sehingga pembantu rumahnya memandangnya pelik?

"Ada apa ya? Kenapa semua orang melihat Saya macam orang pelik?"

Jakson mula bertanya kepada seorang pembantu rumah yang berdiri di sebelahnya.

"Emm.. baju kemeja yang tuan muda pakai bercorak cantik." Kata pembantu itu seperti berbisik ke telinga Jakson.

Mata Jakson terus jatuh melihat kameja yang tersarung pada tubuhnya.

"Apa ni? Kenapa aku pakai baju kameja ala-ala Hawaii ni!" Bisik hatinya. Dia cuba mengingat semula apa yang berlaku sehingga dia memakai kameja itu tetapi gagal. Dia langsung tidak mengingat apa-apa.

Jakson sejujurnya tidak suka memakai kameja yang bercorak ditambah lagi, baju kemeja ala-ala Hawaii. Baju yang Jakson guna itu merupakan hadiah hari jadi dari ibunya yang berada di Landon tahun lalu tetapi dia hanya menyimpan kameja itu di alamari kerana tidak suka! Tetapi kenapa pula dia memakainya? Ini sungguh tidak masuk akal!

Jakson memandang sekilas jam tangan pada pergelangan tangannya. Sudah menunjukkan angka 9 pagi.

"Saya sudah lewat." Menolog Jakson. Jakson bingkas berdiri dari duduk dan bergegas keluar dari rumahnya. Pembantu-pembantu rumah yang melihat Jakson bertingkah Aneh berasa pelik. Tuan mudah mereka sakit kah?

"Tuan muda tu okay kah?"Tanya Salah seorang pembantu rumah itu. Mereka hanya menghantar Tuan muda itu keluar dari rumah banglo mewah itu dengan ekor mata sahaja.

Arell memicit-micit kepalanya yang tidak sakit. Hatinya dari semalam tidak tenteram seperti Haus akan Cinta dari Marry. Kenapa dia boleh terlalu mencintai Marry secara tiba-tiba? Malah, semalam satu persatu kekasih Arell berusaha menghubunginya tetapi sengaja Arell tidak menyambut panggilan mereka.

Fikirannya Masih tetap berfikir tentang Marry.
Tetapi hatinya sakit apabila muncul kawan Marry yang bernama Jakson itu di hadapan mereka berdua semalam walhal dia ingin meminta peluang kedua daripada Marry.

"Marry aku yang punya! Walaupun kau adalah kawan Marry dari kecil tapi tiada siapa yang boleh memiliki Marry Selain daripada aku!"monolog Arell.

Tangannya digengam kuat seperti ingin memberi penumbuk kepada seseorang.

"Buk!"

Satu penumbuk mengena pada cermin yang memberikan pantulan pada dirinya. Kelihatan ada cecair merah keluar. Tangannya berdarah disebabkan penumbuk yang mengena pada cermin itu. Sememangnya Arell seorang yang panas baran. Pernah juga Salah satu kekasihnya dipukul kerana Sikap panas barannya itu. Tetapi, dia hanya bersikap baik semasa bercinta pada Marry kerana tidak mahu Marry meninggalkannya.

Tetapi takdir tidak berpihak padanya apabila salah satu kekasihnya yang bernama Dina datang ke majlis perkahwinan mereka dan merosakkan segalanya!

Cupid's Mission [Completed] ©जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें